Isnin, 16 Mei 2011

seminit ajer... :)

Salam, utk ilmu brsama sahabat   


Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid  untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!   


Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun  betapa singkatnya kalau kita melihat filem.    


Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun  betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat  tanpa harus berfikir panjang-panjang.    


Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun  kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.    


Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi  betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.    


Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun  lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid    


Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun  alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.    


Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun  betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada  saat terakhir untuk event yang menyenangkan.   


Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun  betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.    


Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun  betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.  


Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun  betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.    


Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau  berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.  


Betapa kita dapat menyebarkan seribu  kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun  kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,  serta terus klik pada icon  DELETE .    


ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERfIKIR-fIKIR. ..?  Sebar luaskanlah & bersyukurlah  kepada ALLAH, YANG MAHA ESA,PENGASIH  DAN PENYAYANG.  Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. 


Betapa banyak  orang tidak akan menerima pesan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka  masih percaya akan sesuatu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan