Kenapa aku di uji?
''apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja berkata "...kami beriman,"sedangkan mereka tidak di uji?? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka seseungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta" Al-Ankabut:2-3
Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itu amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal itu amat buruk bagi mu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah:216
Kenapa ujian yang ditimpaku seberat ini?
''Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kemampuannya..."Al-Baqarah:286
Rasa frust?
''Janganlah kamu bersikap lemah , dan jgnlah pula kamu bersikap bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu org yang beriman."Al-Imran:139
Bagaimana aku harus menghadapinya?
''Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya." Al-Imran:200
Apa yang aku dapat drpd semua ini?
"sesungguhnya Allah telah membeli dr org mukmin baik diri mahupun harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka"At-Taubah:111
Kepada siapa aku berharap?
"..cukuplah Allah bgku,tiada tuhan selain dari-Nya ,hanya kepadaNya aku bertawakkal"At-Taubah:129
Ya Allah aku tidak dpt bertahan lagi...
"..dan jgn lah kamu berputus asa dr rahmatnya ,seseungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmatNya kecuali org-org kafir" surah Yusuf:12
semoga note nie ada manfaatNya;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan