Rabu, 18 Mei 2011

Kisah Benar....

"Ya,lah nak tanya kepala otak macam mana sampai pusing 360 darjah.Pekara yang Kerajaan PR baik-baik belaka ditentang.Program Kerajaan PR yang membantu rakyat,menolong rakyat ditentang.Di katakan zalim. Didemontrasi.Tak ke pelik.Kepala otak mereka dah herot sakan la tu.Amal dikatakan mungkar.Baik dikatakan buruk.Wangi dikatakan busuk.Jelas kepala otak mereka dah lari dari norma-norma kewarasan.


Kronolojinya.Sejak awal Kerajaan PR dapat memerintah 5 negeri(termasuk Perak sebelum Kudeta).

1.Kerajaan Perak nak bagi tanah pada sebuah Madrasah,Kampung Baru dan Kampung Tersusun.Semua di beri hak sama adil untuk setiap bangsa ditentang.Jelas Kerajaan PR Perak waktu itu mahu menolong rakyat memperolehi hakmilik masing-masing ditentang.

2.Kerajaan Selangor berdailog dengan penduduk tentang masalah sebuah kuil.Dalam dailog pun berselerak dikerjakan puak-puak biul ini dan bila penduduk dah setuju kepala lembu diheret.Pada halnya penduduk dah pun puas hati dengan lokasi baru kuil.Orang luar pula sibuk.Kerajaan PR nak menyenangkan penduduk,mereka menentang.

3.Kerajan PR Kedah nak pindahkan lokasi pusat penyemelihan babi,tentang juga.Hasut penduduk Cina di Kampung Berjaya,Alor Setar Kedah menyuarakan rasa tak puas hati.Padahal majoriti penduduk di situ,Melayu ke,Cina ke,India ke yang dah tak tahan bau busuk.Tapi depa guna Cina parti depa tentang. Akhirnya pusat tu dipindahkan,isu ni pun senyap.Saja-saja menentang benda yang baik sampai rakyat naik heran.

4.Kerajaan PR Selangor nak bagi percuma air.Beberapa liter padu pertama.Tentang juga dengan dakwaan kerajaan Negeri boleh rugi.Biaq pi la,Kerajaan kami bukan kerajaan hang.Tentang juga benda baik.Untuk kebajikan rakyat.Menolong rakyat.Para pembaca faham tak kedudukan kepala otak mereka?

5.Kerajaan P.Pinang bagi RM100 setiap setahun sekali kepada warga emas P.Pinang.Warga emas seronok dan bersyukur.Tapi rasa iri dan dengki mereka pun timbul.Tentang juga.Kata duit tu duit judi.Tahun lepas.Tahun ni semua mai ambil.Tak kata apa pun.Warga emas yang ditipu tahun lepas oleh puak otak biul tu pun mai ambil juga.Jelas kerajaan PR P.Pinang nak tolong rakyat,nak buat kebajikan.Ditentang.Rakyat buka mata luas-luas dan tengok.

6.Kerajaan PR Kedah nak pungut cukai UUM.Nak agih kepada rakyat miskin.Duit tu hak Kerajaan Negeri Kedah.Ditentang juga.Kata tak perihatin kepada institusi pendidikan.Pulak dah.Bukan banyak pun.Padanla dengan kegunaan tanah yang ribuan ekar.Ciput pun tak boleh nak bayar.Tentang pula.

7.Kerajaan Kelantan buat dah Bazar Tok Guru.Peniaga dah setuju dengan saiznya dan rupa bentuk nya.Jadi peniaga pun setuju dan daftar masuk.Tunggu hari nak berniaga.Nyong-yong,puak tu pulak hasut Persatuan Peniaga Bazar kata macam-macam.Sempitlah,peniaga tak setuju nak pindah lah dan macam-macam lagi.Siap demo-demo.Tapi peniaga tak peduli.Peniaga masuk juga.Puak tu tersipu-sipu.Padan muka.Semua yang rakyat mahu dan suka ditentang.Kepala otak rakyat bukan sama dengan kepala otak hangpa yang suka tentang tak ketahuan punca.

8.Kerajaan PR P.Pinang buat jalan tanpa tol pun ditentang.Jalan free pun ditentang.Mereka suka jalan tol.Jalan kena bayar mereka suka.Jalan percuma tak suka.Adakah ini tanda-tanda kepala otak yang waras?Jelas itu adalah otak wayar putus.Macam langau suka hurung tahi.

9.Terbaru,penentangan mereka pada Kerajaan PR Kelantan.Tentang royalti minyak.Rakyat yang menuntut royalti minyak dipulangkan kepada Kerajaan Negeri dipukul.Rakyat yang pasang banner dipukul.Baru pasang banner dipukul.Bukan pulang lagi pun,dah ditentang.

10.Yang masih panas lagi,di Kelantan juga,demo menentang Ladang Rakyat.Mereka kata Kerajaan Negeri merampas tanah rakyat.Isu ini ter baru.Ladang rakyat dah lama.Lebih 4000 orang peserta ladang rakyat menafikan tanah mereka dirampas.Padahal kerajaan Negeri dah urus ladang itu sebaiknya sehingga mampu memberi diveden lebih RM40 juta sehingga sekarang.Puak mereka saja yang menentang.Rakyat lega dan seronok,mereka tentang.

        Kesimpulannya,rakyat yang suka kebajikan dan kebaikan.Ketelusan mentadbir jangan dah undi mereka pada PRU 13 nanti.Jika kita undi juga kita setuju dengan keburukan dan kemungkaran dan menolak kebaikan.Ada 2 demo mereka jika pembaca ingat yang menyokong kemungkaran.Pertama di Negeri Terengganu,mereka nyatakan sokongan kepada Judi Bolasepak.Kedua,dah lama dah,mereka kata SPRM jangan kacau parti kami.Para pembaca ingat???

Katakanlah sesuatu yang benar walaupun pahit...

Oleh adiib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan