Kuasai Kimi’A’ SK027
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt....
Buat semua anak didik pelajar KMS-hehdi sesi 10/11 yang amat saya sayangi, kasihi & ingati sekalian. Segala puji bagi 4W1 tuhan seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
Kimi-’A’! sem II banyak tajuk organik. Organik melibatkan banyak konsep dan pemahaman selain dari pembacaan yang meluas dari pelbagai isi sumber bahan rujukan. Nasihat saya adalah Kimi-’A’! organik tidak boleh dipelajari dengan kaedah mengH A F A L semata-mata tetapi memerlukan pemikiran dan pemahaman yang mendalam. Oleh kerana itu anda sebagai pelajar WAJIB buat semua jawapan tutor dan soalan tahun lepas sebagai galakan anda berfikir dan menguji pemahaman anda di kuliah. <apa kejadahnya klu pelajar asyik ponteng kuliah Kimi-’A’!...??> makcik cafe mana yang nak tolon jawabkan..??
Apa jua kerja yang ingin anda lakukan perlukan M I N A T. Tak kenal maka tak cinta. Maka cara yang terbaik untuk anda menguasai Kimi-’A’! organik adalah anda mesti jatuh cinta terlebih dahulu dengan Kimi-’A’! organik. Tak suka tak bermakna anda tak minat. Minat dahulu barulah anda boleh bercinta. Kimi-’A’! itu M U D A H..... Insya 4W1......A!! biasa dengar kan...??? Seringkali anda mengeluh mengatakan yang Kimi-’A’! organik susah nak faham tahap gaban kerana begitu banyak fakta dan konsep yang perlu dikuasai. Ya... itu betul. Saya akui. Saya pun ada mengatakan benda yang sama 12 tahun dahulu. Untuk makluman anda saya adalah bekas pelajar STPM. Kimi-’A’! STPM berganda-ganda susahnya berbanding kimi’A’ matrikulasi yang anda belajar. <Naper.... tak percaya ker??> tolon la percaya yea...
Memang Kimi-’A’! organik membebankan sinaps dan pancaran impuls dalam otak anda. Kenapa fenomena ini berlaku...?? Tak lain dan tak bukan kerana anda mengHAFAL. Dengan kata lain anda mendalami Kimi-’A’! organik dengan cara yang songsang @ buta kayu lebih kurang menggajah celik. Cara yang berkesan... ehem.... macam biasalah. F a h a m konsep asas Kimi-’A’! organik. Contoh konsep pengoksidaan [O] & penurunan [H]. Macam mana nak faham konsep? Kenalah gunakan contoh yang sesuai. Itu ajer. <contoh dari nota kuliah dan buku rujukan la..> Setelah faham konsep asas anda haruslah menguji pemahaman anda dengan J A W A B semua soalan tutor.
Seeloknya buat kumpulan belajar semasa menjawab soalan tutor. Biasanya 3-4 orang. Jangan terlalu ramai. Nanti asyik bersembang. Belajar berkumpulan merupakan teknik belajar yang terbukti berkesan dalam Kimi-’A’! organik.... pas tu... wat la peta minda Kimi-’A’! organik sendiri. Aper lagi nyer tu...??? masih tak percaya lagi ker....??? Lantak kome ler.. maleh den nak layan. Buek ponek ajo...
Manusia secara psikologi suka sesuatu yang mudah dan ringkas. Maka Kimi-’A’! organik lebih mudah dipelajari dengan P E T A M I N D A. Bukannya peta mesia tau! Tetapi sebelum anda faham cara penggunaan peta minda anda kena belajar Kimi-’A’! organik mengikut susunan bab sebagaimana yang seharusnya dipelajari. Pengenalan diikuti C-C, C=C, C6H6, R-X, R-OH, C=O & CHO, COOH dan akhir sekali NH2. Peta minda adalah pelengkap kepada belajar berkumpulan dalam proses menguasai Kimi-’A’! organik. Sebelum terlupa peta minda organik ada dua jenis peta minda mengikut bab organik dan peta minda keseluruhan. Peta minda keseluruhan pula pecah pada dua iaitu alifatik dan aromatik.
Untuk peperiksaan PSPM II SK027 4 (empat) jenis soalan yang sering ditanya. Pertama (1) ujian Kimi-’A’! untuk membezakan sebatian organik. Hanya satu bahan uji yang digunakan untuk kedua-dua sebatian. Satu sebatian memberikan hasil positif dan satu lagi negatif. Kedua (2) saling tukaran dan penyediaan sebatian organik. Biasanya untuk matrikulasi hanya melibatkan 2 atau 3 langkah sahaja bergantung kepada markah yang diperuntukkan. Contoh ‘Synthesis benzyldehyde from benzene’. Yang ketiga (3) kenal pasti bahan organik yang terlibat dalam tindak balas & reagen nya. Kadangkala sebatian organik dengan kumpulan dwifungsi diberikan. Contoh C3H6O2 dan C3H6O. Jika formula molekul mengandungi 6 atau lebih atom karbon, maka sebatian ini mungkin aromatik (ada satu gelang benzena). Yang terakhir (4) teori Kimi-’A’! organik. Misalnya mekanisme tindak balas dehydration of alcohol dan susun sebatian mengikut acidity, basicity & juga takat didih. Sapa kata kimi’A’ tu susah...??? sila bagi tau saya... A. Diri anda B. Makcik cleaner C. Makcik Cafe D. Pak gad <salahkan diri sendiri ok...!!!> jawapan: A
Kesimpulannya di sini adalah.... NAK dengan x nak. Jika nak katakan nak. Itu saja. So buat semua pelajar rintis KMS-hehdi sesi 10/11... BUKTIKAN... Kimi-’A’! itu MUDAH... Insya 4W1.. A!!. KMS Memang Sukses.. Last but not least... GOOD LUCK…. In your PSPM II terutamanya kertas SK 027. All the BEST.
C U in IPTA..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan