Rabu, 18 Mei 2022

Pentadbir 12

 EX GB U2..  Zulkiflee Miswan  GURU BESAR PALING PELIK. 12 FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI CIKGU ZUL.


Seperti mana yang diketahui, Guru Besar U2 telah pon berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor. Cikgu zul atau lebih mesra dengan panggilan BOSS di U2 di antara guru besar yang PALING "PELIK" DI DUNIA. Kenapa admin katakan pelik? Jom baca sedikit fakta mengenai kepelikkan perangai bos EX-GB U2 ni.


1. TAK RETI DUDUK DIAM.


Cikgu zul ni memang dah diketahui perangai dia yang tak reti duduk diam. Dia bukanlah jenis guru besar yang duduk dalam bilik guru besar. Setiap hari ada je keje yang dia akan cari. mengecat dinding, tanam pokok, hias sekolah, asalkan ada masa terluang memang dia akan buat. Memang payah nak tengok dia duduk tanpa buat apa apa. dari kerja yang bersih sampai kerje keje yang kotor. kalau tengok ke baju dan seluar dia memang akan tanda cat dan kotor sebab dia buat keje. Payah nak cari guru besar yang baju dan seluar di penuhi cat disebabkan buat aktiviti melukis mural dan bercangkul di sekolah.


2. TAK RETI SURUH CIKGU BUAT KEJE


Cikgu zul ni stail dia bukanlah jenis suka mengarah buat tu buat ni. Dia lebih suka dia buat sama-sama. Bukan setakat kerja berkaitan dengan profession perguruan, hal tukang kebun pon dia akan buat sama-sama. Jangan pelik kalau tengok dia pegang cangkul dan mencangkul bersama-sama dengan tukang kebun di sekolah, angkat kerusi meja, sapu sampah, angkat almari. Tapi ni lah perangai dia. Dia tak reti nak suruh-suruh tapi dia lebih suka buat kerja sama-sama. dia suka ajak sama-sama buat kerja. Kekadang orang belum mula dia dah jalan dulu buat kerja tu. Dia tak reti suruh cikgu cikgu buat kerja sedangkan dia duduk di pejabat. Kalau kerja tu berpeluh, biar dia berpeluh bersama, kalau kerjanya kotor, biar dia kotor bersama. 


3. TAK RETI MARAH.


Ni lagi satu perangai pelik dia. Sepanjang dia jadi guru besar di U2 memang payah la nak tengok dia marah sekalipon memang sepatutnya dia marah. Tapi dia boleh cool. kekadang tertanya tanya, cikgu zul ni tak reti marah ke ape? habis sangat kalau dia marah dia akan cakap benda tu tapi dengan nada yang serius. Tak de emo-emo. Sangat cool dan sempoi.


4. TAK RETI KEDEKUT.


Ni pon satu lagi masalah Cikgu zul. dia memang jenis tak reti kedekut. Kekadang keluar makan dengan cikgu memang dia akan bangun dan settlekan bil. Kekadang sampai naik segan kalau keluar makan dengan dia. Kalau perlukan apa-apa duit untuk program, memang tak pernah dia cakap xde duit. Kalau tak de sumber dari sekolah kekadang dari poket dia sendiri dia keluarkan. Dan dia tak pernah ungkit bende ni. Kalau xde duit sangat, dia akan suruh tunggu dulu dan usahakan jugak sampai dapat duit untuk buat satu-satu program tu. Setakat ni tak pernah lagi program sekolah tak dapat dijalankan disebabkan masalah duit. Alhamdulillah nak ape semua dapat. 


5. LAYANKAN JE.


Satu lagi stail cikgu zul ialah, dia akan cakap "Layankan je". Apa jugak idea cikgu2 selagi xmendatangkan mudarat kepada nama sekolah dia akan ikutkan. Kekadang permintaan tu tak perlu pun dia tunaikan. Ye lah dia bos kan? boleh je dia tolak. tapi dia bukan jenis macam tu. Kalau dia tak setuju sekalipun dia masih akan tanya pendapat majoriti cikgu. dan kalau perlu penambahbaikan dia akan bagi cadangan. Tetapi boleh kata kebanyakkan masa dia akan "layankan je".


6. TAHAN BERGURAU.


Selalunya akan ada gap seorang cikgu dan pentadbir khususnya guru besar. Tapi cikgu zul ni bukan stail dia macam tu, Korang boleh bergurau dengan dia. Kekadang gurau bukan macam gurau antara staf dengan boss tetapi dah macam adik beradik. Macam macam kami sakat dia. habis kuat dia ketawa. tak pon mcm biasa dia akan cakap "Amboi!"


7. TAK RETI MENGUMPAT.


Sikap mengumpat ni memang sifat kebiasaan manusia. Tetapi yang peliknya cikgu zul ni dia tak reti cerita keburukan orang. Kekadang bila kita cerita keburukan orang dia boleh selit cerita kebaikan orang tu. Walaupon macam macam dia dengar pasal keburukan orang, tetapi dia tetap layan seseorang tu macam dia tak pernah dengar apa-apa. Dan kekadang bila kita buat salah, dia tak de jaja kesalahan kita tu. Hatta tak pernah pon sebut secara sindiran dalam meeting. Cikgu-cikgu jadi segan sendiri kesalahan sendiri. Tak perlu kena perli.


8. TAK SUKA MEETING


Cikgu zul punya stail jugak, dia tak suka buat meeting meleret-leret melainkan benda tu benda penting. Hatta masa meeting kalau ada cikgu-cikgu nak cakap, dia limitkan masa supaya meeting betul betul meeting Bukan meeting dalam meeting. kalau nak hal-hal lain pon xboleh lama-lama. sorang 1 minit je! Dia tak suka cikgu-cikgu balik lambat. 


9. DIA TAK SUKA KALAU KACAU HARI CUTI.


Cikgu zul sangat tak suka kalau buat program kacau cuti cikgu-cikgu. Dia selalu cakap, waktu cuti jangan kacau cikgu. time cikgu cuti, biarkan derang cuti. Buat masa lain!.  


10. TAK RETI CUTI.


Ha ni lagi satu. Cikgu zul ni dia tak reti cuti. Bayangkan hari jumaat pon datang sekolah. Terbongkok-bongkok cat dinding sesorang. Dan dia tak paksa sesiapa pon datang time dia buat kerja. Dia datang sekolah pon diam diam kekadang sampai lewat petang buat kerja. Tak bagi tau kat sesape. Selalu cikgu Asri lah teman mengecatnya. Dan yang terpaling pelik, hari terakhir cikgu zul bertugas di U2 adalah pada hari khamis 12/5 tetapi cikgu zul masih hadir ke sekolah pada 13/5 hari jumaat untuk mengecat dinding bilik Pra sekolah! tak ke pelik? selalu orang yang dah berpindah akan "cuci kaki" je. Tetapi cikgu zul dia tak macam tu, pindah atau tak dia tetap berkhidmat untuk cikgu-cikgunya


11. SUKA JUAL CIKGU CIKGU.


Satu lagi perangai pelik Cikgu zul ni adalah, dia suka "jual" cikgu cikgu sekolah dia. Dia akan "UP"kan cikgu cikgu depan orang lain. Dia akan highlight apa jua kelebihan yang cikgu-cikgu ada. Kekadang naik segan pulak rasa bila di puji depan orang lain walaupun kemahiran yang dimiliki tu sebenarnya kecik je. Tapi tu lah Cikgu Zul. Bagi dia, sekalipun kemahiran yang cikgu-cikgu dia miliki biasa biasa sahaj tetapi bagi dia, ia sangatlah hebat dan dia akan sangat hargai dan bangga dengan cikgu cikgu dia.


12. SANGAT CEPAT MESRA


Cikgu zul ni jenis tak perlukan masa yang lama untuk mesra dengan seseorang. Duduk semeja dengan dia, kejap je dah rasa mcm dah lama kenal. Dah boleh ketawa dan usik mengusik.


Ni hanya sebahagian dari pada perangai "PELIK" yang ada pada cikgu zul. Dan kerana kepelikkan sikap cikgu zul ini lah menyebabkan ramai warga U2 merasakan sangat berat untuk "melepaskan" cikgu zul ke sekolah baharu.


Sebab tu lah kalau ada yang hadir pada majlis perpisahan cikgu zul di sekolah akan melihat bukan setakat anak murid dan cikgu je menangis kehilangan guru besar, hatta pekerja kontraktor turut mengalirkan air mata. Semua terasa sangat akan kehilangan seorang BOSS, RAKAN dan KELUARGA.


Apa-apa pun, inilah takdir buat semua warga U2. Apa-apa pun kami meredhai perpisahan ini. Kami doakan kepada cikgu zul supaya terus sukses, sihat dan dirahmati Allah selalu. Kami semua sentiasa mendoakan yang terbaik untuk cikgu zul. Jangan lupakan kami di sini. Sekalipon berpisah, bos tetap di hati kami. 


Terima Kasih atas segala tunjuk ajar, semangat, dan ukwah sepanjang cikgu zul di U2. 


-Admin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan