Rabu, 7 November 2012

renungan

Bila kaya, ada harta banyak jangan lupa kepada pemberinya. Siapa? Allah lah. 
Banyak orang, bila diberi nikmat sebegitu. Mereka fikir nikmat itu datang tanpa ujian. Kamu salah. 

Bukan semua benda free je ek. Ada yang berbayar. Kamu diciptakan, untuk menikmati dunia ini. Ada bayarannya. Allah perintahkan kamu menjalankan kerja2 agama. Allah perintahkan kamu beribadah kepadaNya. 
Tapi kamu tak mahu. 


Bila dah terlalu berduit, kita mula lupa kepadaNya. Kita mula sibuk dengan urusan keduniaan kita. Sampaikan kita nak sujud kepadaNya dirumahNya pun kita kata TAK SEMPAT. no FREE TIME. Tapi, tahukah kamu. Masa itu juga pemberian Allah?
Kita sibuk cari rezeki yang kita rasa datangnya dari DUIT. Padahal Allah yang bagi. Sedikit sekali kita bersyukur. Sedikit sekali. Jahat sekali kita. Kotor sekali kita. Kufur nikmatnya kita ni kan?

Bila dah kaya, kita nak bina rumah besar2. Ya. Boleh je. Tapi nak bersedekah kepada yang memerlukan, lokek sekali kita. Nak menggunalkan duit itu di atas jalan Allah, berkira sekali kita. Nak letak even rm1 kat tabung masjid pun kita mcm tak ada kaki je nak pergi ke tabung tu utk letak. Come on people, at least pergilah.. pergilah.. menderma seminggu sekali pun kira okay kat masjid/surau. Kita rasa kita beri duit kat tempat2 mcm tu duit kita akan hilang. Ya. Memang akan semakin berkurang. Tapi jgn lupa. Berkurang duit di dunia, tu.. di akhirat sana. Kamu sebenarnya sedang menabung utk kehidupan kamu di sana. Dan Allah akan beri kamu rezeki yang LEBIH BANYAK yang bukan sahaja dalam bentuk duit ya. REZEKI itu bukan dalam bentuk duit saje. Refresh your mind. Kebahagiaan, kesihatan, suami isteri, anak2..etc. semuanya rezeki.

Jangan LUPA Dia. I beg you, I beg to myself and to all of my friends. Jangan LUPA siapa ciptakan kita. Siapa? Kamu ada jawapannya ;')

Tiada ulasan:

Catat Ulasan