Tips 7 P agar terus istiqamah di jalan hijrah menuju keredhaanNya.
P - Penuntut.
Jadilah seorang penuntut ilmu, kerana sesungguhnya ilmu andai kita inginkan dunia maka dengan ilmu. Andai inginkan akhirat jua, perlukan ilmu. Maka jika dengan ingin kedua-duanya, maka dengan ilmu.
P - Pengajar.
Jadilah seorang pemberi ilmu, agar keberkatan ilmu itu mampu mendidik hati lebih memahami setiap ilmu yang dimiliki dan akhirnya membentuk jiwa yang terus istiqamah dalam jalan mujahadah.
P - Pemurah.
Jadilah insan yang ringan untuk memberi, supaya sedekah itu menjadi magnet kepada keberkatan rezeki yang kita miliki.
P - Peneman yang soleh.
Jadilah seorang peneman yang soleh kepada orang lain, agar mampu memberi sekelumit cahaya dan menjadi 'minyak wangi' kepada keparahan kepada jiwa masyarakat hari ini agar tempias harumannya mampu dinikmati oleh sesiapa sahaja di sekeliling. Nak lebih mudah, hiduplah secara berjemaah.
P - Persekitaran yang baik.
Wujudkanlah persekitaran yang baik dalam diri jiwa kita sendiri biarpun hakikat persekitaran luar tidak sesihat yang kita harapkan. Setidak-tidaknya, kita tidak diubah oleh masyarakat.
P - Pencetus kebaikan.
Jadilah seorang yang menjadi pencetus kebaikan walau di mana jua suasana kita berada. Orang pertama memberi salam, beri senyuman, mengajak kepada yang makruf, mencegah kepada yang munkar.
P - Penawar.
Carilah 'penawar' sebagai bekalan sepanjang jalan, agar keikhlasan hati untuk istiqamah dalam perubahan mampu terus ditetapkan hanya keranaNya. Tiada penghujung jalan bagi pencari kebaikan, agar kita tidak tertipu dengan helah syaitan, sehinggalah ia menemukan Allah adalah segala-galanya dalam kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan