Bait kata yang mudah dilafazkan namun sukar ditelusi sebenar-sebenarnya aplikasi. Syukur, sejauh mana kita bersukur? Acapkali rasa ‘down’ dengan ujian yang diberikan, saya akan membaca kata-kata ini;
Dalam pencarian menuju Allah,
Terlalu banyak ujian yang menimpa diri,
Bukan mudah ingin redha dengan segala ujian kerana kita adalah manusia yang lemah lagi hina
Terlalu banyak ujian yang menimpa diri,
Bukan mudah ingin redha dengan segala ujian kerana kita adalah manusia yang lemah lagi hina
Semakin kita mahu mendekati Allah
Semakin banyak ujian yang diberi kerana dengan ujianlah kita mendekatkan diri dengan Allah
Semakin banyak ujian yang diberi kerana dengan ujianlah kita mendekatkan diri dengan Allah
Biarpun mencapai tahap redha itu sukar
Bermujahadah diri amat diperlukan
Dan langkah pertama dalam bermujahadah adalah bersedia untuk BERUBAH
Bermujahadah diri amat diperlukan
Dan langkah pertama dalam bermujahadah adalah bersedia untuk BERUBAH
Aku ingin berubah
Ingin menjadi insan yang mencintai Allah bukan kerana syurga atau neraka
Namun kerana aku adalah hambaNya
Yang telah dijadikan semata-mata untuk beribadah kepadaNya.
Ingin menjadi insan yang mencintai Allah bukan kerana syurga atau neraka
Namun kerana aku adalah hambaNya
Yang telah dijadikan semata-mata untuk beribadah kepadaNya.
Sebenarnya pernahkan kita bersyukur kerana diberikan ujian? Pernahkah kita mengimbau kembali apa tujuan ujian itu diberikan kepada kita? Mahu menyusahkan diri kita? Mahu membebankan diri kita ? jawapannya TIDAK !!!! mungkin sekarang ini ujian yang kita harungi adalah ujian kesabaran, kesakitan, kewangan, kematian, kesibukan dan macam-macam lagi ujian. Mulalah diri mengeluh, itu tak ok dan ini tak ok. Macam-macam ketidakpuasan hati.
Sahabatku, telah kukatakan bahwa dengan ujianlah dapat kita mendekatkan diri dengan Allah. Kembali bermuhasabah diri kita yang 5 tahun dulu, 10 tahun dulu, 15 tahun dulu dan seterusnya. Lihatlah pada diri kita, andainya Allah tidak memberi ujian-ujian sedemikian, adakah kita akan berada di tahap kita sekarang ini???
Kita asyik mengeluh dengan masalah kesakitan. Dengan kesakitan, bermacam-macam perkara tergendala dan kita tidak dapat merasai pelbagai kenikmatan hidup. Tapi renunglah seketika, kesakitan itu juga satu kenikmatan. Bila kita sakit, akan ada 3 tahap;
Pertama: dengan sakit baru kita mahu merapatkan diri dengan Pencipta kita.
Kedua: dengan sakit, kita mulai sedar bahawa nikmat kesihatan itu sangat-sangat bermakna.
Ketiga: dengan sakit itu, beruntunglah kerana Allah telah menghapuskan dosa-dosa kita dengan memberikan kifarah.
Kedua: dengan sakit, kita mulai sedar bahawa nikmat kesihatan itu sangat-sangat bermakna.
Ketiga: dengan sakit itu, beruntunglah kerana Allah telah menghapuskan dosa-dosa kita dengan memberikan kifarah.
Jadi persoalannya, kita berada di tahap mana? Adakah kita berada di tahap pertama, hanya ingat Allah bila sakit, masa lain tidak? Atau di tahap kedua, hanya tahu menghargai kesihatan apabila sakit? Persoalan sudah ada, begitu jua dengan jawapannya. Jawapannya ada pada kita. Usah diepilogkan mengapa kita dapat ujian itu dan ini, tapi kembalilah kita kepada Allah semula. Bertanyalah pada diri kita sendiri, adakah redha Allah bersama diri kita sepanjang ujian yang kita lalui ini? Tanpa redha Allah, siapalah kita ini,sudahlah sebagai hamba, masih mahu terus-terusan mengeluh.
Bersabarlah sahabatku,ujian itu tanda Allah menyayangi diri kalian. Bukankan Allah telah berfirman ; “Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” [Surah az-Zariyat: 56.]
Malahan Allah ada menyebutkan bahawa; “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta”. [Surah al-Ankabut : 2 & 3]
Allah juga berfirman bahawa:“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitah :”Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”. [Surah Ibrahim:7].
Maka ingatilah formula ini;
Ujian = mendekatkan diri kepada Allah
Redha= sebenar-benar menerima segala ketentuan Allah
Ujian + Redha = Allah tambahi nikmat
Ujian –Redha= dalam kemurkaan Allah
Ujian = mendekatkan diri kepada Allah
Redha= sebenar-benar menerima segala ketentuan Allah
Ujian + Redha = Allah tambahi nikmat
Ujian –Redha= dalam kemurkaan Allah
Baiklah, mulai saat ini, kembalilah ke fitrah hakiki, kita adalah hamba yang diciptakan Allah dan sentiasa pahatkan di dalam diri bahawa ujian adalah tanda Allah menyayangi kita. Maka, bersyukurlah kerana Allah memberikan kita ujian.
Wallahualam.
Nur Naima bt Zainuddin
Beliawanis PEMBINA Bangi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Beliawanis PEMBINA Bangi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan