Panduan mengerjakan solat di dalam pesawat atau kereta api.
Sebagai seorang muslim, solat fardhu merupakan satu kewajipan. Dalam apa jua keadaan pun, kita diwajibkan bersolat walaupun ketika berperang, bermusafir dan jatuh sakit.
Bagi pengembara tegar yang sering menaiki pesawat untuk merentas negara atau benua, berada di dalam pesawat selama berjam-jam lamanya pasti sudah menjadi satu kebiasaan. Lebih-lebih lagi jika menaiki kereta api, perjalanannya mengambil masa lebih lama berbanding pesawat walaupun lokasi bertolak dan destinasi yang dituju adalah sama.
Sebagai contoh, penerbangan dari Pulau Pinang ke Bangkok mengambil masa selama lebih kurang dua jam 40 minit manakala jika menaiki kereta api, perjalanannya boleh mencecah sehingga 23 jam.
Berada terlalu lama di dalam pesawat dan kereta api menyukarkan kita untuk bersolat bila tiba waktunya. Kalau setakat masa yang diambil hanya melangkau satu waktu solat tidak mengapa lagi kerana kita boleh melakukan jama'. Namun bagaimana kalau melebihi dua atau lebih waktu solat? atau perjalanannya melangkau waktu solat Subuh yang tidak boleh diqasar dan dijama'.
Persoalannya, bagaimana hendak mengerjakan solat di dalam pesawat atau kereta api? Ruangnya sahaja sudah menyukarkan pergerakan solat, apatah lagi hendak mengadap kiblat kerana kedua-dua kenderaan ini sentiasa bertukar arah semasa di dalam perjalanan.
Berbeza jika memandu sendiri, kita boleh berhenti di mana-mana sahaja apabila tiba waktu solat. Begitu juga dengan menaiki bas, solat boleh dilakukan di tempat-tempat bas berhenti untuk berehat.
Berikut adalah panduan untuk mengerjakan solat ketika berada di dalam pesawat atau kereta api:
1. Persediaan
Sebagai seorang muslim, perkara utama yang perlu dilakukan sebelum bermusafir adalah menyediakan atau mempersiapkan diri sesempurna yang mungkin untuk menghadapi ibadat solat semasa di dalam perjalanan. Selain memenuhkan ilmu di dada tentang cara menyempurnakan solat ketika bermusafir, kita juga harus menyediakan pakaian bersih dan kompas untuk mencari arah kiblat.
Bagi kami, tiada alasan untuk seorang pengembara muslim tidak membawa kompas. Ini kerana cara lain untuk mencari arah kiblat iaitu dengan berpandukan matahari atau bintang adalah sukar jika kita tidak menguasai kemahirannya. Paling senang adalah dengan menggunakan kompas.
2. Berwudhu'
Seboleh-bolehnya cubalah untuk mengambil wudhu' dari rumah atau mengambil wudhu' di lapangan terbang atau stesen kereta api terlebih dahulu. Setelah itu, pakailah stokin dalam keadaan berwudhu' dan berniat memakai khuf.
Apabila wudhu' terbatal, sewaktu mengambil wudhu' di dalam pesawat atau kereta api, anda hanya perlu menggantikan rukun basuhan kaki dengan hanya menyapu air ke atas stokin kaki (khuf).
Apa itu khuf? Khuf adalah sarung yang diperbuat daripada kulit yang dipakai menutupi dua buku lali ke atas seperti stokin. Menyapu khuf adalah diharuskan berdasarkan empat mazhab, samada ketika bermusafir, bermukim, darurat ataupun tidak. Ia menepati basuhan 2 kaki di dalam wudhu'.
Bagi yang memakai khuf, ambillah wudhu' seperti biasa dan apabila tiba di rukun membasuh kaki, basahkan tangan dan sapukan pada bahagian atas stokin kaki (cukup sekali sapuan). Apabila bersolat nanti, jangan buka stokin dan solatlah dengan stokin itu. Musafir dibenarkan berbuat demikian selama tiga hari dan tiga malam dari mula menyapu khuf.
Terdapat 3 perkara yang boleh membatalkan sapuan khuf tersebut iaitu tamatnya waktu menyapu khuf, berhadas besar (berjunub) dan membuka khuf.
Bagi yang tidak memakai khuf, ambillah wudhu' seperti biasa.
Jika waktu solat hampir tamat dan anda terpaksa menunggu giliran, bertayammumlah. Tayammum boleh menggunakan debu-debu pada tempat duduk dan dinding di dalam pesawat atau kereta api.
3. Menentukan waktu solat
Kaedah asas yang dapat membantu seseorang itu menentukan waktu solat ialah dengan menggunakan sebatang pen atau pensil lalu dipegang di tingkap untuk diukur-banding bayangannya bagi menentukan waktu Zuhur atau Asar dan melihat di ufuk timur bagi tanda permulaan waktu Subuh.
Solat Subuh ialah ketika terbitnya fajar sadiq, iaitu dari munculnya warna putih yang merata (horizontal) di ufuk (horizon), dan waktu yang dibolehkan untuk melakukan solat ini terus berlangsung hingga nampak timbulnya bulatan terawal matahari.
Solat Zuhur ialah dari tergelincirnya matahari timur ke barat dari posisinya yang tegak hinggalah apabila bayang-bayangnya menjadi sama panjang dengan sesuatu yang dibayanginya.
Manakala untuk solat Asar, tergelincirnya matahari timur ke barat lalu bayangannya melebihi panjang yang asal dari sesuatu yang dibayanginya hinggalah apabila matahari condong menghampiri ufuk barat lalu berkuningan rupa-bulatannya.
Waktu Maghrib pula masuk apabila kita melihat di luar tingkap yang matahari sudah terbenam dan apabila cahaya kemerahan hilang, masuklah pula waktu Isyak.
4. Mencari arah kiblat
Mencari arah kiblat adalah suatu kewajiban bagi mereka yang mahu mendirikan solat. Pelbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi menentukan arah kiblat dewasa ini.
Teknologi satelit, kompas dan sebagainya memungkinkan kita untuk mengetahuinya dengan mudah. Oleh itu, tidak sah solatnya jika seseorang itu mengerjakan solat tanpa mengadap kiblat dengan alasan tidak tahu!
Hal ini tidak dipandang sebagai keuzuran tetapi dipandang sebagai suatu hal yang mempermainkan agama. Sebagai seorang Muslim, menyediakan peralatan untuk solat adalah perkara utama yang perlu difikirkan apabila ingin bermusafir. Ini semua untuk mengelakkan kita dipertanggungjawab di Akhirat nanti.
Namun jika semua usaha telah dilakukan masih gagal untuk menentukan arah kiblat terutama di dalam pesawat dan kereta api, maka dibenarkan untuk menganggarkan arah kiblat setepat mungkin. Hujah ini berdasarkan hadis di bawah yang bermaksud:
Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu menerangkan: "Kami pernah solat di satu malam yang mendung dan kami tidak mengetahui arah qiblat. Tatkala kami selesai solat kami perhatikan bahawa kami (sebenarnya) solat bukan menghadap ke arah qiblat. Lalu kami sampaikan hal ini kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam lalu baginda berkata: Kamu telah melakukan yang terbaik. Seterusnya Jabir berkata: Dan beliau tidak menyuruh kami mengulanginya[3]". (Hadith riwayat Imam Baihaqi dalam kitabnya Sunan al-Kubra, Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar).
Apa yang penting, semasa permulaan takbir dada kita perlu menghadap ke arah kiblat dan selepas itu walau ke mana pun arah pesawat atau kereta api itu bergerak, ia dimaafkan kerana kita telah pun melakukan yang terbaik.
5. Solat berdiri atau duduk?
Hendaklah berusaha sekuat mampu bagi mencari tempat untuk bersolat dengan sempurna. Bertanyalah kepada anak kapal akan ruang sebaiknya untuk bersolat dan jika ruang itu digunakan oleh mereka dalam kesibukan kerja-kerja kabin maka tunggulah hingga kerja mereka berkurangan atau selesai.
Jika sedang solat, pesawat atau kereta api bergoyang sedikit maka dibolehkan berpegang atau bersandar sebentar kepada dinding atau kerusi bagi mengimbangkan diri, mengingatkan kepada sunnah Nabi SAW yang solat dengan bersandarkan tiang di kala umurnya sudah lanjut.
Jika pesawat atau kereta api banyak bergoyang sehingga mendatangkan kebimbangan, maka dibolehkan solat duduk dengan rukuk secara membongkok dan sujudnya seperti biasa hingga ke lantai pesawat atau kereta api.
Manakala jika sedang bersolat secara berdiri dan dipertengahannya pesawat atau kereta api mula bergoyang maka teruslah bersolat dengan duduk sehingga habis tanpa perlu dimulakan semula.
Bagi goyangan yang berlanjutan sehingga dijangka akan melewati waktu solat (contohnya solat subuh) maka laksanakanlah ia secara duduk di kerusi sendiri.
Dan jika tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat ditempat duduk sendiri dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari ruku'. Perintah menghadap qiblat tetap hadir sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.
Ya’la bin Murah r.a bersama Nabi dalam satu perjalanan, kemudian sampai di satu lembah. Ketika itu Nabi di atas kenderaan tunggangannya. Langit ketika itu mendung dan tanah sangat basah. Kemudian masuk waktu solat, Baginda memanggil muazin lalu muazin melaungkan azan dan iqamah. Setelah itu, Nabi meneruskan solatnya di atas kenderaan dan bersolat secara berjamaah dengan para sahabat. Baginda memberi isyarat dimana sujudnya lebih rendah dari ruku’nya. (Hadis direkodkan Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad.Disahihkan oleh Imam Syaukani dalam Nailul Authar).
Kesimpulan
Kaedah perlaksaan solat fardhu di dalam kapal terbang atau kereta api sama sahaja seperti mengerjakan solat di mana-mana tempat sekali pun. Cuma bila ada kesukaran yang timbul, maka kesempurnaan gerak solat itu juga berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi.
Perlaksanaannya juga sama sahaja dengan kaedah solat bagi mereka yang sakit, seperti menundukkan kepala lebih sedikit ketika sujud, bagi membezakan sujud dengan ruku’.
Tidak sah solat bagi mereka yang sengaja solat secara duduk tanpa ada keuzuran yang dibenarkan. Namun jika segala daya dan usaha telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka dirikanlah solat dengan semampu yang mungkin. Tidak perlu di Qada’ atau pun diulanginya semula.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan