Sebenarnya ramai yang tak tahu pasal sejarah melayu yang sebenar... Ramai yang suka cakap pasal sejarah melayu...Cedok dari buku KBSM ajaran sekolah rendah dan menengah.. Rasa macam dah betul gile dah diri tu dengan ilmu secubit garam... Haiyo... Nie nak bagi sikit fakta yang memfaktabkan diri yang suka memperlekehkan dan memperkotak-katikkan melayu nie.... Baca dan faham...
Agama Islam
Ramai duk kata yang melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan... Ermm... tu sebab korang dah lahir dalam agama Islam.... Sedangkan sejarah asal melayu menunjukkan melayu nie bukannya sejak lahir dalam agama Islam... Mengikut sejarah asal melayu, agama yang dianuti sebelum Islam adalah hindu dan buddha... Melayu nie kaum yang agak tua... Sebelum kedatangan Islam lagi dah ada kaum melayu... So... selepas melayu mendengar akan kedatangan agama Islam... Maka empayar melayu ketika itu iaitu Srivijaya menghantar surat kepada kerajaan Islam sezamannya iaitu Empayar Umayyah, atau lebih tepat kepada Saidina Umar Abdul Aziz... Maka berlakulah proses kemasukan agama Islam secara beramai-ramai kerana pemimpin tertinggi secara sukarela masuk Islam diikuti dengan seluruh rakyat jelata.....
Institusi Raja-raja melayu
Institusi raja-raja melayu adalah yang tertua di Asia Tenggara yang masih ada kedaulatannya sampai sekarang.... bukan di Thai bukan di Khmer... Tau Khmer tu katne? Lebih kurang kat Kemboja gitu... Ada jugak institusi raja melayu lebih tua iaitu di Burma, Jawa, Laos, dan Vietnam tapi telah pupus... Institusi Raja-raja melayu sangat disegani kawan dan lawan... Dan dipercayai juga, adanya institusi raja-raja melayu ini kerana menyimpan satu rahsia tersirat dan tersurat berkenaan sejarah asal-usul ketuanan melayu.. :)
Selat Melaka
Selat Melaka nie adalah selat paling sibuk di dunia... Selat yang paling direbuti dan diingini kuasa-kuasa besar dunia.. Selari dengan namanya... kesibukan Selat Melaka berada di kemuncak ketika era Kesultanan Melayu Melaka.. Satu persoalan...adakah mampu keamanan Selat Melaka dijaga hanya dengan keris dan tombak? Tembok kayu dan daun nipah? Pastinya itu adalah satu fakta yang terfaktab...ditipu dan dipusing oleh penjajah.... So.... cari balik macam mana sebenarnya kehebatan kesultanan melayu Melaka ketika itu sampaikan empayar di China pun bersahabat dengan kerajaan melayu ketika itu..... :)
Aborogine Malay
Orang Melayu adalah berasal dari induknya iaitu Austronesia/Nusantara.Orang Melayu sehingga ke hari ini tetap mengekalkan bentuk protonya iaitu Orang Asli yang terkelompok dalam Aborigine Malay.
Buat pengetahuan korang..Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Aslian(terbahagi pula kepada dua iaitu Semang/Negrito dan Senoi) dan Aborigine Malay/Proto-Malay. Aborigine Malay sebagai contoh ialah Orang Laut,Jakun,Seletar,Orang Kuala dan Temuan.
Aborigine Malay berbahasa mirip bahasa Melayu dan terkelompok dalam kelompok Austronesia dan rapat dengan kehidupan orang-orang Melayu (Deutro-Malay) sejak zaman-berzaman. Dalam sejarah...Aborigine Malay selalu mengumpulkan hasil hutan di pedalaman dan diserahkan kepada orang Melayu yang kerap berdagang dan berlayar ke luar negeri.
Kewujudan Aborigine Malay adalah bukti paling 'angker' untuk mengukuhkan orang Melayu sebagai The Undisputed Indigenous yang memusnahkan semua khayalan orang asing yang dengki tidak berkesudahan dengan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hamba-hamba-Nya dari kalangan orang Melayu. Dengan kata lain,Proto Melayu atau Aborigine Malay ini adalah 'bukti hidup' kepada premis orang-orang Melayu sebagai penduduk asal dalam konteks di Malaysia!!

Fakta ini dipetik dari Srikandi
Sesetengah dari kita nie malu nak mengaku yang kita nie melayu.... Rasa rendah diri bila cakap pasal bangsa dan sejarahnya... Walhal sejarah kita sangatlah tip top dan hebat di mata dunia yang tahu sejarah sebenar.... Bukan juga patut berbangga lebih-lebih sampai sombong bongkak bila berjumpa bangsa lain.... Kita nie hebat... tapi kita juga hebat dalam budi bahasa... lemah lembut dan sopan berbicara..... So...kenapa nak tiru bangsa lain sedangkan kita sejak dari dulu adalah suatu bangsa yang hebat dan dihormati? Mungkin ramai dari kita nie...nama je melayu...tapi perangai dah bukan melayu.... Kan?
P/S: Tak salah belajar sejarah... Sebab sejarah membentuk jatidiri kita.. Jangan lupa belajar agama sekali...:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan