Rakyat jelata terpaksa berdepan seribu kepayahan dan kesulitan untuk hidup. Bahan makanan dan minuman menjadi mahal . Keresahan dan pergaduhan tercetus di seluruh pelusuk negeri.
Khalifah telah memanggil semua menteri dan pembesar, termasuk ulamak ke istana untuk bersidang bagi mencari jalan penyelesaian. Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan majlis sembahyang istisqa yakni pohon hujan dari rahmat Allah secara besar-besaran disebuah lapangan.
Semua rakyat, pembesar, menteri dan ulamak telah berhimpun disebuah lapangan di tengah kota. Seperti biasa sebelum solat istisqa diadakan khalifah akan berucap kepada rakyatnya. Dengan penuh kebesaran sang khalifah bangun dan bergerak perlahan-lahan memanjat mimbar untuk berucap. Rakyat dibawah tertunggu-tunggu untuk mendengar amanat dari khalifah, tapi sang khalifah kelihatan terketar-ketar tidak dapat berucap, membisu dan kelihatan terpinga-pinga. Keadaan ini berlangsung sampai beberapa ketika. Suasana menjadi kecuh, ricuh dan geger. Semua hadirin menjadi terkejut dan kehairanan.
Lalu bangun seorang pembesar cuba mengatasi keadaan kebisuan itu. Dia menaiki mimbar dan mengambilalih podium untuk cuba berucap, tapi pembesar itu jugak menjadi bisu dan tidak dapat berucap secara tiba-tiba. Keadaan keriuhan menjadi semakin lebih kacau.
Melihat keadaan yang memalukan dan luar biasa ini, bangun seorang ulamak dengan penuh takzim memanjat mimbar dan mengambilalih podium dengan harapan beliau pasti boleh berucap dan menyelamatkan keadaan. Tapi anihnya, sang ulamak ini jugak menjadi kelu, bisu dan tidak boleh berucap walau sepatah kata pun.
Semua hadirin semakin terkejut dan panik. Keadaan keramaian menjadi semakin hiruk pikuk.
Tiba-tiba bangun seorang pemuda yang sangat gemilang wajahnya. Perlahan-lahan dia menghampiri mimbar dan memanjat menuju ke podium dengan penuh ketenangan dengan langkah yang teratur. Hadirin menjadi senyap dan tenang seketika melihat anak muda yang tidak dikenali ini.
Dengan mata yang berkaca-kaca anak muda ini memberi salam. Hadirin terkejut kerana anak muda yang seorang ini bisa berkata-kata dengan lancar dan jernih.
Dengan lantang, tegas dan mendayu, anak muda ini berkhutbah bahawa segala musibah kemarau dan ksengsaraan yang berlaku adalah akibat kesalahan dan dosa-dosa khalifah, ulamak, pemimpin dan pembesar semuanya. Kezaliman penguasa keatas rakyatnya, kehidupan bermewah-mewah, boros dan penipuan penguasa telah menyebabkan kemurkaan Allah.
Lalu pemuda itu meminta semua penguasa, termasuk khilafah, menteri dan ulamak membuat pengakuan di hadapan rakyat jelata dan bertaubat kepada Allah diatas segala dosa-dosa kepada rakyat . Mendengar khutbah pemuda itu semua hadirin menangis. Penguasa menangis menyesali. Ulamak menangis. Dan khalifah menangis tersedu-sedu, menyesali dan pohon keampunan.
Melihat itu, sang pemuda itu berkata “apabila penguasa bumi sudah takut kepada tuhannya, akan redhalah penguasa langit”. Bersama dengan berjurai turunnya air mata khalifah, hujan pun mulai menitik turun perlahan-lahan, kemudian semakin lebat, semakin lebat dan lebat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan