Saya pengguna kereta Perodua MYVI dan pelanggan Pusat Servis Perodua Kemaman sangat tidak berpuas hati dan kecewa dengan khidmat yang diberikan oleh pihak pusat servis perodua kemaman. Empat kali saya datang untuk pemeriksaan kereta saya kerana kereta MYVI saya banyak masalah sejak hari pertama saya menggunakan kereta tersebut.
Di sini saya ingin membuat beberapa aduan tentang khidmat Pusat Servis Perodua Kemaman.
1. OPERATOR TIDAK MESRA PELANGGAN.
Layanan operator yang suka mencelah semasa saya membuat temu janji dan aduan tentang masalah kereta. Belum lagi habis cerita dah sibuk nak mencelah untuk tamatkan perbualan, apa salahnya dengar dulu masalah yang saya nak bagi tau. Sepanjang saya membuat pemeriksaan di Pusat Servis Perodua Temerloh, tiada masalah seperti ini dan mereka sangat mesra pelanggan walaupun tempat mereka tidaklah selesa seperti di Perodua Kemaman.
2. TIDAK AMBIL TINDAKAN SEGERA.
Datang untuk membuat pemeriksaan regulator tingkap dan disahkan rosak oleh mekanik. Pihak Perodua Kemaman akan menempah dan menggantikan regulator yang baru. Janji barang sampai dalam masa dua minggu. Selepas dua minggu saya datang untuk bertanyakan hal tersebut, saya diberitahu bahawa pihak perodua kemaman langsung tidak menempah regulator tersebut. Masa itu baru nak order. Perodua Kemaman memang suka buang mase orang ek? macam itu ke layan pelanggan?
3. TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
Saya dapati ada kerosakan lain selepas pemeriksaan oleh mekanik pihak perodua Kemaman (dua klip cover tingkap patah). Mekanik tersebut memang SANGAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB kerana tidak menukar cover tingkap tersebut dengan yang baru dan tidak memberitahu kepada saya tentang perkara itu.
4. MASALAH TIDAK SELESAI.
Saya datang dua kali untuk pemeriksaan aircond yang bermasalah tetapi masih tiada perubahan sehingga kini. (Aircond berbau minyak petrol)
5. TIDAK MENEPATI JANJI.
Pihak Pusat Servis Perodua Kemaman menelefon saya berkenaan regulator tingkap tersebut telah sampai dan saya telah memberitahu akan datang ke pusat servis perodua kemaman untuk menukar regulator tersebut. Tetapi apabila saya datang, saya diberitahu bahawa regulator tersebut telah diberikan kepada orang lain.
Pihak perodua Kemaman sedikit pun tidak memberitahu perkara itu kepada saya, kerana jika saya tahu, saya tidak akan datang ke pusat servis Perodua Kemaman. Saya datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menepati janji tetapi Perodua Kemaman sendiri yang mungkir janji.
Pekerja pusat servis perodua Kemaman menggunakan alasan bahawa ketua mereka telah menyuruh mereka menggunakan regulator tersebut kepada orang lain. Bermakna di sini KETUA Perodua Kemaman sendiri pun bermasalah kerana tidak tahu mengajar pekerja supaya apa-apa yang hendak dilakukan mestilah diberitahu kepada yang berkenaan agar tidak menyusahkan orang lain.
6. BUANG MASA PELANGGAN.
Dan disebabkan operator Perodua tidak mahu mendengar masalah pelanggan seperti saya, saya telah membuang masa dengan pergi ke Pusat Servis Perodua Kemaman dengan tiada 1 pun masalah yang diselesaikan.
7. MENAMBAHKAN LAGI MASALAH.
Saya datang ke Pusat Servis Kemaman dengan harapan masalah kereta saya akan diselesaikan, bukan sahaja masalah yang sedia ada tidak diselesaikan tetapi menambahkan lagi masalah pada kereta saya dengan tiba-tiba selepas diservis, buzzer kereta tidak berfungsi. Pekerja Pusat Servis Perodua tidak membuat pemeriksaan terakhir sebelum menyerahkan kereta kepada saya.
8. LEPAS TANGAN.
Tiada inisiatif dari pihak Perodua Kemaman bagi menyelesaikan masalah malah menyuruh saya mencari pusat sevis Perodua lain.
Saya akan pastikan pengguna kenderaan Perodua dan rakyat Malaysia mengetahui hal ini terutamanya di Kemaman, Terengganu. Saya berharap pihak Pusat Servis Perodua Kemaman akan mengambil tindakan SEGERA bagi menyelesaikan masalah ini agar pengguna dan pelanggan lain tidak teraniaya seperti mana yang berlaku keatas saya.
Pelanggan Kecewa,
Farhana Rahman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan