Ahad, 27 Mac 2011

Baca bila dah abih pekse PSPM II ok..!


Perutusan Khas Cuti sem ii Sesi 2010/ 11
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt....

Buat semua anak didik pelajar KMS-hehdi sesi 10/11 yang amat saya sayangi, kasihi dan ingati sekalian.......Segala puji bagi 4W1 tuhan seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Bersua kembali secara maya buat yang sekian kalinya...mungkin buat kali yang terakhir saya mencoretkan celoteh saya di kotak pemikiran anda. Salam percutian sempena tamat peperiksaan akhir sem II program matrikulasi sesi 10 / 11. Insya 4W1... anda semua akan bercuti selama hampir 4 bulan setengah sehingga awal bulan September nanti (selepas raya).

Diam tak diam dah bermula cuti panjang.... kalau kat sekolah cuti hujung tahun penggal persekolahan. Macam saya kata dulu masa mula2 anda masuk ke KMS-hehdi. Diharapkan anda pulang bercuti ke rumah sama ada di bandar atau di desa dengan hati yang penuh keceriaan untuk menemui keluarga tercinta.... Insya 4W1. Masa seumpama pemetik api. Begitu pantas masa berlalu.... Maka anda telah berjaya menamatkan pengajian matrikulasi anda di KMS-hehdi. Mulai Rabu 20 April pukul 10:0:01 pagi anda bukan lagi warga Kolej Matrikulasi Selangor dengan rasminya. Dengan kata lain anda bebas dari pergi ke kuliah... membuat latihan tutor dan membuat amali. Kebebasan tanpa batasan.... betul tak? Anda juga baru sahaja tamat menghadapi final bermula 11/4 dan berakhir 20/4. Bersamaan hari Rabu. Dan hari nie adalah hari terakhir anda berada di sini.< ayat sedih ke..?>

Bermacam2 pengalaman, ilmu, kawan2 dan ragam pensyarah yang anda jumpa dan perolehi.... dari yang sebaik2 kepada yang.... <sambung sendiri…heeeeheeh>. Manfaatkanlah masa cuti 4 bulan setengah anda ini untuk melawat sedara mara, rakan2 sekampung dll. Jangan hanya duduk di rumah saja menonton ASTRo Beyond… Kang di kata orang sebagai kera sumbang. Tolong lah ibu anda di dapur bagi yang perempuan. Yang lelaki pula kalau melihat rumput di laman rumah dah panjang maka terbas lah.... Keluarkanlah sedikit peluh.... barulah badan anda sihat.... tak gitu?

Carilah kerja sambilan untuk menambah pengalaman. Anda semua dah besar & di ambang kedewasaan. Yang perempuan dah boleh kawen... tapi masih tak cukup matang.... hee hehehe jangan marah, ok. Saja ajer usik... aper...? nak kawen jugak...? boleh tapi tunggu lah abih degree dan ader yang masuk meminang.... tapi kalau senduk dengan lesung pun tak pernah pegang,..... payah citer nya. apa makna nya nie....??? hantaran perkahwinan sahaja sekarang rm10k. kos semua rm25k

Buatlah muhasabah diri. Tanya pada diri sendiri apakah selama setahun anda berada di program matrikulasi anda telah buat apa yang sepatut nya seorang pelajar perlu buat...? Adakah selama setahun ini juga anda studi bersungguh2 atau anda hanya bermain game seperti DOTA, PES atau crazy taxi...? tapi bukan itu yang ingin saya sampaikan di sini. berapa kalikah anda berjumpa pensyarah anda sebelum cuti untuk memohon maaf dan minta keberkatan atas ilmu yang anda pelajari? sekali, 2 kali... atau langsung tak pernah? Ingat peratus kebarangkalian seseorang pelajar mendapat 4 flat adalah berkadar terus dengan rasa hormat kepada pensyarah yang mengajar. kenapa?  ... Tak percaya??? tapi kan ader student kata kat saya yang dia nak jumpa pensyarah dia macam mana... aras berapa kubikel belah mana pun dia tak tau tempat kubikel pensyarah yang mengajarnya. Nasib baik dia tau kat mana blok pensyarah. Betul lah tu... sebelah pejabat pentadbiran kolej. Haru sungguh pelajar pesen macam nie. <Mike lebih kenal pemandu kereta sewa dari pensyarah anda…?? Terbaek dari ladang!!>

Anda boleh bayangkan tak kehidupan seorang insan yang ilmunya T A K  B E R K A T....? Semua kerja tak menjadi. Kerja asyik bertukar.... hati tak tenang walaupun hidup senang dan lenang....keluarga tak bahagia walaupun dapat isteri cun melecun. Anda nak jadi macam insan yang saya sebutkan  tu ker??.... biasa dengar pantun nie kan...? Berguru kepalang ajar bagai flower kembang not proper. Hormatilah cifu anda sebagimana anda hormat kedua ibu dan bapa anda. Nescaya anda berbahagia di dunia dan akhirat. Insya 4W1. Kebahagian hidup anda di kemudian hari directly propotional dengan sejauh mana anda hormat semua cifu anda... dari tadika sampailah ke matrik. So moral of the story is learn from your mistake ok... and important thing.... do not do silly mistake.

Anda bercuti panjang bukanlah bermaksud anda balas dendam pada diri sendiri. kalau anda tak cukup tidur di matrik... selama cuti anda nak tidur sepanjang masa. Saya faham anda tak cukup rehat selama setahun belajar di matrik. Tetapi tolonglah ingat pesanan saya ini.... cuti bukanlah sebenar nya cuti pada erti kata sebenarnya. Cuti seorang pelajar dengan seorang pekerja contoh nya saya sebagai pensyarah langsung tak sama.... <pas ni saya nak jadi busines man... yang beriman. Pas tu jadi MP. Insya 4W1. Mike semua doakan tau!!…> Macam langit dengan bumi. Maka jangan samakan cuti anda dengan cuti saya dengan menggunakan penyelesaian persamaan serentak atau Arrhenius Equation. Tak pun Nernst Equation.

Anda sebenarnya hanya bercuti bukannya bercuti dari B E L A J A R. Masih tak faham? Anda belajar di matrik dengan cara pergi ke kuliah, kelas tutoran dan amali, betul? Maka anda bercuti dengan cara tak perlu pergi ke kelas selama 4 bulan setengah. Lepas nie sambung lah rutin yang sama di universiti untuk selama 4 tahun bersamaan 8 semester. Itu saja. Itulah maksud cuti yang sebenar2 nya bagi mana2 pelajar. Tak kira pelajar sekolah ker matrik ker mahupun U. Ok saya ulang sekali lagi. Cuti anda adalah cuti yang mana anda tak perlu hadir ke kelas. Bukannya anda cuti belajar. Selagi mana anda bergelar pelajar.... tak der nyer istilah cuti dalam erti kata yang sebenar2 nya.... belajar tetap belajar tak semesti nya perlu hadir ke kuliah. Kat rumah pun anda boleh belajar. Contohnya belajar memasak untuk yang pompuan. Yang penting HATI... nak ke tak nak itu saja... nak seribu daya tak nak dalih nyer berjuta. Tuntut lah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad. Anda melayari internet pun dikira belajar. Tengok ASTRO channel 551-555 pun dikira belajar. Yang lelaki pulak... rajin2 lah solat 5 waktu berjemaah kat masjid atau surau di tempat anda taman perumahan atau kampung anda... boleh?...Cuba buat…

Kepada yang tak dapat jawab solan kimia final sem II ari Isnin kelmarin... tak perlulah anda berS E D I H pada perkara yang tak sepatut nya anda mesti berasa sedih. Itu semua hanyalah indicator diri anda selama mana anda belajar di semester yang kedua ini.... sama ada anda dah bersedia, atau langsung tak bersedia... atau baru nak warming up. Istilah yang saya gunakan orang lain dah sampai ke bulan anda baru nak turun tangga asrama. Terhegeh-hegeh … terkedek-kedek…macam itik.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua sebagai bekas pelajar KMS-hehdi sesi 2010/11. Pengalaman jaga satu pusat peperiksaan. Pagi Isnin hari pertama paper BI I ok. Alhamdulillah. Berjalan lancar. Petang paper math I. 2 jam. Seorang pelajar pompuan tiba2 tak leh jawab. sakit senggugut. so ketua pengawas <nasib baik lah pompuan> terus bagi pain killer. Alhamdulillah. Tapi bagi extra time 20 minit la lagi. Itu pun atas budi bicara ketua pengawas. Sayugia diingatkan di sini yang anda layak mendapat masa menjawab tambahan hanya pada 3 situasi. Pertama anda pengsan. Kedua pitam dan ketiga sawan atau gila. Sakit tidak termasuk. Tau kenaper...? Jawapan nya takut nanti bila pelajar tak dapat jawab soalan dia buat2 sakit... payah bila jadi trend. Biler citer paper math nie kan... ramai rakan pengawas yang juga pensyarah math kata soalan teramat lah susah nya. Susah giler. Giler pun tak susah macam soalan math tu. Pendek kata asal susah... giler, asal giler... susah..... Payah….payah. Nie yang problem nie. <ayat kartun kacang di TV1. dulu la>. Ada pelajar tersalah antar sms kepada saya lebih kurang begini bunyi nya. "Susah giler soalan. Macam out silibus. Nenek moyang aku pun tak pernah set soalan susah giler cam nie." nasihat saya... jangan sesekali give up. Life must goes on. Ada hikmah di sebalik Nya. Kita merancang. 4W1 pun merancang. Tapi perancangan 4W1 itu lebih sempurna. Maksud ayat Al Quran.

Kuatkan semangat. Nasib baik lah ari Jumaat dan Selasa tak der paper. Naper? Pada masa tu Melaka cuti umum negeri Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah dan besday sultan Perak. Aper pun lecturer unit bio dan fizik la pening... naper? Pelajar sms kata dah give up masa jawab soalan Math. Paper bio dan fizik pun boleh tahan gak susah tahap cipan nya. Maka kenalah lecturer unit Bio dan Fizik pujuk dan beri kata2 semangat sebagai memulihkan semangat pelajar yang telah jatuh merudum akibat 'tsunami math ari isnin' i.e cooling down. Sampaikan ada pelajar dah jadi demotivated. Saya teringat satu penyataan yang berbunyi... bagi soalan senang mirip soalan tutor pun tak leh jawab. <Nampak sangat la tak wat soalan tutor>. maka bagi ajer lah soalan paling susah di alam semesta. Munasabah la bila kata kat orang kampung naper tak leh jawab soalan periksa... soalan susah. Abih citer. Anda setuju ker dengan statement tu…? Sebenarnya banyak lagi yang lain. Tak cukup ruang nak celoteh kat sini…batch biler..??? rahsia la…

Perkara yang paling dikhuatiri semasa exam adalah calon melakukan penyelewengan akademik. Biasanya membawa masuk bahan terlarang contoh nya nota a.k.a toyol. Sem I dulu-dulu di satu kolej selatan tanah air pelajar siap balik ke bilik asrama selama 1/2 jam baca buku. Mulanya pelajar nie nak ke tandas. Tapi pengawas tak iring dia ke tandas. Tu satu perkara. Ingatan saya bila dah terkantoi tu... anda jawab la sendiri. Kes pertama di KMPk pelajar 'ter'bawa masuk sehelai nota ke dalam bilik peperiksaan juga pada hari pertama PSPM. Siap letak atas meja lagi. Ni pun citer dulu2. Nak cakap pun tak guna. Dah pesan banyak kali. Masa taklimat, masa setiap kali sebelum mula exam. Jika terbawa masuk bahan terlarang... sila letakkan di luar bilik peperiksaan. Pelajar ini tertangkap lagi 15 minit peperiksaan nak tamat. Mana2 exam pun sama. Matrik ke, U ke,... jangan melakukan penyelewengan akademik semasa exam. Ini ingatan untuk anda yang masih bergelar pelajar dan bakal bergelar mahasiswa bulan Sept nanti. Insya 4W1. Jadikan kisah tadi sebagai satu pengajaran buat diri anda. Jangan sesekali meniru semasa exam. Buruk padah nya. Anda mampu mengubah nya. Bukan aper. Nanti sapa yang malu... diri sendiri serta mereka dan keluarga mereka... <dialog filem satu masa dulu>. Aper pun pak gad tak der kena mengena dalam situasi ini.

Pesanan ikhlas untuk pelajar yang tertangkap dalam cerita di atas, jangan berdendam dengan sesiapa. Anggaplah telah tertulis sebagai qada' & qadar. Terimalah dengan redha, sabar, tenang & hati yang terbuka. Pengawas hanya menjalankan tugas yang diamanahkan. Setiap apa yang kita buat akan ditanya di akhirat kelak. Setiap kesusahan diiringi kesenangan. Sesungguhnya setiap kesusahan pasti diiringi dengan kesenangan. Maksud surah al Insyirah. Ini janji 4W1. Teruskan hidup anda. Anggaplah tiada apa yang berlaku. Life must go on, ok my dear student. Setiap hamba yang beriman 4W1 akan uji dengan bermacam2 cara. Contoh nya jatuh miskin, sakit, orang khianat kat kita, dipecat, dibuang kerja dll. Semua itu sebagai kafarah atas dosa yang kita lakukan. 4W1 tidak sesekali berlaku zalim pada hamba2Nya melainkan manusia itu sendiri yang zalim pada dirinya. Anggap lah aper yang berlaku sebagai satu titik tolak ke arah memacu diri anda ke arah kegemilangan yang bersinar terang dan bergemerlapan. Seterang matahari. Insya 4W1.

Di dalam teori ‘Strategic Management’, apabila 3 kombinasi iaitu 3M man, moment, machine (place) bergabung... ketiga-tiga kombinasi itu dalam bentuk triangle. Maka berlaku lah nasib baik... tuah dan yang sewaktu dengannya. Tapi yang sebalik nya pun boleh berlaku iaitu malapetaka, disaster, kecelakaan, catharasthopic dll. Anda boleh berkata 'kalau' sebelum berlaku sesuatu peristiwa itu berlaku. Maksud nya anda try n error menggunakan konsep ‘kesan dan akibat’. Contoh "Kalau aku bawa masuk nota ke bilik peperiksaan aku boleh lulus cemerlang. Tapi kalau tertangkap... malu aku seumur hidup. Kalau aku tak bawa, aku tak leh skor A. so aku tak lah kantoi dan tak malu". Pilihan semua di tangan anda. Tapi jangan sampai tersalah pilih. Gunakan lah akal anda sebaik nya. Terlampau banyak berkata kalau pun tidak digalakkan. Macam la kita nie tak der keyakinan diri. Dikhuatiri kalau-kalau tumbuh pokok bernama kalau. 'Kalau' yang tidak dibolehkan adalah anda kata begini... "Kalaulah aku tak bawa masuk nota tu tadi... tak der la aku kantoi." Dikhuatiri boleh menggugat keimanan diri. Itu semua dah berlaku dan ketentuan 4W1 berdasarkan apa yang kita lakukan. Maknanya seolah-olah anda menyalahkan 4W1 atas apa yang menimpa diri anda. Kita sebagai hamba tidak mampu mengubah apa yang telah berlaku semalam dan juga dahulu. Jangan salahkan sesiapa atas aper yang telah berlaku hatta diri anda sendiri. Faham? Bukannya konsep kimi-’A’! pun.

Bersyukur lah 4W1 masih menyayangi diri anda dari terus 'meniru', Menipu diri sendiri. Sebab itulah 4W1 mengutuskan nabi2 dan rasul2 dan juga kitab2 sebagai panduan manusia di dunia. Kita cuma diberi 2 pilihan. Nak buat baik atau yang buruk. Nak masuk syurga atau neraka. Yang penting kita hendaklah sentiasa bersangka baik kepada 4W1. Antara iman dan fasiq… pilih lah iman… Iman membawa ke syurga 4W1 yang kekal lagi abadi. Orang lain studi untuk Final dari 8/11/2010 anda pula studi kimi-’A’! sehari sebelum paper kimi-’A’! iaitu hari Isnin 17/4/2011... Mana aci cam nie. Jika begitu... tahniah saya ucapkan kerana anda studi untuk gagal.... lagi sekali saya nyatakan anda studi untuk G a G a L!!! u failed 2 plan.....u plan 2 F A I L E D!!!!!!! Samalah diibaratkan anda mengira batu di tepi jalan... perbuatan yang sia-sia sama sekali. Saya pastikan anda akan mengulang pada akhir bulan Mei nanti.... Tapi ingat....itu salah anda. Anda akan mengulang di kolej matrik yang lain. Bukannya KMPk. Insya 4W1... maka dengan segala hormat nya anda digelar pelajar <REPEATER>... tapi kan... best tau repeat... best giler..2x... tau kenape...? elaun dapat lebih... dulu RM2K... sekarang jadi RM2.5K... fu yooo... pak cik kayo..!!! Kayo roti dengan kayo utang dan kayo duit samo ko?... kayu dengan jem mano lobih sodap...?? Jawab jang..

Andaikata selama anda mengulang saya tak tegur anda kat FB.... kira baguslah kan.... <dalam makna nyer nie>.... tak faham jugak tak tahu lah... bagi saya mana2 student yang mengikut segala cakap saya dan nasihat saya.... dengan kata lain tak melawan dan tak membuatkan saya ‘makan dalam’..... <a.k.a kurang ajar & derhaka> buat aper yang saya suruh... saya doakan anda pasti berada di universiti dan course yang menjadi pilihan hati anda sejak kecil atau tadika. Insya 4W1. Anda fikir logik la.... mana ader cifu yang mendoakan anak muridnya gagal...?? Kalau anak murid nyer patuh pada arahan dan suruhannya? Tak der kan..!!! Sebenci-benci pensyarah pada anak muridnya…. Anda tetap pelajarnya di dunia dan akhirat.

Tapi kena ingat para pensyarah anda juga adalah manusia biasa. Sama macam anda ader hati dan perasaan.... anda suka tak adik anda di rumah suka membantah kata2 anda sebagai saudara yang tua....? Mesti tak suka kan.... ha, samalah tu.... ingat anda masih jauh lagi perjalanan hidup. banyak ranjau dan duri yang perlu anda tempuhi dalam hidup ini.... kalau anda tak ingin langsung mendengar nasihat cifu anda.... aper kata anda minta nasihat dari lembu ker... kambing ker.... tak pun tapir alias tenuk alias cipan kat zoo melaka.... anda sanggup?.... silap hari bulan masyarakat haiwan gelar anda dah terbakar fius lak.... kalau anda anak murid manusia.... belajar lah dengan cifu pun manusia... jangan lah pulak buat rekod dunia pulak... belajar kimi-’A’! dengan tenuk....hua huawaaa... putus tali perut den.... tergolak den mendengar nya. Ekau pun ikut golak ko…. Samo-samo lah kito golak… tak gitu?

Saya perhatikan ada pelajar di bilik peperiksaan langsung blur tak boleh jawab. Nak jawab macam mana soalan kimi-’A’! PSPM tahun2 lepas pun tak pernah tengok. Jawab satu muka depan kertas jawapan ajer... pastu balik awal.... aper citer yob? Sendiri mau ingat lah... nak tau sapa? <mike jawab la sendiri> Naper mesti bazirkan duit rakyat RM1.25K satu sem? Kalau dah tak nak belajar.... jangan paksa diri....dan anda pun mesti la ingat.... <masih kah kau ingat... masa kau lapor diri dulu... masih kah kau ingat..?? Mike janji nak belajar> tak der sapa yang paksa anda masuk matrik dan belajar kat matrik. Kat bawah pokok pun boleh belajar... belajar dengan Benggali Singh yang jaga lembu kambing... kat umah pun boleh belajar... belajar dengan maid Indon. Maaf coz kasar sikit bahasa saya... saper makan RFC dia lah terasa ayam spicy.... so senang lah pemeriksa kertas kimi-’A’! nak marking skrip jawapan pelajar tadi....<boleh kumpul banyak telur angsa>…. Goreng pun sodap. Yum…yum.. terbaek…!

Mulalah buat muka sememeh dan seposen masa exam.... pandang kiri...pandang kanan.... tak dapat teman nak tolong.... main pusing2 pen selempangkan kaki macam orang baru mati bini. Cuba bayangkan perut anda terasa lapar mesti anda cari nasi kan...? Baru kenyang ... logik la... samalah dengan exam.... kalau muka dah memang 'rajin la sangat' belajar memang sah lah tak dapat jawab exam. Biarlah anda bijak bestari pun macam Eistein. Tapi kalau studi pun boleh dikira dengan jari kaki ayam.....Cuba anda studi... datang ke kelas, buat soalan tutoran Insya 4W1 anda dapat jawab soalan kimi-’A’! hari Isnin kelmarin dan meraikan hari kimi-’A’! sedunia dengan jayanya. <Lepas nie mike dah tak layak meraikan hari kimi-’A’! sedunia bersama saya>...... sebab2 nyer....anda carilah sendiri, ok.

Betul atau salah jawapan yang anda jawab tu jangan difikirkan sangat. Yang penting dah jawab dan dapat jawab... <semua soalan la…> ke anda sudah menempah tempat untuk anda repeat sem hadapan...? Kalau anda tak malu dengan pensyarah anda macam saya maka repeat lah.... daring 2 dare?... dare u? Apa pun renungkan lah pesanan org tua2... belakang parang di asah lagikan tajam inikan pula otak manusia. Diam cangkul berkarat... diam ubi berisi... ulang studi anda sebanyak 21 kali... Insya 4W1 kali ke 22 baru anda faham.... ker anda studi 2.1 kali ajer.... tapi kan anda sehari makan 6 kali sehari.... mana aci studi 2.1 kali ajer.... Let’s we together s t r i v e for a brighter future.

Ubahlah diri anda sebelum orang lain merubah anda. Setiap daripada anda punyai potensi dan bakat. Masakan tidak!! Ingat matrikulasi adalah tempat untuk mereka yang terpilih antara yang terpilih!!! Gandakan usaha kuatkan keyakinan Insya 4W1 anda akan meraih kejayaan yang cemerlang pada setiap kali peperiksaan akhir semester di universiti kelak. Maka jangan lah anda terus menerus mensia2kan bakat dan peluang yang telah 4W1 diberikan untuk anda. DOSA tau sapa yang suka membazir... <sedara makhluk ada tanduk dan ekor… sapa tu..??> heheheh…

Panjang sungguh saya berceloteh. Terpulang pada anda nak ikut atau tidak. Nak buat atau tidak. Nak amik pengajaran atau tidak. Tapi katakan lah …… ya katakan lah selepas 7 atau 8 tahun dari sekarang <semasa anda baca celoteh saya nie> saya terjumpa anda sedang bekerja sebagai yang tak sepatut nya.... (Faham2 lah yer...) rasa2 anda akan tegur saya ke tak....? Atau pun anda cuba lari.... mesti anda rasa M A L U kan... malu semalu-malunya.... sebab tak nak ikut nasihat yang saya berikan sekarang iaitu 7 tahun dahulu semasa anda di matrikulasi....semasa mike menjadi anak didik teman. Dah lah tak nak ikut... melawan lagi... ingat dia dah pandai lah sangat tu....matrikulasi mana ...KMS-hehdi...la. Tapi kan ader pelajar yang berseloroh kat saya KMS-hehdi tu maksudnya kolej mencari suami. <KMS Memang Sukses…>

Saya telah mengajar anda sebaik boleh yang mampu saya lakukan. Andai ada yang terlepas pandang... sila bagi tau ok... kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di rak tabung uji.... kalau ader silap dan salah.... jangan sampai di bawa ke mati. Di kesempatan ini saya dengan merendah diri ingin memohon kemaafan daripada anda semua sebagai anak didik saya. Teman halalkan segala ilmu & segala makan minum mike semua dunia dan akhirat selama mana mike menjadi anak murid teman di KMS-hehdi. Amin…Ya Rabbal alamin.

Segala yang baik dari saya ambil lah sebagai teladan dan yang buruk tu jadikanlah sempadan.... andalah aset saya penghibur hati saya pengubat duka lara dunia dan akhirat. Tanpa anda siapa lah saya di sisi 4W1. Mana yang baik tu datang nyer dari 4W1 dan yang buruk itu datang nyer dari kelemahan diri saya sendiri....ingat anda adalah permata yang berharga kepada agama bangsa dan negara.... Insya 4W1. Sekian wassalam. sampaikan salam saya pada kedua ibu bapa anda di rumah....

dont give an inches until the last buzzer sounds...
share your knowledge and your love to each other...
what u give is what u get back actually.
Laju belum tentu maju tetapi perlahan jangan selalu
Bekerja keras + bijak = keG I G I Han

salam sayang dan salam kecemerlangan yang berpanjangan untuk anda di dunia dan di akhirat
sampaikan salam saya pada kedua ibu bapa anda di rumah.... last but not least renung2 kan kata2 ini ....
if u find yourself saying "BUT I CAN'T DO THIS kimi-’A’! QUESTION.... try adding the word……..
"Y E T". Always keep on trying and never never ever give up. it is only the matter of time when u will finally succeed.

Insya 4W1 panjang umur murah rezeki kita bertemu kembali di lain waktu. Wassalam.... take care n see u in IPTA!!!

p/s - cuti 4 bulan setengah nie gi la cari kojer.... jangan tak kojer...
        lupa plak selamat mendapat pensyarah kuliah, tutor dan amali yang baru di universiti....

2:12:45 PM  20/4/2011 kubikel kimi-’A’! Rabu shehdilaNun... aku masih di sini :)

>>>>>>>KiMI-‘A’! i tu   M  u  D  A  H..... Insya 4W1......A!!<<<<<<
Pesanan ikhlas nie.... kalau nak still keep contact in emel.... silalah antar emel kosong kepada saya ok.... emel anda akan didelete dari adress book emel saya selepas anda membaca pesanan saya ini... sori 4 that ok my dear student. Selamat bercuti wahai anak didik ku.....Tata titi tutu… Adios amigos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan