https://www.facebook.com/share/1AEKBnDokQ/
PENGELAMAN SAYA BERKHIDMAT DENGAN PEGAWAI ‘GARANG’ DALAM PDRM
My Experience!
Mahathev Krishna
PDRM adalah sinyonim dengan Pegawai Kanan yang sentiasa bersenyum, lemah- lembut serta Pegawai Kanan yang garang dan keras dalam tingkah laku atau pun bahasa!
Tapi pada zaman dulu, apa juga insiden, kita cuba selesaikan secara bertoleransi dalaman within the Department) dan tidak lah sampai buat repot Polis, gempak satu Negara!
Anggota Polis boleh bawa apa jua insiden kekasaran, salah-laku, atau apa jua perbuatan tidak adil terhadap mereka kepada pihak atasan.
Biasanya perkara itu di lapurkan oleh anggota melalui pangkat hieraki (saluran tata-tertib) kepada Sarjan Mejor atau pun Sub-Inspektor sampai ke Ketua Polis Daerah!.
Kalau Pegawai Kanan di dapati betul mengasari anggota bawahan, Ketua Polis atau Ketua Formasi akan mengambil tindakan terhadap Pegawai tersebut. Sebarang salah laku, kekerasan, atau buli sesama Pegawai/Anggota tidak akan dikompromi.
Kalau ada pegawai kanan berperanggai buruk dan teruk sangat biasa di gelar ‘Pegawai Gila’, beliau akan di tukarkan ke formasi lain!
Pada tahun 2002, setelah tamat penugasan saya di Perubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) Misi di Timor Leste selama 2 tahun saya balik ke IPK NS, tempat saya dulu.
Malah, jawatan asal saya di IPK NS telah di isi oleh Pegawai lain.
Nasib baik, ada kekosongan jawatan ‘sikit bawah’ sebagai Pegawai Komunikasi Daerah IPD Seremban (IPD lama).
Oleh kerana keluarga saya berlokasi di Seremban dan saya pun dah ada rumah kat Ampangan Seremban, saya terima jawatan itu!
Adalah kali pertama saya bekerja di peringkat IPD – memang teruk kerja dengan tekanan jiwa boleh tahan! Punca masalahnya adalah kekurangan kekuatan Pegawai dan Anggota jadi masalah besar (manpower shortage). Pegawai dan Anggota yang lain terpaksa memikul tugas dan tanggung jawab tambahan!
Ketua Polis Seremban pada ketika itu adalah ACP Mak Chee Onn – beliau sentiasa ‘ON’ sja tidak pernah ‘Off’! Hari Ahad pun datang kerja! Kami beri gelaran beliau sebagai ‘Mak Workaholic’!
KPD akan berkumpul semua Pegawai Kanan dan Anggota buat rondaan hujung minggu seluruh IPD Seremban sampai 6 pagi! Esok pukul 10 pagi masuk kerja!
Timbalan KPD ketika itu adalah Superintendant Mohd Zain bin Ismail, garang macam harimau!
Kita orang Pegawai dan anggota cukup takut dengan Tuan Mohd Zain! Cara pertuturan beliau tak pernah lembut, sentiasa nada suara tinggi, tunggu nak maki hamun Pegawai dan anggota! Ada saja benda yang tak kena!
Kalau ada anggota rambut panjang,, dia akan pegang rambut dan tarik kuat-kuat, sampai tercabut rambut! Dia akan menggunting rambut anggota! Pegawai pun kena! 'Kalau tak nak saya buat begitu, lain kali gunting rambut pendek' beliau beri amaran!
Kalau Pegawai/OCS masuk mesyuarat lewat, Tuan Mohd Zain akan perli, suruh duduk di kerusi Pengerusi beliau dan dia akan duduk di kerusi Pegawai yang datang lewat itu!
Banyak kali saya mengikuti Tuan Mohd Zain melawat balai Polis dalam sekitar daerah Seremban! Nilai, Labu, Mantin, Lenggeng, Senawang, Rantau, Paroi, Sikamat dll.
Semasa pemeriksaan, jika ada silap salah, Siap: dia akan panggil OCS dan memaki-hamun serta meminta laporan bertulis sampai kepada beliau esok pagi! Tak tidurlah OCS sepanjang malam!
Tuan Mohd Zain dengan saya baik! ‘You OK lah Mahathev, bagi kerja apa pun beres. Keep it up. Nanti I rekomen you naik ASP'
Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya.
Saya suka dengan Tuan Mohd Zain kerana beliau membenci Rasuah. 'He is Mr. Clean!'
Setiap kali bermesyuarat, beliau akan menyentuh tentang gejala Rasuah. Imej baik pasukan Polis rosak kebanyakan kerana Rasuah! Kalau ada sesiapa terlibat Rasuah, saya akan buang kerja awak. Be careful'!
'I Like him for that’!
Dalam sesi mesyuarat, jika ada Pegawai buat tak betul, botol air mineral akan terbang pada muka pegawai itu!
Memang panas barah sifat Tuan Mohd Zain! Tapi selepas itu beliau cepat ‘cool down’ pula!
Walau pun begitu peranggai Tuan Mohd Zain, Pegawai dan Anggota sayang kepada beliau kerana beliau tidak pernah menulis lapuran buruk dalam fail Penyata-diri Pegawai dan Anggota.
Ramai anggota di naikkan pangkat di bawah penyeliaan Tuan Mohd Zain!
Tapi, itu lah - kena sabar dan terima sifat dan attitude pegawai macam itu!
Itulah style Tuan Mohd Zain! KPD pun tak boleh buat apa-apa!
Walaupun tegas, tidak pernah ambil tindakan tatatertib terhadap sesiapa!
Pernah anggota kekurangan wang mengawinkan anak, Tuan Mohd Zain membantu.
Biasanya kalau KPD tak OK, Timbalan OK dan sebaliknya.
Kalau anggota tidak bersalah, beliau akan defend anggota tersebut dan terus rekomen Surat Penghargaan KP/KPD kepada anggota yang bekerja rajin dan penuh berintegriti!
Dalam PDRM ada dua kategori Pegawai Kanan, yang garang dan keras tetapi hati baik dan satu lagi sentiasa senyum, bercakap lemah-lembut, baik dengan anggota tetapi tidak menyokong naik pangkat!
Untuk makluman semua, Tuan Mohd Zain adalah bapa kepada Datuk Seri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain!
Now you know why DS Mohd Shuhaily is like that! 😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan