1. Pendapat seorang tua lebih baik dari
tenaga orang muda
2. Menyokong kesalahan adalah menindas
kebenaran
3. Kebesaran seseorang itu bergantung
pada hatinya
4. Mereka yang bersifat sederhana dalam
semua hal tidak akan menjadi miskin
5. Jagalah ibu bapamu nescaya
anak-anakmu akan menjaga mu
6. Bakhil dengan apa yang ada di tangan
adalah tidak percayakan Allah
7. Kekayaan seorang bakhil itu akan
turun kepada warisnya atau ke anaknya. Tidak ada yang terpencil daripada
seorang yang bakhil
8. Seorang yang arif adalah lebih baik
daripada arif. Seorang yang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan
9. Ilmu lebih baik dari harta kerana
ilmu menjaga kamu sedangkan harta perlu dijaga.
10.
Jagalah
hartamu dengan menunaikan zakat dan angkatlah kesusahanmu dengan mendirikan
solat
11.
Sifat
menahan marah lebih baik dari membalas dendam
12.
Mengajar
adalah belajar
13.
Bersedekahlah
mengikut kemampuanmu dan janganlah jadikan keluargamu miskin dan hina
14.
insan
terbahagi tiga golongan:
i
yang mengenal Allah
ii yang
mencari kebenaran
iii yang tiada pengetahuan dan tidak mencari
kebenaran
15.
Golongan
yang ketiga adalah paling rendah. Mereka akan ikut pemimpin secara membuta tuli
16.
Insan
tidak melihat kesalahan manusia yang bersifat tawadhuk dan lemah
17.
Jangan
takut kepada yang lain kecuali dosamu pada Allah
18.
Mereka
yang mencari kesilapan sendiri akan terselamat dari mencari kesalahan orang
lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan