Isnin, 31 Disember 2012

solat sahabat



Assalamualaikum kepada semua saudara-saudaraku di luar sana. Apa khabar semua, sihat tak hari ini ? moga sihat-sihatlah kalian semua ya dengan apa hendaknya. Kali ini kita akan membincangkan tentang sedikit kisah solat Para Sahabat Nabi. Para Sahabat nabi bukanlah calang-calang orang, mereka semuanya adalah orang yang sentiasa bersama Nabi dalam apa jua keadaan. 

Jika dibandingkan solat umat akhir zaman sekarang ini memang jauh dibezakan dengan para sahabat Nabi. Kita sahaja solat belum tentu sekhusyuk dan senikmat dengan solat para sahabat-sahabat Nabi sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari. Bagaimana pula dengan kita yang lemah ini ? Tepuk dada tanya iman. Kita saja solat Lima waktu terasa berat untuk dikerjakan apalagi 200 rakaat memang rasa nak patahlah tulang belakang tu, betul tak ?. 

Jika kita nak mencontohi solat para sahabat-sahabat Nabi, jom kita ikuti kisah di bawah. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.... Ambillah pengajran dari kisah dibawah.


Kisah 1

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Kisah 2

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Kisah 3
 
Tsabit berkata, “Jika Abdullah bin Zubair berdiri sholat, ia laksana kayu yang ditanamkan ke bumi" Seseorang berkata “Demikian lama Ibnu Zubair sujud tanpa gerak sedikit pun,sehingga burung-burung hinggap tenang di atas punggungnya. Ia pernah ruku’ demikian lama dari awal malam hingga Subuh tiba. Kadangkala ia menghabiskan malamnya hanya dengan sujud.”

Pernah Ibnu Zubair sholat di masjid dalam suatu pertempuran. Tiba-tiba salah satu dinding masjid roboh dan sebahagian bongkah dinding itu melayang di antara janggut dan lehernya. Namun ia tidak goyah dan tidak memendekkan ruku’ serta sujudnya. 

Pada waktu yang lain, ketika ia sedang sholat, Hasyim, anaknya, tidur disisinya. Tiba-tiba seekor ular terjatuh dari atap dan membelit anaknya. Anak itu menjerit, sehingga seisi rumah panik dan berlarian kearahnya. Akhirnya, mereka berhasil membunuh ular itu, tetapi Ibnu Zubair. tetap tenang dalam sholatnya. Setelah salam ia bertanya, ” tampaknya ada kekecohan, apakah yang telah terjadi?” Jawab isterinya, “Semoga Allah merahmatimu. Anak ini hampir mati dan engkau tidak mengetahuinya.” Balasnya, “Celakalah aku, jika memalingkan perhatian dari sholat, bagaimana jadinya sholatku?”  

Kisah 4
 
Hatim Asham ditanya tentang bagaimana ia sholat. Ia menjawab, “jika waktu sholat tiba, setelah berwudhu’ aku berjalan te tempat sholat. Lalu Aku duduk sejenak hingga seluruh tubuhku tenang. Kemudian aku berdiri memulakan sholat. Saat itu kubayangkan Ka’bah berada di depanku, dan kakiku seolah-olah berada di atas Shiratalmustaqim, syurga di sebelah kananku, dan neraka di sebelah kiriku, dan terbayang malaikat pencabut nyawa berada di belakangku. Aku merasa inilah sholatku yang terakhir. Kemudian aku berusaha mengerjakan sholat dengan khusyu’ dan khudhu’. dan aku berada di antara dua perasaan, yaitu takut dan harap, apakah sholatku ini diterima atau tidak.” (Ihya’)

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan