Mungkin ada sesiapa yang baru nak minta kerja kosong di kerajaan, berita ini mungkin akan melemahkan semangat mereka.Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, mengumumkan pemansuhan semua jawatan kosong berkuat kuasa 1 Jun ini.Berikutan keputusan tersebut semua urusan pengambilan dibekukan bermula 20 Mei hingga 31 Ogos.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Mei lalu.Menurut beliau, pembekuan merangkumi semua kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.Bagaimanapun, kata beliau, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan.Keputusan (pemansuhan) ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat,katanya.Beliau berkata demikian dalam satu pekeliling yang dikeluarkan kepada ketua setiausaha, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, setiausaha suruhanjaya perkhidmatan, pihak berkuasa berkanun persekutuan/negeri dan pihak berkuasa tempatan.Pekeliling itu diperoleh menerusi laman web JPA.Abu Bakar menasihatkan semua agensi supaya tidak mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam tempoh tersebut.Katanya, jabatan itu juga akan melakukan auditan perjawatan secara komprehensif di setiap agensi kerajaan semasa pelaksanaan keputusan ini.Sehubungan itu, semua pihak dipohon untuk memastikan pelaksanaan arahan ini dipatuhi dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jabatan ini semasa pelaksanaan auditan perjawatan itu,jelasnya.
Kalau dilihat dari berita di atas, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan.Jadi terselamatlah pada mereka yang dah mula dapat kerja sebelum 1 Jun 2011 ini.Bukan kata subsidi sahaja dirasionalisasi, jawatan kerja di perkhidmatan awamjuga terbabit.
Pendapat kami, langkah ini ada baiknya.Yang baik, ianya dapat mengurangkan kos pentadbiran kerajaan yang sekarang terlalu tinggi.Namun adakah kos pentadbiran penjawat awam ini yang menyebabkan kos pentadbiran kerajaan meningkat? Bagaimana pula dengan elaun tidak masuk akal menteri-menteri dan juga ahli parlimen? Kan bagus kalau di situ juga, ia dirasionalisasikan.
Unit F.L.O.M pula bagaimana? Kalau tengok aktiviti-aktiviti Rosmah Mansor yang banyak buat “lawatan kerja” ni, rasanya banyak juga duit pentadbiran yang digunakan.Bagus juga kalau ia dirasionalisasikan sekali.Tak perlulah lebih sudu dari kuah.Tak habis-habis keluar negara yang sudah tentu melibatkan kos yang besar.
Walauapapun, pembekuan ini hanyalah sehingga 31 Ogos 2011.Jadi, kepada yang belum dapat kerja di perkhidmatan awam, janganlah putus asa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan