Soalan: Jika suami sudah sediakan makan minum, tempat tinggal, pakaian, dan segala keperluan rumah, adakah suami perlu memberi duit setiap bulan pada isteri?
Ustaz Azhar Idrus:
Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian, dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri.
Jika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.
Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah, dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri mintak baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.
Jangan lupa, isteri juga yang mengandung sembilan bulan dan dia yang menggadai nyawa melahirkan anak kita dengan kesakitan yang amat sangat semasa nak keluar anak. Suami ada rasa sakit begitu? Tak ada. Yang adanya suami hanya duduk mundar-mandir saja di luar bilik bersalin, kadang-kadang siap mengurat nurse lagi.
Jadi, suami cuba fikirlah samada dengan memberi seribu ringgit sebulan untuk isteri itu cukup atau tidak berbanding dengan kesakitan dia melahirkan anak, kesusahan dia menjaga anak, beri susu anak, basuh berak anak, dan sebagainya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan