"I nak cakap dengan ketua Trafik sekarang...sambungkan cepat". Tegas Yb Jamal memberikan arahan tanpa perlu memberi salam.
" Iya Yb, ada apa boleh saya bantu?". Tanya Ketua Trafik Balai Polis dengan sedikit curiga apabila menerima panggilan dari YB Jamal yang juga rakan baiknya.
" Inilah i lupa malam ni harijadi anak dara I..tapi esok pagi I kena meeting dengan Menteri..I nak u arrangekan perjalanan esok supaya cepat sampai ". YB Jamal menyatakan hasratnya..maklumlah nak dekat Pilihanraya ni YB Jamal mesti tunjuk muka sekarang ...kalau tidak MELEPASLAH PELUANGNYA UNTUK MENJADI CALON meskipun dia tak pernah MERASA JADI CALON SPM !
" Susah juga YB, esok mesti semua nak balik beraya Haji...mesti jalan sesak ". Kata ketua trafik pula sambil melihat pergerakan aliran trafik di komputernya.
" I nak U uruskan juga esok... gunalah apa cara sekalipun yang i tahu pagi esok I dah sampai Putrajaya ". Marah Yb Jamal terus matikan telefon bimbitnya,
Ketua Trafik terkedu......Nak bantah tak boleh sebab YB ni kawan baik dia, banyak jasa YB ni padanya.....Pening memikirkan macam mana nak mengawal perjalanan YB Jamal esok sedangkan YB Jamal bukanlah tahap menteri atau VIP yang perlu diiring untuk kemana mana ,cumaaaaaaa .....YB Jamal ni banyak duittt itulah masalahnya.......
Waktu yang sama .......Dalam ladang sawit...... Haji Osman sedang memasang strategi untuk menangkap lembu liar supaya dapat dikorbankan selepas raya Haji nanti..kalau korban masa raya haji kurang untungnya kata haji Osmanlah.
" Susah nak tangkap lembu liar tu tuan Aji....kecuali tembak!. "Cadang Ramli rakan ternaknya yang sudah 30 tahun pengalaman menternak lembu dan baja taik lembu.
" Gila!! Nak kena upah semua tu...Ah!! Tahulah aku nak uruskan lembu tu esok, ko tahu dapatlah bahagian ko nanti!" Marah Haji Osman yang baru setahun berkecamuk dalam bidang penternakan lembu ini.
Pagi itu ketua Trafik telah mengarahkan 4 orang anggotanya untuk mengiring YB Jamal ke Putrajaya yang diketuai oleh Sarjan Musey. Awalnya perjalanan mereka lancar...tetapi bila nak menyusuri masuk dari Tol Ipoh ke Lebuhraya jalan dah mula sesak....Sarjan Musey berpatah balik ke arah MPV Mewah YB Jamal yang berada dibelakangnya......
" Jem lah YB! Selalu tak macam ni ...i rasa ada kemalangan lah depan tu....macam mana?' Sarjan Musey berkata setelah menongkat motornya.
" Hantu betullah!! Nak eksiden pun biarlah hari lainnn!! Kita ikut jalan kampung". Rungut Haji Jamal sambil menaikkan semula cermin keretanya.
" Tapiiii....." Belum habis Sarjan Musey berkata YB Jamal dah beri Isyarat untuk bergerak saja dari dalam MPV nya. Dengan serta merta mereka berpatah balik dengan menongkah arus jalan....Ada juga kenderaan yang bunyikan hon tetapi bunyi Siren motor polis trafik lagi kuat dan mengerunkan pemandu yang lain...semua ketepi dan terpaksa memberi laluan!
Mereka mula bergerak melalui jalan kampung dan semasa sampai ke Kampung Batu Sembilan ....YB Jamal terkenang kisah lampau kerana di Kampung inilah dia nekad KELUAR PARTI dan menjadi calon BEBAS yang menyebabkan dia dipulau oleh rakan rakan politiknya termasuk orang kampung....AHHH!! Peduli apa, yang penting DUIT AKU DAH BANYAK!! Lamunan YB Jamal terhenti lagi bila kelibat Sarjan Musey berpatah balik dan menuju ke arah MPVnya....." AHHH!! Apa lagi niiiiii". Marah YB Jamal pada pemandunya Wak Tukimin.
" Ada lembulah YB....liar pulak tu .....banyakkkkkk!! Sarjan Musey menunjukkan arah lembu lembu yang sedang berlari lintang pukang melintas jalan dan ada lembu yang berpatah balik dan bersiar siar ditepi jalan. Kelihatan Haji Osman sedang menghalau lembu dengan motornya tanpa menyedari gelagatnya diperhatikan oleh YB Jamal dan 4 orang polis Trafik.
"Bahaya ni kalau kita bergerak...lembu lembu tu macam liar ...sekejab lari melintas jalan sekejab ke belakang..... YB". Kata Wak Tukimin pemandunya yang sedari tadi cuma diam.
"Hantu betul!! " Marah YB Jamal lalu keluar dari keretanya. Wak Tukimin sempat berbisik pada pada Sarjan Musey "....Sekaya dan sehebat manapun YB KALAH JUGA DENGAN LEMBU". Mereka ketawa sendiri sambil melihat YB Jamal melulu ke arah Haji Osman yang sudah berpeluh peluh sambil memegang tali.
"Apahal lembu lembu kamu niiiii....Bahaya betul halau macam ni !!!" Marah YB Jamal pada Haji Osman yang leka mengikat tali untuk memerangkap lembu lembu liar.
" Eh!! YB Jamalllllll...errr...er...bukan lembu saya ni....saya cuma nak halau saja dari masuk kebun ". Haji Osman cuba berbohong untuk selamatkan diri. Dia terkejut kerana YB Jamal yang pernah diKEMPENnya dulu berada didepan nya dengan marah marah.
"HUH!! Tak Ngaku lagiiii...Cepat cepat halau aku nak lalu niiiiii". Bentak YB Jamal tanpa menyedari ada seekor lembu Jantan Liar yang berlari dan merempuhnya dari belakang......YB Jamal tersembam ke tanah, kepalanya terkena parang yang dipacakkan oleh Haji Osman. Darah mula mengalir keluar..Haji Osman terkejut!! Haji Osman terkedu!! Disaat itu juga Haji Osman dirempuh pula oleh lembu jantan liar tadi..Haji Osman tersandar di pangkal pokok ......matanya gelap dan pensan akibat rempuhan itu.
Sarjan Musey dan rakan rakannya melulu berlari mendapatkan mereka berdua. Lembu Jantan liar terus lari masuk kedalam semak kebun...HILANG!! Mungkin lembu jantan itu ternampak ada Pistol yang dibawa oleh Sarjan Musey dan rakannya.
Tak kala itu beberapa kenderaan sudah mula berkampung, orang ramai sudah mula membanjiri kawasan itu untuk melihat apa yang berlaku.....
YB Jamal sesak dan tenat...Darah menitik dari lehernya tidak berhentiiii...matanya melihat seseorang yang sedang berkata kata sesuatu padanya....dia macam kenal orang ituuuuuuu... YB Jamal cuba menguatkan diri ...Iya!! YB Abdullah LIM yang sedang memangku keadaannya yang sedang tenat itu...YB Abdullah Lim -Musuh politik yang sering dimakinya dalam setiap siri ceramah ..Banyak ditohmahnya...banyak direka dan difitnahnya YB Abdullah Lim yang baru memeluk Islam itu......tetapi SEKARANG YB ITULAH YANG SEDANG MENGAJARNYA MENGUCAP....Ingat Allah!! .....
"Mengucap Yb....mengucap...... Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah "
Sebelum mata YB Jamal TERPEJAM................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan