Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat dimana sekali anda terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.
Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh paderi kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.
Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.
Subhanallah! Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam terhadap sahabat kita orang kristian. Mungkin, disebabkan kerana kurangnya ilmu maka kisah mengenai Holy water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. Ingatlah teguran dari Allah dalam Al-Quran
Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [Q5:2]
Sebenarnya, Holy water hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan diletakkan di luar gereja. Apabila penganut kristian beraliran katholik ingin masuk kedalam gereja. Mereka akan mengambil sedikit holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka. Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang kristian. Dan, Holy water tidak pernah dibuat untuk diminum. Orang kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk berwudhuk.
Cuba fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka semua terus murtad. Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai holy water mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku syirik. Jika benarpun ada kes terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan tidak bukan melainkan tipu daya syaitan yang amat lemah
“…dan tiadalah bagiku (syaitan) sebarang alasan dan kuasa pengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri…”[Q14:22]
Semoga artikel ini memberi pencerahan pada kita semua untuk tidak lagi mempercayai cerita karut ini dan seterusnya berhenti ‘forward’ fitnah terhadap saudara kita yang beragama kristian.
syukran jazeelan atas post cikgu ni.. betul isinya kerana kebtulan baru2 ni sy ada ternampak air holy water d meja kwan kristian sy dan sy brtanya apa kegunaan air holy water, dan dia mengatakan hnya utk membuat lambang salib (brwuduk cara mereka) dan utk mrenjis di bilik (mengelak gangguan). mereka pun tak mnum air tu.. tak tahu dari mana cerita mengatakan air tu digunakan untuk memurtadkan umat islam..
BalasPadamsaya menyokong artikel ini.. tapi dengan mengatakan bahawa orang-orang yang beragama kristian merupakan sahabat kita adalah sangat keterlaluan.. kerana kita tidak boleh berkawan dengan semua orang kristian.. hanya sesetengah sahaja.. itupun yang baik & tidak berniat jahat untuk bersahabat dengan orang islam..
BalasPadam