Jumaat, 16 November 2012

mukmin sejati


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Menurut Khalifah Usman ibn Affan r.a,“Hendaknya seorang mukmin merasa takut dalam 6 perkara iaitu :
1. Takut kepada Allah kalau-kalau Allah mencabut keimanan darinya.
2. Takut kepada malaikat khafadah kalau-kalau mereka menuliskan sesuatu yang memalukan pada hari kiamat.
3. Takut kepada syaitan kalau-kalau dia merosak akan pahala amalnya.
4. Takut malaikat Izra’il kalau-kalau dia mencabut nyawa dalam keadaan lupa diri kepada Allah.
5. Takut kepada dunia kalau-kalau dunia itu membuat dia terlena.
6. Takut kepada keluarganya sendiri kalau-kalau dia menyibukkan mereka dan mereka pun menyibukkannya, sehingga mereka lupa akan mengingat Allah.
P/S : Jangan berpuas hati berada di jalan yang lurus sekarang, takut-takut ia bengkok di penghujungnya. Biarlah lurus dan terus kekal lurus sampai ajal datang menjemput. Ingat pesanan Rasulullah s.a.w., “Ada di kalangan kamu yang melakukan amalan ahli syurga sehingga dia dengan syurga hanya tinggal sehasta untuk memasukinya, datang baginya ketentuan maka dia berubah melakukan amalan ahli neraka. Lantas dia dimasukkan ke dalam neraka!” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan