Bila minyak naik, apa Kerajaan BN akan kata?
1) Menteri Pengguna – Peniaga dilarang menaikkan harga barang
2) Menteri Pengguna – Kerajaan akan pastikan harga barang tidak naik
3) Menteri Perdagangan dalam negeri – Harga minyak kita masih murah berbanding negara-negara jiran lain seperti Singapore, Thailand, Kemboja, Vietnam, Myanmar
4) PM – Kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang tinggi setiap tahun hanya untuk memberi subsidi harga minyak kepada rakyat.
Itu antara jawapan atau alasan yang selalu di beri kepada rakyat melalui media propaganda UMNO.
Bila keluaq saja alasan tu dalam TV, maka pakcik-pakcik di kampung pun mula sembang;
- Pak Mud Gunting “nak susah apa, tak payah buh sepuluh, buh lima ringgit cukup la”
- Pak Mid Duda “naik dua kupang saja, kerajaan tanggung banyak dah”
- Bang Kob Pekak “aku tak dengaq pun minyak naik, kalau tuang minyak tumpah ada la….”
- Said Lebai “kerajaan penaik tu sikit saja, nu, di sempadan nu, orang Siam duk mai beli minyak kita lagi pasai kita murah”
Tapi bagi kalangan makcik-makcik yang duk di kampung, lain pulak depa sembang.
- Mak Bedah “huh, minyak naik dua kupang, lepas ni bawang naik, teloq naik, semua naik”
- Kak Timah Lawa “Mat, hang pi beli ikan kering 2 ringgit, mak tak dak duit dah tadi beli barang sepuluh ringgit tapi tak nampak apa2 barang pun”
- Kak Piah Bret “depa tau penaik saja, yang nak tanggung kita, hari ni kata tak naik, esok naik la, lebih baik tok sah duk bagi subsidi langsung, ikan sayuq ayam semua akan naik, apa yang kita boleh makan? Ikan kering saja la. Ikan bilis pun mahai lebih dari ikan hidup…. bla.. bla… bla…”
Itulah kata-kata rakyat di kampung yang antara kisah dengan tidak tentang kenaikan harga minyak. Mereka tidak peduli tentang hak mereka sebagai pembayar cukai. Mereka tidak kisah tentang rakyat yang tinggal di bandar. Apa yang mereka tau hanya benda-benda sekeliling mereka.
Bagi rakyat yang tinggal di bandar, keluhan semakin jelas… jika keluhan di kampung berskala 2, di bandar keluhan meningkat ke skala 6.
Rakyat sudah muak dengan janji kerajaan bahawa harga barang tidak akan naik. Sudah selalu sangat alasan tu keluaq setiap kali ada kenaikan harga minyak.
Pakar propaganda kerajaan BN berpendapat, sebarang tindakan yang dilakukan, pada mulanya pasti mendapat tentangan, tetapi setelah diulang-ulang tindakan yang sama, maka rakyat akan menerima tindakan tersebut tanpa soal kerana sudah ‘mangli’ dengan perkara tersebut.
Contohnya penderitaan rakyat Palestine, kita merasakan gerun dan takut bila terdengar bunyi bom, tapi bagi mereka, ianya sudah jadi biasa sebab dah selalu sangat kena bom.
Walau apapun yang berlaku, rakyat memang didahulukan. Apabila kerajaan perlukan duit untuk menampung perbelanjaan mereka, maka kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, kenaikan cukai dan sebagianya, rakyatlah yang akan menanggung bebannya. Sedangkan pemimpin dari kalangan ideologi kerajaan Pusat menikmati hidup mewah tanpa merasa keperitan dari kenaikan yang berlaku....!!
sumber: Tranungkite
Tiada ulasan:
Catat Ulasan