Ahad, 27 Mac 2011

Fitnah...

"Di akhir zaman banyak kematian mengejut berlaku seperti kemalangan jalanraya, rebah dan mati, sakit jantung, mati kerana virus kencing tikus, mati kerana tekanan perasaan apabila kalah dalam pilihanraya, mati ditetak anak sendiri, mati dicekik ayah sendiri yang sakit mental, mati kerana dicekup dengan bantal oleh emak sendiri, mati ditikam oleh emak sendiri, mati ditikam oleh bekas suami selepas mengurut, mati sendiri tidak membunuh diri atau tidak dibunuh tahu-tahu sudah mati dari tingkat 13 bangunan tinggi,

mati badan berkecai diletup, mati dibunuh dan dibakar dan dibuang abunya ke dalam sungai, mati kepala ditikam mata cangkuk boldozer, mati rentung kerana rumah terbakar, mati kerana curi kabel elektrik, mati ditindih tilam tadika, mati merempit, mati kerana melanggar lori parkir tepi jalan, mati kerana kelab malam runtuh, mati berhimpit ketika pesta, mati di medan tahrir kerana menuntut penguasa zalim berundur, mati kerana alat sulit melekat ketika berzina, mati dipanah petir, mati lemas dalam laut dan sungai, mati kepala terhumban dalam baldi, mati kerana strok, mati disantau dan lain-lain keadaan.

Juga dibimbangi kalau mati ketika asyik beramai-ramai lelaki dan perempuan menonton video lucah bersama wartawan akhbar dan media untuk menulis laporan fitnah dan berita dusta. Bila mati bye-bye ad dunya. Welcome al akhirah. Bila mati baru menyesal, atas dunia dulu buat fitnah ke atas saudara seagama. Dalam hatinya : “Akulah hero. Tulisan aku betul dan aku yakin bahawa si Fulan memang melakukan seks haram sebagaimana dalam video yang aku tonton!”.

Ingatlah bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh orang sebagaimana dinyatakan oleh al-Quran.
Ingatlah bahawa juru fitnah itu telah mematikan keceriaan orang yang tidak bersalah, mematikan kehormatan orang, mematikan nama baik orang, mematikan hubungan akrab dengan rakan taulan dan sebagainya.

Sebab itu Allah SWT mengatakan fitnah lebih teruk daripada membunuh. Allah kadang-kadang menyegerakan azab di dunia tanpa disedari ke atas tukang fitnah. Antaranya anak-anaknya perangai macam firaun laknat, bini curang, rumah dimasuki perompak, kereta dilanggar lari, motosikal baru beli hilang dicuri, rumah terbakar, anak mati merempit, anak ditangkap khalwat, bini mati dalam kemalangan turun dari genting, pembantu rumah lari dengan harta yang dicuri, hidup merana kerana strok separuh badan, atau koma sepanjang masa..

Mengapa? Semuanya kerana habuan RM yang dapat hasil memfitnah hamba Allah yang tidak bersalah. Kotornya duit itu menghancurkn seluruh kehidupan. Betullah amaran Allah bahawa sesiapa yang berpaling daripada petunjuk al-Quran maka akan disempitkan jiwa dan kehidupannya. Tunggulah wahai juru-juru FITNAH. Laknat Allah atas kamu."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan