بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Isnin, 16 Disember 2013
kisah rakyat
Cerita rakyatku.. Tadi ada sorang lelaki datang, minta bantuan, katanya nak beli barangan dapur, musim hujan katanya tak dapat nak bekerja, sepertinya mendesak saya untuk menghulurkan bantuan, walaupun dah bagi bantuan makanan, nak duit pulak, dia pulak memang selalu minta duit, pernah jumpa tepi jalan pun minta duit jugak, orangnya masih muda awal 30an, anak baru dua, dia pun dah selalu datang minta bantuan dan macam-macam alasannya untuk minta bantuan. Sedang dia bagi macam-macam alasan, tiba-tiba datang pula rakan saya, dia OKU sejak kecil, saya menjemputnya masuk, dia berniaga kat tepi jalan dan selalu bayar zakat kat saya setiap tahun, tangan kanannya capek, tak boleh berfungsi, tapi dia rajin, dah beristeri dan ada lima orang anak. Lelaki tadi hanya diam mendengar perbualan kami, dari hal masjid sampailah hal perniagaannya, dia dah tujuh hari tak berniaga sayur sebab kurang bekalan dan mahal, bila musim hujan dia jual ikan masin dan barangan kering rumah kerumah "bolehlah buat belanja anak nak sekolah ustaz". Sejak dulu, bila dia berjumpa dengan saya, pasti dia hulurkan duit RM 50, "untuk fisabilillah ustaz". Saya pasti hari ni pun sebab tu juga, saya pun tanya dia "datang pagi-pagi ni, ada mustahak ke?" .. "takde lah ustaz, cuma lama tak jumpa ustaz, dengar ustaz susah sebab banjir kat Kuantan, kasihan kat Ustaz", saya senyum je .."biasalah" kata saya "dah ujian". Tangan kirinya menyeluk poket, lalu dihulurkan kepada saya, saya memandang pada lelaki yang minta bantuan tadi yang bersebelahan rakan saya. "Anta bagi kat dia lah" rakan saya memandang lelaki tadi, lalu tangan kirinya menghulurkan duit tadi kepada lelaki tersebut, lelaki tadi mengambilnya dalam keadaan wajahnya yang agak merah padam. Mungkin malu menebal di mukanya, saya pun tak sengaja sebenarnya, terlupa pulak, tetapi sesekali elok juga mungkin terlintas juga kesedaran di jiwanya betapa dia yang sihat tiada cacat cela menerima sumbangan dari orang cacat. Moga peristiwa itu menjadikan jiwanya serta merta kaya. Kedua-duanya minta diri serentak, sangat berbeza seorang yang tegap tubuhnya, mencibit barang sumbangan dan seorang yang capek dan jalan berdingkit-dingkit balik tangan kosong kerana memberikan sumbangan. Moga rakyatku insaf ..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan