بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Sabtu, 29 Disember 2012
Robber Baron
Muhammad Nazreen
Robber Baron. Istilah ini merujuk kepada golongan perusahaan Amerika di era pra-perindustrian sekitar 1800an. Golongan kaya ini jugalah yang dikatakan paling berpengaruh. Mereka mempunyai kekuatan monopoli ekonomi yang mengawal mod pengeluaran.
Mereka jualah yang berkuasa untuk memiliki buruh-buruh miskin sebagai ‘kapital’ menjalankan perusahaan kilang-kilang kapas.
Golongan Robber Baron ini selalu bertindak sebagai agen spekulator, yang mengawal persaingan sesama mereka, mengeksploitasi buruh-buruh sehinggakan ada yang terpaksa bekerja 18 jam sehari, tetapi dibayar dengan kadar gaji yang luwes dan tidak munasabah.
“Robber” – konotasi bagi sang perompak yang merampas harta milik warga masyarakat.
“Baron” pula dipinjam daripada rujukan terhadap golongan aristokrat/elit yang diabsahkan kedudukan mereka di dalam hierarki sosial masyarakat.
Jadi, istilah “robber baron” di Amerika merujuk kepada perompak kolar putih yang berselindung di kekuatan monetari Dollar Amerika Syarikat. Mungkin, parasit-parasit Wall Street yang secara senyap menghancurkan ekonomi Amerika itulah ‘Robber Baron’ sebenar.
Cerminan daripada krisis ekonomi surut-pasang Amerika, Paul Krugman, seorang ahli ekonomi terkemuka bermazhab Keynessian nyata berseru dengan penuh kerisauan akan masa depan ekonomi global. Keynessian merujuk kepada mazhab ekonomi yang dibangunkan ahli ekonomi terkenal, Sir John Maynard Keynes yang memperkenalkan kawalan makroekonomi untuk sistem kewangan Amerika yang digelar Bretton Wood. Keynes melihat bagaimana dasar fiskal dan monetari haruslah diberi pengawalan secara makrostruktur.
Di dalam kolum tulisan Krugman yang disiarkan di New York Times bertarikh 9 Disember 2012 bertajuk Robots and Robber Baron, beliau mempersoalkan kewajaran korporat-korporat kewangan besar yang masih mengumpul keuntungan di saat sistem kewangan Amerika menanti rebah. Rata-rata para pekerja yang berpendapatan rendah dan sederhana terikat dengan beban hutang pendidikan, hutang hartanah perumahan yang tidak mampu dilangsaikan.
Tahun 2005, 21.2 peratus daripada keseluruhan hasil pendapatan negara Amerika Syarikat dimiliki oleh sebilangan 1 peratus elit masyarakat. Kekayaan keluarga-keluarga yang mengusahakan Wal-Mart pada tahun 2007 berjumlah sebanyak US$90 billion (RM276 billion) bersamaan dengan jumlah pendapatan isirumah kasar 40 peratus terbawah daripada keseluruhan demografi kependudukan di Amerika Syarikat sebanyak 120 juta orang.
Kebanyakan industrialis-korporat yang mengawal monopoli ekonomi Amerika menetapkan harga-harga konsumer sekalipun ianya tidak sama sekali selaras dengan jumlah gaji yang dikeluarkan. Dengan kadar gaji yang rendah dan kos keperluan hidup yang meningkat menyebabkan ‘growing bubble’.
Suatu fenomena ‘stagflasi’ ekonomi yang akan menyebabkan kadar konsumerisme merudum sekaligus meranapkan keseluruhan sistem ekonomi. Akibatnya, rakyat Amerika juga mengalami kemelaratan teruk bahkan krisis monetari 2008 adalah langkah awal krisis yang sedang menular, ada juga yang mengatakan bahawa gelombang kedua krisis ekonomi dunia adalah hari kiamat bagi dunia kapitalisme moden Amerika.
Kesannya, jurang kekayaan di antara golongan kelas menengah-rendah dan menengah-tinggi masih berada di takuk yang serupa pada tahun 80-90an, walhal mod pengeluaran serta keuntungan yang dijana elit-elit korporat mendadak hampir 50 peratus daripada jumlah hasil pengusahaan pada tahun yang sama.
Kini, rakyat Amerika dipukul dengan masalah kemelaratan ekonomi. Bahkan, cabaran besar untuk Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama kini adalah bagaimana beliau mampu berdepan dengan golongan ‘Robber Baron’ ini untuk meluluskan peruntukan dasar ‘Fiscal Cliff’ dimana golongan kaya dikenakan had cukai yang lebih untuk membantu warga Amerika yang tidak berkemampuan.
Kini di Amerika, jurang pembahagian kekayaan yang besar menyebabkan hampir 65 peratus rakyat Amerika hilang pekerjaan, keruntuhan konglomerat besar seperti Lehmann Brothers, General Motor, United Airlines disebabkan hutang negara secara keseluruhan begitu besar, akibat beban hutang termasuklah hutang pendidikan di Amerika Syarikat yang tinggi sehinggakan graduan-graduan universiti terpaksa berhutang sepanjang hayat mereka.
Bayangkan sahaja, lulusan universiti dari Harvard, Stanford dan Yale terpaksa berhutang sehingga 80 ribu Dollar di sepanjang tempoh pengajian mereka.
Sekiranya, graduan daripada universiti-universiti terbabit pada tahun-tahun pertama hanya mampu memperoleh pendapatan isirumah setahun sebanyak US$30 ribu. Mampukah mereka menjelaskan hutang pendidikan yang sedemikian besar tanpa mengira keperluan lain seperti kos perumahan dan pelbagai keperluan lagi?
Barangkali ada benar kata-kata moralis ekonomi, Adam Smith yang menjadi rujukan kitab-kitab kapitalis terkemuka dunia bahawa “No society can surely be flourishing and happy, of which far the greater part of the members are poor and miserables”
Siapa Robber Baron di Malaysia?
Di bawah era pemerintahan Tun Mahathir, beliau memperkenalkan pula dasar neo-liberal menerusi Dasar Penswastaan Negara. Jadi, peningkatan kekayaan golongan elit kroni ini semakin meningkat apabila mereka dianugerahkan kontrak-kontrak mega kerajaan berdasarkan hubungan baik ‘rakan-rakan kerajaan’ seperti Tan Sri Rashid Hussin, Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Syeikh Mokhtar Al-Bukhary dan Tan Sri Vincent Tan dan ramai lagi.
Mereka ini hanya sebilangan daripada kawan-kawan kerajaan yang bertindak sebagai kuasa monopoli yang menentukan harga pasaran. Deregulasi ekonomi, peranan kerajaan yang terhad dalam urusan ekonomi negara menyebabkan rakyat dibebani dengan kos peningkatan sara diri supaya sebilangan kecil kroni dapat menjana keuntungan peribadi.
Lihat sahaja, apa yang berlaku di dalam isu perjanjian penjana tenaga bebas (IPP) dengan syarikat-syarikat kroni seperti Tan Sri Syed Mokhtar (MMC), Tan Sri Ananda Krishnan (Tanjung) dan mendiang Lim Goh Tong (Genting) bertindak sebagai pemegang monopoli ekonomi sehinggakan berjaya mengawal harga bahan api dan utiliti elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa membayar harga yang mahal untuk membekalkan kuasa elektrik.
Kadar ketidakseimbangan pendapatan isirumah di Malaysia kini di tahap yang cukup membimbangkan. Indeks (GINI Coeffecient) pada tahun 2010 yang dijadikan sebagai mekanisme untuk mengesan jurang ketidakseimbangan di antara golongan kelas rendah dan tinggi menunjukkan bahawa kadar (GINI Coefficient) untuk Malaysia adalah sekitar 0.429 sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara yang mengalami jurang perbezaan kekayaan kedua tertinggi di Asia selepas Singapura.
Manakala, menurut statistik yang dikeluarkan PEMANDU, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009 menganggarkan peratusan miskin tegar yang disenaraikan sebagai mereka yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM800 sebulan hanyalah sekitar 3.8 peratus. Ini mungkin pada satu hal, tidak kelihatan begitu merisaukan tetapi jika diambil kira pada realiti sebenarnya, ada hal yang lebih merisaukan.
Misalnya, indeks kemiskinan global mensyaratkan bahawa mereka yang berpendapatan isirumah di bawah RM2,500 sebulan adalah mereka di bawah paras kemiskinan. Jadi, realiti ekonomi di Malaysia sebenarnya lebih rumit daripada yang disangka-sangka.
· Pendapatan di bawah RM800 (Indeks Paras Kemiskinan yang ditetapkan PEMANDU) : 3.8 peratus daripada Jumlah warganegara Malaysia. 60 peratus Melayu dan Bumiputera Sabah-Sarawak, 25 peratus India, 15 peratus Cina.
· Pendapatan di bawah RM1,500 : 15-20 peratus daripada jumlah warganegara Malaysia. 65-70 peratus Melayu dan Bumiputera Sabah-Sarawak, 25-30 peratus India, 5-10 peratus Cina.
· Pendapatan di bawah RM 2500 (Indeks Kemiskinan Global): 45-55.5 peratus daripada jumlah warganegara Malaysia. 80-85 peratus Melayu dan Bumiputera Sabah-Sarawak, 10-17.5 peratus India, 5-10 peratus Cina. Jadi, berdasarkan analisis di atas, kita mendapati bahawa majoriti rakyat Malaysia berada pada paras kemiskinan global dimana hampir 45-55 peratus daripada mereka berpendapatan di bawah RM2,500 dan 65-70 peratus daripada mereka adalah golongan bumiputera Melayu dan Sabah-Sarawak yang sepatutnya berhak mendapat ekuiti kekayaan negara sebanyak 30 peratus.
Ini membuktikan bahawa Dasar Ekonomi Baru yang digembar-gemburkan selama ini hanyalah sandiwara kerajaan menutup kegagalan mereka memerintah selama berpuluh-puluh tahun.
Kadar ketidaksaksamaan ekonomi di Malaysia semakin membesar, pada masa yang sama dasar kerajaan yang lemah menyebabkan banyak pula kelonggaran dan ketirisan yang berlaku.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan aliran keluar wang haram yang dikeluarkan oleh Global Financial Intergrity menunjukkan bahawa Malaysia tersenarai antara negara yang tertinggi.
Skandal besar melibatkan perjanjian Perimekar dan Terasasi dalam isu pembelian kapal selam Scorpene, isu Pusat Fidlot Kebangsaan yang melibatkan perbelanjaan wang pembayar cukai hampir RM250 juta, keraguan di sebalik penganugerahan konsortium George Kent yang mendapat anugerah tender RM 8.5 Billion untuk projek pembinaan MRT.
Jadi, siapa sebenarnya ‘Robber Baron’ di Malaysia? Mahathir Muhammad? Syed Mokhtar Al-Bukhary? Vincent Tan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan