Rabu, 7 November 2012

tidak akan tertolak..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu perkongsian yang menarik untuk kita jadikan renungan dan manfaat kita bersama, kisah di mana seorang wanita yang ternampak pasangannya curang secara terang-terangan dan disebabkan itu, dia ingin membunuh diri.. Mari kita hayati kisah tersebut..
Nak dijadikan cerita, suatu malam 500 meter dari 7-Eleven. Kelihatan dua gadis tengah berbicara. Situasi nampak tegang.
Anis: “Kenapa Tuhan tak ambil je nyawa aku! Biarlah aku mati dilanggar keretapi dari terseksa hati begini. Sampai hati bf sendiri curang depan mata dengan awek lain! Siap pegang tangan lagi! Aku tengok sendiri kegiatan tidak bermoral beliau ittewww!”
Farah: “Astaghfirullahaladzim. Istighfar Anis. Dia bf je. Bukan suami. Lantaklah dia nak buat apa. Nanti dia dapatlah balasannya tu. Suami yang baik, dia ada ciri-ciri setia. Ko patut bersyukur Allah dah tunjuk awal-awal dia tu tak layak jadi suami.”
Anis: “Tapi aku sayang dia dowh!”
Farah: “Tu bukan sayang kalau sampai nak mati. Sayang bukan boleh bawak sampai mati pun. Ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan anak-anak yang soleh solehah. Itu je yang boleh.”
Anis: “Argh. Boleh tak kalo tak bagi tazkirah time-time aku memerlukan macam ni?! Stress tahu tak!”
Farah: “Iya, maafkan aku. Cuma aku nak bagitau ko, Rasulullah SAW ada pesan jangan sesekali mendoakan sesuatu yang tidak baik pada diri sendiri, anak-anak atau harta kita. Kerana apabila doa itu diucapkan tepat pada waktu Allah sedang menerima doa, maka dikabulkan doa itu.”
Pang! Penampar hingga di muka Farah.
Anis: “Ohh! Maksudnya, ko nak aku mampus la ni! Aku tengah panas ni. Asyik nak tazkirah je. Aku cari BFF lain je lah! Kita putus kawan! Ko pun sama, suka kat BF aku gak sebab dia ensem kan?! Aku tahu ko pernah hantar mesej dekat dia dulu! Ko pun sama je jahat!(emo)”
Farah: “Anis!”
Anis terus berlari meninggalkan Farah. Berlari dan terus berlari. Sampai di gate keretapi yang ditutup, dia teruskan juga larian. Semboyan keretapi kuat berbunyi.
Suasana bingit seketika. Hanya kedengaran bunyi bising roda keretapi bergesel-gesel berat dengan landasan besi. Hingga akhirnya keretapi tersebut sampai di stesennya.
Kelihatan tangan manusia berada di tengah-tengah landasan. Dua kaki lagi tercampak beberapa puluh meter dari landasan.
Mungkin mereka tidak sedar, tatkala kata-kata persis doa tadi diucapkan, waktu itu baru sahaja selesai azan Isyak. Belum pun dilaungkan Iqamah. Doa antara azan dan iqamah tidak akan tertolak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan