Pada bulan 29 April 1961 seorang doktor Rusia yang menyertai ekspedisi Antartika, Leonid Rogozov berumur 27 tahun merasa kesakitan di sebelah kanan perutnya dan demam. Keesokan harinya ia mula menjadi keradangan. Tidak mempunyai kelengkapan untk menghubungi pesawat dan hanya dirinyalah satu-satunya doktor di stesen “Novolazarevskaya” itu. Pada waktu malam, 30 April,pakar bedah itu telah melakukan satu pembedahan ke atas dirinya menggunakan pembiusan setempat. Dia telah dibantu oleh seorang jurutera dan stesen meteorologis.
Pada 1959 sebaik sahaja Leonid Rogozov mendapat ijazah daripada Institute, ia telah bekerja dengan klinik pembedahan tempatan. Bagaimanapun, kajian-kajiannya di klinik itu terhenti seketika kerana menyertai ekspedisi Leonid ke Antartik pada September, 1960 sebagai seorang doktor bagi ekspedisi Rusia kali keenam ke stesen Novolazarevskaya, Antartika.
Ekspedisi ini telah berlakunya satu peristiwa yang membuat pakar bedah berusia 27 tahun ini termasyhur.
Dalam bulan keempat musim sejuk, pada 29 April 1961, Leonid menunjukkan simtom-sintom: lemah tubuh badan, loya, demam dan kesakitan di sekitar ilium. Hari berikutnya suhu badannya menjadi lebih tinggi lagi. Kerana dirinya satu-satunya doktor dalam ekspedisi yang bersama 13 orang ini, Leonid mendiagnosis dirinya sendiri: apendisitis akut (acute appendicitis). Tidak terdapat kapal terbang di mana-mana stesen yang berdekatan. Keadaan cuaca yang buruk juga tidak akan mengizinkan mana-mana kapal terbang untuk ke Novolazarevskaya.
Demi untuk menyelamatkan seluruh anggota ekspedisi kutub yang sakit,satu pembedahan segera perlu dilakukan. Dan satu-satunya jalan keluar adalah dengan melakukan pembedahan sendiri ke atas dirinya.
Pada suatu malam, pada 30 April 1961, pakar bedah dibantu oleh jurutera mekanikal dan seorang ahli meteorologi ketika mengendalikan instrumen-instrumen perubatan dan memegang sebuah cermin kecil di sisi perutnya. Berbaring sambil sedikit membongkok ke sebelah kiri, doktor itu membuat pembiusan dengan novocaine dan dibuat satu torehan 12cm di sebelah kanan ilium menggunakan satu skalpel.
Samada memerhatikan daripada cermin atau dengan sentuhan dia berjaya membuang satu lapisan radang dan menyuntik antibiotik dalam abdomen. Selepas 30 atau 40 minit dari bermulanya operasi pembedahan, kesan bius mula terasa dan pakar bedah itu mula merasa pening. Pembedahan terpaksa ditangguh untuknya berehat.
Akhirnya pada tengah malam operasi pembedahan selamat dilakukan, iaitu selama 1 jam dan 45 minit. Dalam lima hari suhu badannya kembali normal, dalam dua hari - jahitannya sudah boleh dibuka.
Di Muzium St Petersburg Museum Artik dan Antartika terdapat pameran peralatan pembedahan yang digunakan oleh Leonid Rogozov semasa melakukan operasi itu.
Seorang juruterbang angkasawan KRSS, seorang idola di Soviet Union, Titov Jerman menulis dalam bukunya “My blue planet”:
“Di negara kita perbuatan paling hebat adalah mengeksploitasikan diri sendiri.
… Saya mengkagumi doktor Rusia, Boris Pastukhov, yang menyuntik dirinya dengan vaksin wabak sebelum digunakan kepada orang sakit: kami juga kagum dengan keberanian doktor Rusia, Leonid Rogozov yang membuat satu pembedahan ke atas dirinya dalam situasi yang sukar semasa ekspedisi Antartik.
Kadang-kadang saya memikirkan jika saya boleh berbuat perkara yang sama dan hanya satu jawapan datang di fikiran saya: “Saya akan melakukan yang terbaik…”
kredit:http://pulakdah.blogspot.com
Sumber : englishrussia.co
Tiada ulasan:
Catat Ulasan