Jumaat, 7 November 2025

Ziarah

 Setelah mengembara lebih dari 100 negara, ini pendapat saya. 


1. Tempat paling terkesan di hati

Baitulmaqdis (Jerusalem)


Menurut catatan sejarah, Baitulmaqdis telah dimusnahkan sebanyak dua kali, dikepung 23 kali, diserang 44 kali, dan ditawan serta direbut semula sebanyak 52 kali. Tempat ini menjadi rebutan 3 agama besar dan masih bergolak semenjak lebih dua ribu tahun dahulu sehingga sekarang. 


2. Tempat paling epik


Maasai Mara Kenya melihat berjuta animal migration depan mata seperti di Padang Mahsyar. 


3. Monumen paling rasa diri tertipu


Manneken Pis Belgium, kerana penat berjalan mencari patung kecil budak sedang kincin. 


4. Tempat paling mahal


Canada dan Norway. Hostel bajet RM500 semalam, hotel 3 star RM1000 semalam dan makanan mampu tengok sahaja. 


5. Air terjun paling epik


Iguazu Falls Brazil/Argentina lebih besar dan hebat dari Victoria Falls Zambia/Zimbabwe. 


6. Negara paling cantik


Norway, New Zealand, Kyrgyzstan, Canada dan Switzerland. Semua mempunyai snow-capped mountains, tasik membiru, fjords dan hutan terpelihara.  


7. Negara yang rakyatnya paling ramah (most friendly people)


Algeria dan Iran. Kemana pergi mesti ada orang menegur ingin menolong atau bertanya khabar. 


8. Negara yang rakyatnya paling cantik dan segak (most beautiful people)


Iranian, Russian, Ethiopian, Brazilian, Venezuelan dan Filipinos. Pada pemandangan mata saya (to my eyes-lah)


9. Tempat paling kotor


Naples dan Jakarta. Tak larat tengok sampah bersepah di tepian bangunan rumah mereka.  


10. Tempat paling bahaya


La Boca Argentina, Favela Brazil dan Downtown Rio de Janeiro. Saya rasa tak selamat kerana banyak mata mengekor apatah lagi dengan polis berkeliaran dengan bersenjata berat.  


11. Padang pasir paling cantik


Gurun Namib kerana pasir bewarna merah kandungan besi.  


12. Makanan paling sedap


Turkey dan Thailand kerana kepelbagaian jenis makanan yang kita tak jemu. 


13. Ikan paling lazat


Ikan Sturgeon di restoren Cherkezi Dzor Gyumri Armenia lebih sedap dari ikan kelah. Telur sturgeon caviar menjadi rebutan ramai. 


14. Dessert paling sedap


Laz Boregi pada saya memang dessert paling sedap yang pernah saya rasa dan hanya dijual di Rize Trabzon Turkey oleh orang kaum Laz. Anda tak akan jumpa di Istanbul atau bandar-bandar lain. 


Ianya lebih sedap dari Custard tart dari Portugal, Tiramisu Italy, Gulab Jamun & Rice pudding India, Churros Spain, Lamingtons Australia, Baklava Greece dan puding Raja.  


15. Airlines paling bagus layanan


Thai Airways.  Dengan percakapan mereka yang lembut dan layanan mesra memang tertambat hati. 


16. Tempat paling overrated


Sehingga kini saya masih terpingga-pingga kenapa ramai melancong ke Dubai, dengan cuaca panas, barangan mahal dan semuanya artificial.  


17. Safari paling best


Maasai mara lebih banyak binatang liar dari Kruger Afrika Selatan dan Chobe Botswana


18. Train ride paling epik


Bernina Express dari Chur Switzerland ke Tirano Italy. 


19. Jalan paling bahaya


Karakoram Highway dari Gilgit ke Hunza Valley Pakistan. Tiada guardrail di tebing gaung dan runtuhan batu dari gunung boleh berlaku bila-bila masa.  


20. Negara paling banyak artifak dan bahan arkeologi 


Turkey dan Mesir. Satu negara adalah bahan sejarah semenjak ribuan tahun. 


21. Paling bersih dan teratur 


Tentunya Japan sehinggakan kita jadi rimas kerana semuanya bersih dan sistem teratur. 


22. Orang paling snobbish (hidung tinggi). 


French. Anda tidak akan di layan kalau berbahasa Inggeris.  


23. Monumen paling jauh dan lama untuk jejak. 


Machu picchu Peru kerana perjalanan jauh dari Santiago -> Cusco -> Ollantaytambo -> Aguas Calientes -> Machu Picchu. Semuanya mengambil masa 7 hari pergi balik.  


24. Airport paling besar


Dubai. Kalau transit satu jam memang tak sempat untuk sambung flight seterusnya.  


25. Airport paling kelam kabut


Sanaa International Airport Yemen. Rasa macam tiada sistem di sana.  


26. Airport servis terbaik


Setelah turun naik beratus airport di dunia tentunya KLIA kerana bersih, ada dispenser air percuma, toilet bersih ada bidet, trolley free, ramai petugas, baggage cepat keluar, proses imigresen laju, pemeriksaan kastam tak menyusahkan dan banyak kerusi untuk berehat. Kalaulah signages besar macam Dubai, memang saya beri 100/100. 


27. Airport rasa paling tak selamat


Morondava airport Madagascar kerana tiada scanner badan. Semua manual check sahaja.   


28. City paling kemas dan 'liveable'. 


Vienna dipilih sebagai the best city to live in the world kerana selamat, mempunyai first class public transportation, bersih dengan recreational facilities yang terbaik. 


Saya dapati taman dijaga dengan baik dan mempunyai tempat rehat disediakan untuk penduduk tempatan. 


29. City tua tercantik. 


Cesky Krumlov Czech Rep. kerana bangunan lama yang masih terjaga. 


30. Pekan yang mengasyikkan.  


Berada di Hallstatt Aistria seperti dibawa ke zaman silam dengan pemandangan picturisque. 


31. Negara paling murah. 


Myanmar. Semuanya murah dan empat orang makan berlauk hanya RM30.  


32. Pemandangan jalan paling cantik. 


Alpine road di Austria dan Transfagarasan highway di Romania. 


33. Castle paling cantik dan tersergam. 


Neuschwanstein castle Bavaria Germany. Macam istana dalam fairytale.  


34. Negara paling boring 


Luxembourg, Liechtenstein dan Slovenia kerana kecil dan tiada banyak tempat tarikan. 


36. Jalanraya paling baik. 


Austria, Czech Rep, Germany, Slovakia, Slovenia dan Hungary. 


37. Negara paling ramai gelandangan melepak di bandar


Buenos Aires Argentina, Sao Paulo Brazil dan Antananarivo Madagascar. 


38. Ibukota bukan negara Islam paling banyak monumen Islam. 


Sofia Bulgaria. 


39. Bandar disebut sebagai syurga dunia oleh turist arab. 


Zell Am See dan Kuprun di Austria kerana selalu hujan, sejuk dan bersebelah tasik. 


40. Jalan paling bahaya di waktu winter. 


Transfagarasan Highway di Romania. 


41. Bandar paling overated. 


Prague kerana Old town sangat kecil, congested dan mahal. 


42. Negara paling mendatar tanpa pergunungan. 


Hungary. 


43. Tempat paling ramai turist tertipu.


Bran @ Dracula’s castle Romania walhal ianya bukan tempat sebenar Dracula@Vlad the Impaler. 


44. Bandar paling ramai scammers


Istanbul 


45. Ibukota paling boring. 


Bucharest. Bangunan lama berumor tak sampai 100 tahun dan Old Town yang kecil dan haphazard. 


46. Public transport terbaik. 


Di Vienna kerana sistematik, tiada siapa menjaga dan timely. 


47. Negara paling ramai kaum Gypsy yang masih tinggal dalam kereta kuda. 


Romania. 


48. Negara paling miskin di Eastern Europe. 


Moldova. 


49. Ibukota dengan teenagers paling trendy dan ranggi. 


Prague. 


50. Negara paling banyak castle. 


Romania kerana sejarah medieval yang lama. 


51. Negara paling kuat beragama. 


Romania beragama Eastern Orthodox penuh dengan gereja dan Malaysia yang bangak masjid dan surau.  


52. Negara yang sama ‘cost of living’ dengan Malaysia. 


Dari banyak negara yang saya jejak, hanya Romania di mana harga barangan dan makanan serupa dengan Malaysia. Hanya harga petrol mereka RM7.17 satu liter.  


53. Negara Eastern Europe yang mempunyai paling banyak masjid lama. 


Bulgaria kerana ada masjid lama di Sofia, Plovdiv, Varna, Ruse, Stara Zagora, Shumen, Haskovo, Yambol, Vidin dan berpuloh di bandar lain. 


54. Pemandangan pergunungan paling cantik. 


Grossglockner Austria dan Lofoten Norway


55. Sungai paling cantik dan epik. 


Sungai Danube bermula dari Black Forest region Germany dan melalui 10 negara iaitu Germany, Austria, Slovakia, Hungary, Croatia, Serbia, Romania, Bulgaria, Moldova dan  Ukraine sehingga ke  Black Sea.


56. Bangunan paling hodoh. 


Bangunan Parliament Bucharest Romania. 


57. Kepulauan paling cantik 


Raja Ampat Indonesia


58. Negara rasa paling selamat 


Algeria. Hati sentiasa rasa selamat dengan orang yang baik-baik di sekeliling.  


59. Tempat rasa paling tak selamat


Ciudad del Este di Paraguay kerana setiap corner ada anggota bersenjata berat dan Jerusalem kerana ramai remaja berjalan dengan M16. 


60. Negara tanpa tarikan khusus tetapi menarik, aman dan stabil. 


Mauritius. 


61. Negara yang mempunyai dua binatang endemik yang tiada di lain tempat di dunia. 


Madagascar kediaman Lemur dan Fossa, dua binatang yang endemik di negara itu. 


62. Tempat paling banyak bandar  tinggi melebihi 10,000 kaki. 


Tentunya Tibet. 


63. Bandar yang mempunyai cuaca paling nyaman. 


Kunming, Perth dan Cape Town 


64. Pemandangan sawah padi paling cantik. 


Wee Kacura Sumba, Sapa Vietnam dan Jatiluwih Bali. 


65. Pantai paling cantik


Pink Beach Lombok dan Trou aux Biches Mauritius. 


67. Istana paling mewah. 


Istana Versailles paling mewah di Paris dengan kemewahan dan hiasan melampau. 


68. Bandaraya paling sesak


Tokyo


69. Gunung paling cantik. 


The Matterhorn Switzerland kerana bentuknya yang ikonik seperti piramid dan merupakan antara yang paling banyak diambil gambar.


70. Tasik paling cantik di dunia. 


Tasik Moraine, Kanada dengan warna birunya yang menakjubkan berlatarbelakangkan Banjaran Ten Peaks dan Tasik Plitvice kerana rangkaian tasik yang berhubung dengan air terjun bertingkat dan airnya yang jernih berwarna zamrud.


71. Negara yang mempunyai taman negara dalam bandar 


Nairobi, Kenya adalah ibu kota yang mempunyai taman negara dalam bandar. 


72. Pemandangan paling menakjubkan 


Reine Lofoten, Kaabah Mekah dan Baobab Avenue, Morondava Madagascar. 


73. Bandar paling banyak kereta antik. 


Havana Cuba. 


74. Bandar di mana bangunannya semua serba putih. 


Asghabat Turkmenistan. 


75. Bandar di mana bangunannya semua serba biru. 


Chefchaouen Morocco. 


76. Negara paling selesa dan aman. 


Tentunya Malaysia.  


Ini hanya pemerhatian saya dan traveller lain mungkin mempunyai pendapat yang berbeza. 


Catatan oleh:

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: Zainuddin Omar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan