Untuk makluman semua golongan pendidik adalah merupakan golongan perkhidmatan awam yang terbesar di negara ini yang dianggarkan seramai 520,000 orang termasuk pegawai pendidikan dan pentadbir. Oleh itu jawatan yang ditawarkan sebanyak 7912 adalah hanya melibatkan (satu perpuluhan lima tiga peratus) 1.53% sahaja guru yang akan menikmati ‘berita gembira’ .
98% warga guru yang lain akan terus bersaing dan memijak kepala antara satu dengan lain bagi mengejar kenaikan pangkat yang sekelumit itu. Pada mereka, dengan cara ini, para guru akan terus meningkatkan prestasi kerja mereka bagi mengejar pangkat tersebut.
Sebenarnya sistem pengurusan sumber manusia dalam sektor pendidikan adalah bersifat ‘divide and rule’. Politk sekolah juga mempunyai kriteria yang sama dengan politik di luar pagar sekolah iaitu kronisme, nepotisme dan favoritisme.
Guru-guru kurang bersatu antara mereka malah bertelagah. Cah Keting, Cantas mencantas, mengampu dan memburukkan teman sendiri adalah lumrah dalam kawasan sekolah. Guru tertentu selalunya cepat naik pangkat. Meritokrasi adalah istilah yang tiada dalam kamus pengurusan sumber manusia sektor pendidikan melainkan secara kebetulan sahaja. Ini dapat dilihat pada guru yang bekerja di PPD, JPN dan lain-lain institusi pendidikan seperti Kolej Matrix, IAB dan sebagainya. Para Ketua jabatan akan di ‘scan’ dalaman mereka agar dipastikan mereka adalah penyokong kerajaan atau sekurang-kurangnya bukan penyokong pembangkang.
Kenapa guru perlu menolak 5 Kaedah Kenaikan Pangkat itu? Hujahnya amat mudah. Guru (atau guru biasa) terpaksa menunggu selama 8 tahun dari DG41 ke DG 44. 10 tahun pula dari DG44 ke DG48. 10 tahun lagi untuk ke DG52 (itu pun kalau tidak mati). Bagi jawatan professional lain seperti doktor, peguam, PTD dan akauntan misalnya, mereka hanya memerlukan jangkamasa 15 tahun untuk ke peringkat M52 atau J52 dan sebagainya.
Fikirlah sendiri...
Fikirlah sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan