Baru ini seorang sahabat saya berniaga. Dia buat pemasaran tapi tidak berjaya. Dia usaha pelbagai cara. Tapi tiada orang datang. Cara marketing biasa melalui radio juga dia tidak dapat.
Dia jumpa saya tanya nak buat macam mana. Hidup semakin sempit. Susah. Dan macam jalan mati katanya.
Allah sayang kita. Dia nak hati kita sentiasa padanya. Saya kata jaga solat berjemaah. Janji Allah rezeki dalam solat berjemaah. Belajar minta Redha dan kasih sayang Allah. Dia ada mak maka saya kata khidmat pada mak. Beri sedekah pada orang susah.
Pagi tu dia ada appoinment. Dalam dompet ada rm300 sahaja. Tiada simpanan lain. Dia ambil rm200 bagi pada maknya. Rm 20 dia beri kepada seorang susah yang minta padanya.
Dalam apoinment pagi tu dia dapat projek yang besar yang harganya RM 32 ribu dan dapat cek dalam masa 2 hari.
Allah nak mudahkan rezeki kita melalui amal soleh. Khidmat pada ibu kerana Allah. Allah Maha Kaya....Allah Pemberi rezeki. Orang ingkar pada Allah dunia ini hanya darul asbab. Orang beriman dunia ini darul a'mal ( usaha,doa, tawakal,amal soleh, jujur, ikhlas)- ebit lew.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan