Bulan ini sudah masuk bulan Mei. Dan 16 Mei ini pula adalah hari guru. Maka saya tergerak untuk mencoretkan sesuatu berkenaan dengan guru. boleh kan?
Guru adalah selamanya guru, walaupun mereka telah meninggal dunia. Ilmu – ilmu yang ditinggalkan, tidak mati bersama mereka, tetapi lekat dihati kita. Guru juga adalah manusia. Mereka juga punya silap, kita sebagai anak muridnya perlulah berlapang dada. Sejahat-jahat guru pun, selagi mana dia menumpahkan ilmu, maka adalah perlu untuk kita menghormatinya. Jika hendak menegur bukan tidak boleh, tetapi tetap perlu ada adabnya.
Walaupun saya masih guru pelatih, tetapi saya sudah dapat merasakan liku – liku hidup seorang guru itu. Tiada apa yang diharapkan oleh seorang guru selain dihormati oleh murid – muridnya. Tetapi apakah pada zaman serba moden ini masih ada lagi nilai – nilai dalam menghormati guru?
Mereka manusia hebat, guru tetap dihormati
Adab menuntut ilmu, adalah dengan menghormati guru.
Imam Syafie merupakan seorang ulama yang cukup banyak memberi sumbangan terhadap menggubal dan memperjelas hukum hakam dalam Al Quran. Sebab itulah Mazhab Shafie adalah mazhab terbaik dari segi ketelitiannya dalam menggubal hukum-hukum fekah untuk umat Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pernah pada suatu hari, sedang dia memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat, kerana badwi itu pernah mengajarkan untuk membezakan umur anjing yang telah matang & belum matang.
Pernah diriwayatkan juga Imam Syafie membelek kertas di hadapan Imam Malik dengan perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak mendengar(bunyi selakan itu, lantas menganggu pengajaran)
Antara tokoh lain yang amat menghormati guru adalah Sultan Muhammad Al-Fateh. Tokoh yang amat genius, berjaya menawan Konstantinople dalam usia 23 tahun.
Pada peperangan yang sengit itu, dia telah membawa gurunya bersama-sama untuk membimbingnya. Baginda masih merayu gurunya mendoakannya walaupun kegeniusan dan kekuatan tenteranya sudah cukup kuat untuk menawan kota tersebut. Seperti baginda tidak tahu apa – apa.
Itu ketundukan seorang raja. Seorang raja yang hebat dalam tamadun manusia.
Kita?
Hormatilah guru kamu
Sekali dia menjadi guru, selamanya dia akan dipanggil guru. Jika dulu dia adalah guru kita, mungkin sekarang dia adalah guru kepada keturunan kita. Tidak ada satu anugerah walau sebesar manapun dapat membalas jasa guru, hatta dibayar dengan segunung harta mahupun sejumlah wang ringgit membalas setiap ilmu yang diterima
Percayalah, guru tidak mengharapkan apa – apa balasan. Maka hormatilah mereka. Ini adalah adab.
.
*saya akan berusaha menghormati guru – guru saya sebaik mungkin, kerana saya juga ingin dihormati oleh murid – murid juga nant
Sumber: oh guru | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/oh-guru/#ixzz1MUY161F4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan