Selasa, 25 Disember 2012

SEDEKAH MAGNET KEPADA REZEKI :)

KISAH BENAR (SEDEKAH MAGNET KEPADA REZEKI)

Hari ini seharian aku tak makan . Pedih juga perut dari malam tadi lagi rasa pedih tu . Aku plan nak malan maggie kari je malam ni . Tiba-tiba ! Roomate aku mesej aku tanya nak pergi pasar malam ke tak ? Aku rasa nak pergi tapi risau sebab buka dompet cuma ada RM38 saja . Kalau pergi pasar malam tu faham-faham je . Macam-macam nak makan nanti . Aku tak tahu bila abang aku nak bank in duit pada aku . Mak cakap '' Dalam 2 atau 3 hari lagi bank in duit .'' Tapi aku pergi je pasar malam memandangkan aku tak makan lagi .

Di pasar malam , memang sentiasa ada tabung-tabung minta derma sama ada untuk anak yatim , masjid atau pun Gaza . Orang kurang upaya pun apa kurangnya . Aku memang ajar diri aku supaya berkongsi rezeki dengan manusia lain . Tapi sedikit kerisauan timbul sebab duit aku tak berapa banyak , untuk tampung makan aku di kolej lagi . Tapi, aku tetap pesan pada hati , ''Alaaa, aku beli banyak2 , makan sedap2 , takkan tak boleh derma sikit . Ada banyak, bagi banyak .. Ada sikit , bg la sikit , rezeki tu kn milik Allah .. Nanti ade la .. insya-Allah ..'' Jadi , aku hulurkan la RM1 pada tabung anak yatim . Kemudian ternampak tabung masjid , aku bagi lg RM1 . Kemudian ternampak pakcik buta , sayu sangat dan aku hulurkan lg RM1 . Selepas selesai beli , duit dlm dompet ada lebih kurang RM20 . Cukup untuk aku mkn selama 2hari kot..

Malam itu , selesai menjamu selera yg dikurniakanNya , along aku call aku dia cakap dia bank in aku RM150 . NAMPAK TAK ?? aku ingatkan mak aku yg suruh tapi mak aku tak tahu pun along aku bank in kn duit untuk aku . Itu la namanya rezeki itu milik Allah .. Aku hanya keluarkan RM3 untuk disedekahkan tapi Allah ganti
RM 150 . Cuba pikir , berapa kali ganda pemberian Dia tu .. Subhanallah ! Maha Suci Allah ..

Konklusinya , JANGAN TAKUT UNTUK MEMBELANJAKAN WANG KE JALAN ALLAH .. Dermalah walau sedikit asalkan kita ikhlas .. Takkan pernah susut rezeki tu bila kita sedekah . Rezeki itu milik Allah dan Dia Maha Pemurah .. Sedekah juga membantu kita di Titian Siratul Mustaqim . Bukanlah niat saya untuk cakap sy ni baik , alim atau sebagainya tapi sebagai satu perkongsian kpd pembaca untuk membuka lagi mata kita tentang nikmat Allah yang tiada bersempadan . Semoga kita akan lebih ringan tangan untuk
bersedekah selepas ini . Biiznillah ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan