Isnin, 19 November 2012

Setia

Setia Suami Suatu Akhlak Mulia

Ada seorang lelaki yang menikahi wanita ekspatriat (wanita yang berkerja di negara asing). Usianya lebih tua dari lelaki itu 20 tahun. Dia masuk Islam dan taat beragama. Tapi, dia mandul. Sekarang mereka menetap di Amerika. Suaminya bercadang menikah lagi. Tapi risau nanti menjejaskan ke

-Islaman isterinya. Dia merujuk pendapat ulama muktabar terlebih dahulu.

Amat menakjubkan apabila membaca jawapan Syeikh Dr. Ali Jumu'ah berkaitan hal ini. Beliau merupakan ulama besar Mesir, lulusan Universiti Ain Shams, dan lulusan PHD Universiti al-Azhar menulis dalam bukunya Al-Kalim al-Tayyib Fatawa Asriyyah. Sila rujuk dalam Majalah Al-Ustaz, terbitan Telaga Biru, isu Walimah.

Kata Syeikh Dr. Ali Jumu'ah:
"Saya menasihati agar SUAMI JANGAN BERNIKAH LAGI.
Tidak mengapa jika tidak memiliki anak kerana bukannya syarat pernikahan itu supaya zuriat dilahirkan.
Bahkan KESETIAAN dengan ISTERI YANG MANDUL merupakan SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN."

Syeikh berkata bahawa, "Imam Al-Sya'rani berkata: "Sesungguhnya antara tanda baiknya pergaulan dan iman seorang suami adalah MENJAGA ASPEK ini. Yakni ASPEK KESETIAAN KEPADA ISTERI PERTAMA melebihi keinginannya untuk mencari isteri yang lain ataupun anak." perkara ini telah DITEKANKAN oleh PARA FUQAHA'. Dan kes yang disebutkan ini lebih-lebih lagi.

"Justeru saya nasihatkan (bukannya mengarah), agar suami BERPEGANG DENGAN NILAI-NILAI ISLAM, akhlak mulia dan SETIA KEPADA ISTERINYA. Tindakan ini LEBIH BAIK berbanding mendapatkan anak daripada ISTERI BARU."

(Bukan pendapat saya, tapi pendapat Dr. Ali Jumuah, ulama besar Mesir).

Seruan saya:

Kajilah kedudukan sebenar POLIGAMI dalam ISLAM daripada para ulama muktabar, bukan daripada pendapat insan yang tak dikenali autoriti ilmunya, smada lelaki atau perempuan. Jumhur ulama sedunia menganggapnya cuma rukhsah, bukan galakan agama, bukan kewajipan, bukan syiar dan bukan juga sunnah. apatah lagi ia bukan kemegahan palsu.

Kita berbaik sangka kepada mereka yang SUDAH berpoligami. Kita tak tahu kondisi mereka. Lapangkan dada dengan pilihan mereka. Usah dihina.

Kita mesti membela ramai yang dizalimi.

Bagi yang belum, gunakan kebijaksanan MENCEGAH SEBELUM MERAWAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan