Isnin, 9 Mei 2011

Selepas petrol, gula pula naik 20 sen



Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Mei: Bemula esok, rakyat Malaysia terpaksa membeli gula
dengan harga RM2.30 sekilogram iaitu peningkatan sebayak 20 sen berbanding
harga sekarang RM2.10. Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom yang berkata kenaikan
itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

Kenaikan itu berlaku selepas lima hari rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan
20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter. Jelas
Mohd Zain, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding
negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk
merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain. Penyelarasan
subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Sebelum ini banyak pihak menyelar tindakan kerajaan dalam usaha mereka 'menyelaraskan
subsidi' beberapa barangan keperluan rakyat selaku pengguna. Kenaikan harga gula ini,
turut dibimbangi akan memberi kesan kepada kepada harga makanan dan minuman pula.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol
RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG). Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen,
menjadikan harganya RM2.10 sekilogram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan