Gaji Minimum RM 36k Setahun
Keberhutangan kad kredit bagi ramai rakyat Malaysia adalah di antara yang tertinggi.Dan ramai yang muflis dan diisyhtiharkan bankrap akibat penggunaa kad kredit yang kurang bijak.Namun langkah Bank Negara untuk memperketatkan syarat untuk memohon kad kredit, adalah satu langkah bijak!
KUALA LUMPUR 18 Mac – Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat kelayakan baru untuk mendapatkan kad kredit berkuatkuasa serta merta, pada hari ini.
Antara syarat-syarat baru adalah, setiap pemegang kad perlu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM36,000 setahun.
Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar dua kad sahaja.
Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar. – Bernama
Berdasarkan kenyataan akhbar di atas, dapatlah disimpulkan bahawa syarat minimum baru untuk memiliki kad kredit adalah:
- Berpendapatan sekurang-kurang RM 36,000 setahun
- Hanya boleh memiliki kad kredit daripada 2 pengeluar kad sahaja
- Had maksimum kad kredit tidak boleh melebihi 2 kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar kad.
Kami sangat menyambut baik syarat-syarat baru ini.Sepatutnya syarat seperti ini diperkenalkan sejak dulu lagi.Bukan nak salahkan Bank Negara, tetapi kebanyakannya rakyat Malaysia kita sendiri yang kurang bijak mengawal diri dalam berbelanja menggunakan kad kredit.
Tahun lepas je, 38,357 orang muflis kerana kad kredit.Sepatutnya kad kredit yang digunakan untuk keperluan dan memudahkan urusan, akhirnya jadi kad boros berbelanja yang akhirnya memakan diri sendiri.Langkah Bank Negara Malaysia ketatkan syarat ini, sekurang-kurangnya mengehadkan hanya pemohon yang benar-benar mampu sahaja yang dapat memiliki kad kredit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan