Perjalanan dari Rompin pagi itu agak sesak dengan kenderaan, hampir tergugat juga iman Haji Mustapha tak kala dia dan isterinya terkandas lama di Ulu Bendul...HUH! Kalau dah dekat nak pilihanraya ni jalan yang elok pun dibetulkan ....Bisik Haji Mustapha dalam hati supaya isterinya tidak tahu dia sedang MERUNGUT dengan kesusahan yang TIDAK SELALUPUN DI ALAMINYA ITU ....tapi Allah dengar .
Oleh kerana sudah lama tidak melalui jalan ke Kuala Lumpur ,Haji Mustapha tersesat. Hampir berpusing pusing keretanya mencari jalan ke Senawang untuk menggunakan lebuhraya Plus terus ke Kuala Lumpur. Isterinya turut gelisah ,takut lambat mereka nak hadiri Majlis Konvo anaknya.
"Berentilah bang..tanya orang . Pusing pusing macam ni lagi buang masa..itulah hari tu anak nak pasangkan GPS tak nak". Isterinya memberi berkata sambil membetulkan tudung saji yang dipakainya.
" HUH! GPS tu untuk "Golongan Pemandu Sesat..lagipun aku rasa betul dah jalan ni Rose ..." Haji Mustapha masih degil dan yakin dengan jalan dipilihnya itu.,matanya asyik dengan bendera Pas dan BN menghiasi jalan disitu.
" Betul apanya bang.....ni jalan arah ke Kuala Pilah! Dah patah balik ni bang..".Bebel isterinya lagi tak kala terlihat papan tanda tepi ditepi jalan.
" Panas aku ...". Haji Mustapha akhirnya mengalah dan mula mencari seseorang untuk disoal siasat dimanakah jalan yang sebetulnya untuk ke Kuala Lumpur.
"Assalamualaikummmmm...Amber nok numpang tanyee " . Haji Mustapha berjumpa seorang peniaga yang menjual buah ditepi jalan.
" Walaikum salam...Apo masolah eyy" . Tanya peniaga tersebut dengan wajah CUAK kerana takut Pegawai Majlis Daerah yang mahu menyamannya meniaga di tepi jalan.
" Amber ni dari Ghanuu ....Sesak dok jompe jalang nok gi Kelompo.." Haji Mustapha sedang berbohong sunat sedangkan beliau dari Rompin.
" Ooo, nak poi Kelompoo, sobonar ey esey bukan orang sini, esey dari Kodah datang niago kek sini ". Peniaga itu berkata .....juga sedang menipu sunat ,-Orang Kedah boleh cakap Negori .....
" Tak pa....Pak cik ikut saya, kebetulan saya pun nak ke Perak , saja singgah beli buah" Triba triba pelanggan yang sibuk membelek buah rambutan tadi mendengar masalah Haji Mustapha dan sudi menghulurkan bantuan. Pelanggan ini pun tipu sunat juga ,dia dalam perjalanan balik ke Shah Alam dari Kuantan setelah hantar anak dan isterinya disana.
"Eh!! Ambee nok gi Kelompo bukang Perak !". Jawab Haji Mustapha selamba .
" Jalan ke Perak kan ikut Lebuhraya Plus juga Pakcik...nanti Pakcik terus la ke Kuala Lumpur ". Pelanggan itu terus berkata sambil senyum.
"Hahaha...Amber dok prasaan tak diii.....terima kasih '. Haji Mustapha terasa KEMALUANNYA makin besar kerana tersilap cakap..
Haji Mustapha terus mengekori kenderaan pelanggan yang belum sempat ditanya nama tadi, masuk saja ke lebuh raya PLUS, Haji Mustapha bertambah lega..begitu berhati hati dia agar tidak tersilap lorong lagi macam 2 tahun lepas, nak ke Kuala Lumpur tetapi Haji Mustapha termasuk ke laluan ke Johor Bharu ....dah sampai perhentian Ayer Keruh Melaka barulah Haji Mustapha tersedar.....
Pin! Pin! Haji Mustapha membunyikan hon sambil mengangkat tangan sebagai tanda TERIMA KASIH tak kala melintas kenderaan Pelanggan yang membantunya itu. Haji Mustapha terus memecut hingga terlupa AES sedang MEMERHATI GERAK GERI KENDERAAN HONDA ACCORD berwarna putihnya ......
" Bang.....kita berenti solat dululah....dah masuk waktu ni, lagipun acara anak kita mula pukul 3 petang..sempat lagi ni.." Isteri Haji Mustapha memberikan cadangan sedangkan sebenarnya isterinya nak TERKENCING dan sedang datang haid waktu itu...tipu Sunat juga Isteri haji Mustapha.
" Elok juga tuuu..." Jawab Haji Mustapha tanpa menyedari isterinya menipu tidak boleh solat ......matanya melihat papan tanda ...HENTIAN REHAT SEREMBAN....500meter didepan!
" Assalamualaikum....warah matullah....." Salam Haji Mustapha tanda tertunainya solat JAMAK TAQDIM tadi.... Tak kala Haji Mustapha berpaling ke belakang , DIA TERKEJUT KERANA DIA MENGIMAMKAN pelanggan yang membantu menunjuk arah tadi....dengan senyum mereka bersalam.
" Trengganu kat mana Pakcik ". Pelanggan yang bernama Mazlan itu bertanya sambil menyarung kasut.
"BESUT! Kota Bharu...nak tengok anak Konvo di UKM ni..KAMU? ". Tanya pula Haji Mustapha tanpa disedari entah iye ke tidak jawapannya itu..maklumlah tipu sunat.
" Saya nak balik Perak...... rumah mertua, ada kenduri esok pagi". Kata Pelanggan bernama Mazlan itu .juga sedang menipu sunat.
" Oh! Macam tuuu... Terima kasihlah bantu..jumpa lagi". Kata Haji Mustapha pada Pelanggan bernama Mazlan itu dan berlalu , risau juga kalau isterinya sudah siap solat dan menanti di kereta.
Dalam pukul 9 malam Haji Mustapha sampai dirumah anak sulungnya di Bukit Beruntung. Walaupun penat dalam perjalanan tadi....tapi Haji Mustapha dan isteri puas dan gembira kerana anak ketiganya itu sudah berjaya dalam pelajaran ,hatinya berbunga bangga dengan kejayaan anak anaknya.... selepas makan malam bersama anak sulungnya,cucu cucunya dan anak ketiganya yang ikut sekali ,Haji Mustapha mula merasa mengantuk......tak larat rasanya dia hendak melayan cerita dan kerenah keluarganya malam itu, esok masih ada.......Haji Mustapha pejamkan mata dalam kepenatan .
Subuh itu Haji Mustapha menunaikan solat di Surau taman perumahan anaknya ...memang 2 tahun lalu di Surau itulah dia selalu berkunjung terutama waktu subuh dan Magrib.....Selesai solat Sunat..Haji Mustapha berjalan menuju ke pintu Surau untuk balik.......tapi langkahnya terHENTI ! Haji Mustapha ....
TERLIHAT SUSUK TUBUH didepannya itu sedang memakai kasut ...AMAT DIKENALI ! Itulah Mazlan lelaki @ pelanggan yang membantunya ketika sesat semalam. "Kata nak ke Perak ada kenduri". Bisik hati Haji Mustapha mula curiga.. Tapi Haji Mustapha tak berani bertanya dan cuba menjarakkan dirinya agar Mazlan tidak lihat kelibatnya kerana HAJI MUSTAPHA juga menipu semalam...
Sebelum balik Haaji Mustapha singgah minum di Restoran Mamak yang rata rata panas dengan cerita politik para pelanggannya. Selesai minum Haji Mustapha berjalan balik tapi sesampai saja di pagar pintu rumah anaknya.....
Sekali lagi langkah Haji Mustapha terhenti tak kala melihat dan mendengar anaknya berbual dengan seseorang yang TRIBA TRIBA JADI FOBIA PADA DIRINYA.......IAITU MAZLAN............
Sekali lagi langkah Haji Mustapha terhenti tak kala melihat dan mendengar anaknya berbual dengan seseorang yang TRIBA TRIBA JADI FOBIA PADA DIRINYA.......IAITU MAZLAN............
" AKU tak boleh temankan KAMU mancing lah hari ni..Bapak aku datang dari Rompin, minggu depan lah Lan". Suara anaknya jelas kedegaran walaupun Haji Mustapha sedang menyorokkan dirinya disebalik kereta jiran ......Tidak pula dia sangka anaknya berkawan dengan PELANGGAN bernama Mazlan itu.
KISAH NI ADA PENGAJARAN UNTUK KITA.....adakala PENIPUAN YANG KITA BUAT MEMANG TAK DIRANCANG WALAUPUN KITA SEDARI....TAPI ALLAH SEBAIK PERANCANG UNTUK INGATKAN KITA SEMULA sebagai hukuman !
.....Tapi yang pasti Penulis tidak TIPU sunat kan?....... EH ADA KE?? Apa yang penulis tipu sunat? Cuba ar cariii hahaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan