Hawa..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah engkau isteri yg meringankan beban suamimu, andai engkau seorg ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Islam tercinta…
Hawa..
Andai engkau belum bernikah, jgn kau risau jodohmu
Ingatlah Hawa janji Tuhan dgn kita
Wanita baik adalah utk lelaki yg baik
Jgn dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yg bkn muhrim
Kerana khuatir dari mata jatuhnya ke hati
Maka lahir sebuah senyuman, tercetusnya salam dan sekaligus disusuli pertemuan
Tidakkah kau risau lahirnya nafsu kejahatan yg boleh menguasai diri seandainya ia tidak dikendali?
Tidakkah kau risau lahirnya keturunan tanpa salasilah yg jelas lantaran silapmu?
Hawa..
Lelaki soleh tidak melihat paras rupa
Lelaki beriman tidak memilih wanita mmelalui keseksiannya
Lelaki wara’ tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki
Lelaki yg baik tidak sesekali akan merendahkan nilai wanita dgn mengajakmu pada kejahatan
Tetapi, mu’min itu akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan paling penting pegangan agamanya
Mujahid itu juga tidak menginginkan pertemuan dgn wanita bkn muhrimnya
Kerana dia sedar Allah melihatnya
Kerana dia tidak mahu memberi peluang pada jarum syaitan menusuk hatinya
Musleh itu juga tidah mahu bermain dgn cinta kerana dia tahu kasih hanya selepas pernikahan
Pernikahan juga kerana Allah
Oleh itu, Hawa..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendiriaanmu, dekatkan dirimu dgn Tuhan.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu di dunia ini
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu kerana DIA pemilik segala cinta
DicintaNYA lebih bermakna daripada dunia serta seluruh isinya
Biarlah hanya kasih daripada kedua ibu bapamu dan keluarga yg member hangat kebahagiaan buat dirimu
Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang
Kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yg juga mencintai Allah..
Namun, jgn kau jadikan itu sebagai tujuan penghambaanmu kepada Tuhan
Kasihilah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Rfiqul’ala
Sayangilah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yg bahagia selain dari kasih keluarga..
Jgn sesekali tgn yg menggoncang dunia juga yg menggoncang iman lelaki
Kerana kelak kau akan menyesal sendiri nanti..
“Perempuan yg suci adalah perempuan yg dijaga oleh Allah. Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya. Kerana Allah amat menjaganya dan mencintainya. Tetapi, andai kita bergelumang dgn kasih lelaki ajnabi @ kasih duniawi, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kpd seorg manusia yg lebih banyak mengecewakan kita..yg tak mampu menyelamatkan kita drpd azab kubur dan neraka..
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorg lelaki asing @ meninggalkan sesuatu yg tidak bermanfaat, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA. Mengapa masih perlu ragu2? Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari. Bila nak jumpa kalau asyik tunggu. Allah dah tegur..Allah dah sedarkan..Tapi jika tak diendahkan..bimbang Allah juga tak endahkan kita..TERUSLAH DGN MAKSIAT SEDANGKAN KAMU ORG YG FAHAM HUKUM..”
“Sebesar-besar dosa adalah dosa yg dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya..” Imam Al-Ghazali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan