Isnin, 28 Mac 2011

Perutusan Khas Hari kimi-’A’ sedunia Isnin 18 April 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt....

Buat semua anak didik pelajar rintis KMS-hehdi sesi 10/11 yang amat saya sayangi, kasihi & ingati sekalian. Segala puji bagi 4W1 tuhan seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW & para sahabat.

Selamat meraikan HARI KIMI-’A’! SEDUNIA. bila?.... isnin 18 April 2011. 9.00-11.30 pagi & Rabu 20 April 2011. 9.00-10.00 pagi (kertas terakhir). <10.01 anda merdeka dan bebas dari mengikuti segala peraturan di KMS> so aper lagi tolong lah raikan dengan gilang gemilang. Rayakan lah dengan penuh keikhlasan. Ikhlas dapat pahala tau… budak tadika pun tahu. Tak der makna nya saya paksa anda. Anda dah besar panjang <badan ajer yang besar… tapi…. akal ikut sama ‘besar’ ker…??> hehhehe … mike fikirlah sendiri. Gambar poster & perutusan meraikan hari kimi-’A’! sedunia saya upload kat blog http://shehdikimia.blogspot.com/. so bukan itu yang saya nak 'lamputinggi' kan. Saya dah wat forecast kimi-’A’! untuk kimi-’A’! kertas II. so kepada mana-mana pelajar Sains PST KMS-hehdi yang belum dapat, silalah dapatkan daripada kengkawan seperjuangan….<semoga membantu, Insya 4W1>.

so aper nak buat pada hari kimi-’A’! sedunia tu nanti...? ok ni jawapannya. macam biasa la tidur awal. pukul berapa? pukul 10 malam. Lagi awal lagi bagus. tapi sebelum tidur, solat isyak dulu secara berjemaah di masjid As Sufi. Balik solat studi aper yang patut. Just briefing kat kepala anda. Rujuk peta minda besar saiz A3 yang saya beri. Pagi esok nya bangun awal. Pukul 5.30 pagi. Azan subuh pukul 6.00 pagi. Mandi, gosok gigi bersiap datang ke masjid solat subuh berjemaah. Selesai solat, baca al Quran dalam 10 minit. Pastu balik ke bilik. Bersiap pakai baju nak pergi periksa. Pukul 7 turun makan kat cafe. Elakkan makan yang berlemak & berminyak. Just alas perut dengan roti gardenia pun ok. 7.30 pagi cari tempat untuk studi sampai pukul 8.30 iaitu selama satu jam. Tak kisah la kat mana pun. Kat pondok pak cik gad pun boleh. Tu pun klu pak cik gad tu bagi. Nak studi tajuk aper...? 3 bab terakhir organik. amine, acid amino & protein dan polimer. Bab 19, 20 dan 21. Bab yang lain dah kat kepala kan….

8.30 ajer terus bergerak ke pusat peperiksaan masing2. Bertenang semasa di luar BP. bukannya bertendang. Jangan bercakap2 yang lagho2. Lagi bagus klu anda berzikir & berselawat sementara menunggu arahan masuk ke dalam BP. 8.45 macam biasa briefing ketua pemawas. Opss… silap Ketua Pengawas. Tepat sahaja pukul 9.00 sebelum jawab, mulakan dengan kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim terus buka muka surat terakhir. cari soalan no 10. <aper2 hal pun rujuk pada forecast saya>. ingat satu (1) markah satu MINUTE..!!! (1M=1MIN). Soalan no 10 part B 15M maka 15 minit anda peruntukkan untuk soalan no 10. 9.00 - 9.15 pagi. Dah siap dah satu soalan. Lega.

so seterusnya untuk student BIO dulu ok. <student fizik kemudian>. terus jawab soalan organik part A (wajib jawab) no 2, 3 dan 4. satu soalan 10M bersamaan 10 minit. 3 soalan 30 minit. jawab dari pukul 9.15 - 9.45. pastu part B (jawab 4 daripada 6 soalan). bahagian nie boleh pilih. tolak soalan no 5 dan 6. tu soalan kimi-’A’! fizikal (pengiraan) soalan no 5 electrochem dan no 6 kinetik. Saya beranggapan yang student bio tidak selesa dengan soalan berbentuk pengiraan. so yang tinggal soalan no 7, 8 dan 9. Soalan organik alias membaca. soalan organik struktur panjang. 15 markah darab 3 soalan. 45M so 45 minit. jawab dari 9.45 - 10.30. so anda tak der pilihan. nak tak nak kena jawab soalan kimia fizikal. part A (wajib jawab semua) tinggal soalan no. 1. tajuk thermo. tu ajer lah yang ada pengiraan. 10M so 10 minit. 10.30 - 10.40 pagi. Paling2 lewat pun pukul 10.50 anda kena siap jawab semua soalan part A dan part B. 4 soalan part A dan 4 soalan part B. so semua sekali 8 soalan bersamaan 100%. Markah. masa menjawab 2 jam setengah. sekarang dah pukul 10.50 pagi tamat 11.30. ader lagi baki 40 minit lagi. so nak wat per dengan masa nie...? balik...? ok gak. balik awal. nasihat saya. Jangan balik dulu. Kang menyesal tak sudah. S E M A K balik jawapan anda. cam ne caranya? Reverse la. ikut step nie. cek soalan no 1 coz ni lah soalan yang terakhir anda jawab. pastu soalan no 7, 8 dan 9. diikuti part A soalan 2, 3dan 4. akhir sekali soalan no 10. soalan yang mula2 anda jawab. <yang penting anda semak kembali jawapan & semak berganda> Ok? Ke KO?

Pelajar fizik pula terus jawab soalan pengiraan part A (wajib jawab) no 1 Thermo. Satu soalan 10M maka 10 minit. jawab dari 9.15. - 9.25. pastu part B. bahagian nie boleh pilih (4 daripada 6 soalan). jawab dulu soalan kimi-’A’! fizikal (pengiraan) soalan no 5 electrochem dan no 6 kinetik. Saya beranggapan yang pelajar fizikal tidak selesa dengan soalan berbentuk ayat panjang, pembacaan & pemahaman. Anda suka tekan kalkulator kan..? 2 soalan darab 15M = 30M. 30 minit masa menjawab. 9.25-9.55. patah balik part A. jawab soalan no 2, 3 dan 4. 3 soalan darab 10M = 30M sama dengan 30 minit. jawab dari 9.55 - 10.25. pastu ke part B. pilih soalan esei panjang organik no 7, 8 atau 9. pilih satu ajer tau daripada 3 soalan tu. 15M = 15 minit. 10.25 - 10.40. Paling2 lewat pun pukul 10.50 anda kena siap jawab semua soalan part A dan part B.

Masa menjawab 2 jam setengah. sekarang dah 10.50 pagi tamat 11.30. ader lagi baki 40 minit lagi. so nak wat per dengan masa nie...? balik...? mana boleh keluar setengah jam yang terakhir. nasihat saya. cek balik jawapan anda. cara cam ner? reverse la. ikut step nie. cek jawapan yang anda pilih dari soalan no 7, 8 atau 9 (pilih satu). pastu soalan no 2, 3 dan 4 (part A). pastu part B soalan 5 dan 6. patah balik part A cek jawapan soalan no 1. akhir sekali soalan no 10 soalan yang mula-mula anda jawab tadi….

Susun jawapan ikut no soalan yang anda rasa TERTINGGI markah nya <untuk part B ajer la>. susun jawapan soalan part A no 1 diikuti 2, 3 dan 4. Pastu jawapan soalan part B. katalah no 10 anda ‘confident’ jawab. Letak selepas jawapan no 4. Diikuti jawapan mana yang anda rasa tertinggi. <klu anda jawab lebih dari 4 lah>. klu jawab 4 soalan ajer dari part B. susun ajer ikut no soalan. so dah faham dah? so nampak dah strategi cam no nak raya kan hari kimi-’A’! sedunia..? teman dah tolong... <tapi sekarang dah guna booklet> booklet tu aper..? Buku jawapan

Nah... sekarang tinggal mike aje lah tolong diri mike sendiri. Ingat. Pilihan di tangan anda. Anda nak ikut ker.. tak nak ikut strategi yang saya turunkan kat sini... macam biase lah... terpulang. Teman tak suruh emak teman pun tak pakser mike. Tapi mike kena ingat...jangan menyesal... itu aje.. faham ko tak faham ko... mike buek2 faham aje lah... senang citer teman nie ha. Remember.... the time is still running and the time is running out... but u r never-never late  my dear student. ingat kata keramat kimi-’A’!. KIMI’A’ itu M U D A H.. Insya 4W1 ...A....!!!!

Lupo la pulak nak habaq.... Semasa nak antar booklet skrip jawapan tu... berT A W A K A L ok. Jangan lupa. Anda dah berusaha. Lulus atau gagal tu urusan 4W1. Bergantung pada usaha anda selama ni. Yang penting anda dah wat yang terbaik.... !!! Untuk skor paper kimi-’A’!... Bukan nya wat yang terbaik untuk kantoi.. !!.  Contohnya tak wat tutor, tak jawab soalan past year, tak wat ‘hand out’ yang saya bagi dll. <makan dalam nie>.... terus balik bilik makan dulu pastu take your own short nap. Lepas solat zohor berjemaah yang terakhir di masjid as Sufi studi untuk kimi-’A’! kertas I. Petang amik gambar kenang-kenangan keliling kolej. Sebab esoknya Rabu hari kimi-’A’! sedunia pun ari terakhir anda di KMS-hehdi nie…. So angkut beg anda sekali …. Hehehhe. Yang penting sekali di sini adalah sila hadirkan diri anda paling lewat 8.45 pagi di BP anda. Sila alert pada masa…ok.

Amaran keras dari pihak penaja rancangan... ehhehe. Aper yop ? Jangan sesekali anda berbincang jawapan yang anda dah buat dengan pak gad... opsss ...maaf. Silap. Dengan rakan2 anda...roomate atau pun sesiapa. Hatta pakwe atau makwe <cinta monyet> mahu pun cipan anda. Katakan lah jawapan anda betul... anda riak dan takabbur pulak. <4W1 tak suka orang yang riak tau… !!!>. Klu jawapan anda salah... mike kecik hati kecewa frust menonggeng lak... <mengalahkan orang yang bercinta monyet>. so amik jalan tengah. jangan bincang dengan sesiapa termasuk lah pensyarah kimi-’A’! kesayangan anda <ader ker... ? Klu ada… sapa tu?> hehheheh sapa mau jawab.... mike jawab lah sendiri....p/s- good luck n all the best…ok. Insya 4W1. Lagi satu jangan sesekali anda R E P E A T sem hadapan ok… dosa besar pada diri saya. Ingat… mike repeat kat kolej lain tau... sendiri mau ingat la..!!
wassalam... adios amigos... C U in I P T A…. Insya 4W1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan