Jumaat, 20 Mei 2022

Basic edu

 Mereka perkuatkan basik, kita nak bombastik


1. Spore negara maju, matawang pulak mencanak naik, semakin jauh meninggalkan Msia. Dulu saya buat rombongan gi Spore sebab matawang kita mahal, ke Arab Street, malah kamera pertama saya Yashica pun beli di sana.


2. Kat UK kalau dapat upah UK 50 dollar, bolehlah penuh satu trolly barang. Kalau kat Aeon Nilai, bawa RM50, ciput je, baru beli ayam sekor dan minyak masak, selesai.


3.  Untuk maju, semua mesti mulakan dari pendidikan rendah. Apa sahaja yang kita dengar dan baca dari Barat dan negara maju baik KBKK, LMS, STEM, KBAT, PAK21, 4IR, kita pun nak buat tak sabar2.


4. Ramai je, dan maybe majoriti yang terlibat dalam sistem pendidikan negara, TIADA IDEA apa sebenarnya yang berlaku di negara maju. Misalnya ramai je yang lansung tak tahu di negara maju tiada buku teks sekolah.. sedang di sini buku teks makin tebal dan makin kompleks. Yang ada pengalaman luar negara.. tak tahu plak apa yg dia tahu.


5. Dulu-dulu kecoh sungguh dengan KBKK, sekolah Bestari, VL Frog, spt itu satu perubahan yang perlu,  maka mak bapa dan guru yang tak tahu perlaksanaannya di luar negara hanya ternganga. Macam2 bengkel di macam2 hotel tak pernah berhenti.. dgn pelbagai foto dan selfie..  tak tahulah apa yg dah sampai kpd murid2 di Sabah yg naik rakit atau melalui hutan berjalan kaki.


6. Tanpa sedar diri, kitapun kecoh dgn semua ini, spt juara baru muncul, lalu akhirnya menggigit jari. KBKK, sekolah Bestari, VL Frog dah jadi misteri sedang guru makin sibuk jadi kerani, murid tetap tidak menjadi. Penyertaan dalam aliran sains makin tipis kian hari.


7. Ironi, negara maju menyebut STEM, KBAT, wellbeing utk mengukuhkan ASAS, mempermudahkan AKSES kepada pendidikan berkualiti dan berempati, memperkukuhkan INKUIRI dan INKLUSIVITI.


8.    Mereka menyebut semua aspek tersebut utk perkuatkan BASIC, kita pula untuk menunjukkan apa yang dilakukan adalah sesuatu transformasi yang BOMBASTIC.


9. Tak caya ?


a. US ada common core standard utk DUA subjek, Maths dan BI.. kita juga nk ada standard, tapi DSKP utk SEMUA subjek. Saya ulang... SEMUA. 


b  Subjek sains bukan subjek CORE di negara maju.. dan Spore serta KS bermula subjek sains di Tahun 3.. sdg kita Bab 1, halaman 1, Tahun 1 dah belajar Kemahiran Saintifik dlm subjek Sains.


c.Murid di UK misalnya ada aktiviti menyenaraikan perbelanjaan sebulan dalam sekeping kertas ringkas sebagai latihan kendiri utk kesedaran kewangan. Itu sahaja, macam mak-mak kita dulu catat dalam buku 555. 


Kita pula dasyat, semak buku maths dan tambah terus satu topik (32 halaman dan buku maths Tahun 6 dah jadi 2 jilid) dalam silibus supaya murid sekolah rendah belajar harga kos, harga jual, untung, rugi, diskaun, rebat, baucer, bil, resit, aset, invois, liabiliti, faedah, dividen, cukai, susut nilai, byrn perkhidmatan, pencarum, insuran dan takaful.. sesuatu yang bukan sahaja ALIEN bagi anak-anak ini, juga bagi mak bapak dan guru-guru juga.


Cukuplah 3 contoh..


10. Patutlah negara mereka semakin maju, kerana sentiasa mencari jalan membina dan mempermudahkan BASIC, sedang kita tambah sana sini supaya yang mudah jadi lebih susah, utk menunjukkan hasil kerja yang GAH, tak kisahlah jika guru longlai melangkah dan makin ramai murid yang rebah....


Sayang ❤️ selalu


OT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan