Jumaat, 25 Mac 2011

Sabar lah wahai Anwar... Innallah hamaana....


La Takhof wala tahzan Innallah hamaana....

LUMRAH dan menjadi sunatullah seorang pemimpin itu perlu menghadapi cabaran dan halangan. Cabaran yang ditantangnya bukan calang-calang. Semua itu adalah ujian. Ia berlaku bukan pemimpin kebenaran zaman ini, tetapi sejak zaman para Nabi-Nabi dan Rasul lagi. Malahan cabaran dan ujian batin dan fizikal ke atas mereka lebih azab dari pemimpin yang alami hari ini. Kesengsaraan mereka tidak sampai setengah kuku yang kita hadapi kini.

Dalam konteks iman seseorang ada sebuah firman yang berbunyi, "jangan kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji." Pernyataan Allah ini menjelaskan bahawa untuk manusia sampai ke makam iman tertinggi (zahid) dia akan diuji terlebih dahulu. Ibaratnya macam mana boleh dikatakan parang atau pisau itu tajam kalau ia tidak diuji berlaga dengan waja lain.

Nah begitu juga pemimpin. Ujian ini pula tidak ada tempoh atau tahap tertentu. Tidak ada jangka masa alimiahnya. Ia berjalan sepanjang masa selagi manusia itu berjuang. Selagi ia tidak mundur dari medan perang ujian dan cabaran itu tetap akan datang menerpa kepadanya. Ia bukan secerlak tetapi timpa menimpa. Sebab itu dari ukuran Tuhan lagi banyak manusia itu diuji maka makin tinggi tahap keimannya kalau ia lulus dengan ujian itu. Sebalik kalau ia gagal dan mengaku kalah ia akan menjadi fasik.

Cabaran dan ujian ini berbagai-bagai. Ia bukan satu bentuk dan satu jalur saja. Pujian dan sanjungan juga ujian. Malahan ujian berbentuk begini lagi hebat dan mencabar. Ia memakan diri bak api memakan sekan. Yang dipuji tidak merasai dia bergelimpangan dengan dosa dan kemunafikan bila mana nafsu riaknya meyelimuti dirinya angkara pujian dan sanjungan itu.

Cabaran mendada ialah cabaran yang akan melukai jasad dan rohnya. Inilah cabaran paling hebat. Bukan pula bermakna kalau seseorang pejuang itu dapat melalui cabaran ini dia akan berakhir dengan merangkul piala kemenangan. Kalau dalam politik dia akan menjadi pembesar dan puncaknya perdana menteri. Tidak, tidak begitu.

Kemenangan dalam perjuangan ialah apabila kita dapat kekal dan istiqamah dengan prinsip perjuangan kita. Kita tahan dan betah menghadapi ujian dan menegakkan kebenaran dan prinsip perjuangan kita. Biarlah kita kalah, luka, dipenjara tetapi selagi prinsip perjuangan kita yang hak dan benar itu dapat dipertahankan itulah kemenangan. Lantaran itu para mujahidin mendoakan mereka syahid. Dan syahid adalah makanan mujahidin.

Klimeks kepada kemenangan ini ialah kita mati dalam istiqamah di dalam perjuangan. Mungkin hakikat ini sukar diterima terutama mereka yang tidak beriman kepada Allah. Mereka yang mengira bahawa hidup ini hanya setakat dunia ini saja tidak akan mengecapi nikmat dihujung kemenangan abadi. Mereka yang beranggapan begitu mungkin mereka benar. Tetapi bagi yang mempercayai adanya Yaumi Mahsyar sedikit pun tidak merasa bimbang dengan kekalahan didunia ini akibat fitnah.

Di sini saya hendak kaitkan sedikit dengan apa yang diterima oleh Anwar Ibrahim. Manusia ini sedang menghadapi ujian bertali arus daripada Allah dilakukan oleh musuh-musuhnya. Anwar bukan nabi. Tetapi apa yang dihadapinya adalah sesuatu yang azab dan sengsara yang mengheret dirinya melalui sunahtulah yang ditempuh para tab'i.

Kekadang tersedak sendu di dada terlerai air mata ini apabila memerhatikan akan kegigihan Anwar menghadapi segala macam ujian berkenaan. Paling menyedukan bila mana sesekali terpandang ke wajahnya yang tetap tenang menyimpan seribu kesedihan dan kelukaan yang tidak terucap lagi. Sebuah penderitaan maha dalam terpahat kejap di sanubarinya. Terasa ketawa-ketawanya, senyuman-senyumannya dibuat-buat kerana menyembunyikan kepedihan sembilu yang menikan tangkai jantungnya. Semua itu adalah mimik yang disengajakan untuk menghibur pengikut kerana tugas seorang pemimpin adalah memberi hiburan kepada pengikut.

Siapa tahu kalau dalam kamar rumahnya, di atas sejadah dia menangis semahunya? Siapa tahu? Orang tidak mengecapi kesedihan itu kerana ia tidak terpandang dan Anwar berusaha sedaya mungkin melindungi nestapanya. Pemimpin yang bertanggungjawab ialah yang tidak menghadiahkan kedukaan buat pengikutnya. Gembira bersama, kedukaan biarlah ditelan bersendirian. Itulah lajah pemimpin perjuangan.

Apalah yang Tuhan ingin hadiahkan kepadanya atau sememangnya satu kifarah ke atas dosanya. Kalau ia merupakan kifarah apakah sebanyak itu dan masih belum cukup menghukumnya. Sesungguhnya Tuhan tidak zalim dan Anwar adalah makhluk-Nya. Allahuazim hu Jabbar yang mengetahui segala apa yang berlaku ke atas hamba-Nya.

Namun dari luar pengetahuan lautan ilmu Allah apa yang dapat disuluh ke atas Anwar setiap yang berlaku ke atasnya adalah juga percubaan dan ujian untuk ummah Melayu negara ini. Ummah Islam negara. Nasib yang menimpa Anwar adalah lakaran nasib ummah Melayu di negara ini sudah tersurat di luh mahfuz.

Kekejian, fitnah ataupun kejahatan yang dilontarkan kepadanya lebih satu dekad dulu termasuk yang terbaru, hatta juga atas kehendak Allah adalah tafsrian kepada sikap ummah Melayu sebenarnya. Ummah Melayu seperti mana digambarkan dalam filem-filem hitam putih yang penuh dengan hasad dengki, fitnah khianat yang menghirup darah dan memakan daging saudara sendiri.

Iya sudah, kalau tidak mahukan Anwar untuk menjadi pemimpin, jatuhkan dia dengan cara terhormat. Kalau tidak mahu Anwar menjadi kepala jatuhkan dia dengan cara beradab. Kalau tidak mahukan Anwar menjadi pembela nusa dan bangsa, nyahkan dia dengan cara berberdepanan. Tektik dan strategi politik mungkar bukan permainan Melayu Islam sebenarnya. Tektik dan strategi itu adalah permainan syaitan, iblis yang dilaknat oleh Allah. Sebenarnya tanpa kita ketahui ada sebahagian kita lebih jahat dan zalim dari syaitan, kita sengaja memilih jalan sesat itu.

Akhirukalam... percayalah kesedihan dan tangisan akan menjelang dihujung waktu. Saat kita kehilangan sesuatu itulah kita akan menyesali betapa sesuatu itu sangat berharga. Tetapi untuk apa kita menangis dan berlagu lagi sesudah semuanya sudah hilang lenyap. Tidak adalah pepatahan berbunyi, sesal dahulu pendapatan, sesala kemudian tidak beguna... kalau ianya tidak akan menimpa diri kita semua, Melayu. Sesungguhnya kita ummah yang hina kerana dihinakan oleh politik yang kita amalkan. dipetik dari blog Mohd sayuti omar msomelayu.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan