Selasa, 29 Mac 2011

Berusahalah.. chaiyok..2x

"SPM telah diumumkan semalam dan mencatatkan keputusan terbaik sejak 2006. Seramai 403 pelajar mendapat gred cemerlang tertinggi (A+) untuk semua matapelajaran. Ianya mengatasi pencapaian tahun lalu iaitu seramai 255 pelajar. Selepas ini pelajar-pelajar akan sibuk untuk mengisi borang ke institusi-institusi pelajaran tinggi sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah.

Bagaimana pula dengan pelajar yang tidak mendapat keputusan yang baik? Tentu mereka merasa kecewa dan berputus asa. Penulis membiarkan persoalan itu tidak berjawab sehinggalah menemui sebuah artikel di internet yang menjawabnya.

Artikel tersebut menceritakan rakan kongsinya yang bernama Tom Pinckey adalah seorang yang bijak dalam komputer. Dia telah berjaya membantu banyak syarikat mendapat keuntungan besar sehinga berjuta-juta dollar dengan hasil kerjanya iaitu membangunkan aplikasi komputer.

Namun apa yang istimewa tentang Tom adalah dia tidak mempunyai sijil sekolah tinggi (setaraf dengan STPM). Dia banyak menghabiskan masanya di rumah dengan membangunkan aplikasi permainan komputer semasa di bangku sekolah . Dia tidak pernah memasuki mana-mana sekolah tinggi. Ini disebabkan tempat tinggalnya tidak mempunyai sekolah tinggi kerana berada agak perdalaman di South Carolina. Walaupun pernah menghadiri beberapa kelas komuniti tetapi satu pun tidak membolehkannya mendapatkan sijil sekolah tinggi.

Dia tidak kisah walaupun tidak memiliki sebarang sijil kerana dia hanya mahu menjadi seorang programmer. Apabila tiba masanya untuk ke universiti dia hanya mencetak kod komputernya dan menghantarnya ke beberapa universiti sebagai permohonan masuk.

Standford, Berkeley dan beberapa universiti lain menolaknya kerana tidak layak. Namun hanya satu universiti sahaja melihat potensi Tom iaitu Massachusetts Institute of Technology (MIT). Universiti tersebut melihat kodnya dan menyukainya. Mereka menerima Tom sebagai pelajar.

Tom akhirnya berjaya mendapat Ijazah dengan cemerlangnya sehinggakan beberapa universiti menawarkannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Namun dia menolaknya kerana mahu melanjutkan pelajaran di MIT. Akhir sekali penulis tersebut menganggap MIT sebagai khazanah negara kerana menerima pelajar berdasarkan bakat sebenar.

Persoalan awal tadi akhirnya terjawab dengan baik sekali. Kegagalan di peringkat SPM bukanlah segala-galanya tetapi jika kita melihat potensi diri dan berusaha untuk berjaya insyaAllah kita boleh berjaya. Namun bolehkah universiti di Malaysia membenarkan orang seperti Tom belajar di tempat mereka?

sumber: www.cayrul.com"
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan