"Bukan nak memandai juga bukan nak berpolitik tetapi sekadar satu peringatan. Peringatan yang bukan saja untuk Barisan Nasional tetapi juga Pakatan Rakyat, mungkin kini giliran Barisan Nasional tapi esok lusa giliran Pakatan Rakyat kerana SEJARAH TIDAK MENIPU dan IANYA ADALAH BUKTI PALING NYATA DAN JELAS untuk kita renung dan ambil iktibar.
Dalam suasana kepesatan teknologi IT ini yang maklumatnya boleh didapati dari pelbagai sumber, pelbagai pendapat dan pandangan akan muncul dan kita peroleh, terpulang pada penerimaan dan kefahaman masing masing. Penulis menulis melalui apa yang dilihat dan dirasai, pembaca pula perlu menilai ....buka MINDA!
Jika Umno atau Barisan Nasional mahu terus kekalkan kuasa, perbetulkan mana yang boleh sementara masa masih ada ,kerana sekali mereka jatuh, untuk merampas kembali MEMANG SUKAR kecuali Umno melalui jalan BELUKAR, Lihat saja apa berlaku di Selangor, pakai baju UMNO di kedai kopi pun sudah dianggap PELIK!! Jangan lihat di TV, jangan lihat pada perjumpaan UMNO dengan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang kerana yang datang itu belum tentu pengundi disitu, jika ada pun mereka datang KERANA DIPAKSA atau untuk makan percuma.....tengok pada sokongan rakyat dari kontek sebenar kerana merekalah PEMBERI UNDI bukan PELOBI!
Kalau Umno dan Barisan mendakwa mereka masih kuat, kenapa belum bersedia untuk diadakan pilihan raya? Tidakkah menjadi pelik Pilihanraya akan diadakan setelah tamat tempoh pemerintahan, sedangkan sebelum ini beberapa bulan sebelum tamat kuasa, Parlimen telah dibubarkan. Tapi kenapa sekarang TIDAK kalau KUAT??
Kerana ada "MAKLUMAT YANG MENGATAKAN BELUM WAKTUNYA lagi Datuk Seri Najib. Kita masih belum mampu UNTUK MENANG MAHUPUN BERTAHAN..."
Benar atau tidak MAKLUMAT INI? SIAPA PULA PEMBERI MAKLUMAT INI? Jom kita cuba kupas satu persatu ......
Oklah begini......
Kunci utama yang menentukan kejayaan sesebuah parti politik ialah KEJUJURAN........jujur pada ahli juga jujur pada RAKYAT! KERANA TIDAK ADA RAKYAT YANG AKAN MEMILIH PEMIMPIN UNTUK HIDUP SUSAH!Tetapi sudah menjadi lumrah manusia, apabila sampai tempoh masa, KEJUJURAN yang dijanji hilang sikit demi sedikit kerana sudah mula tamak kuasa dan ingin kekal berkuasa.
Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan artikel ini ,tetapi kita perlu JUJUR dan selalu merenung ke belakang untuk menyingkap sejarah jatuh bangunnya sesebuah kerajaan yang dibentuk melalui sistem Demokrasi berparlimen.
Sejarah telah membuktikan tiada satupun parti politik yang KEKAL SELAMANYA termasuklah semasa zaman Nabi ,zaman kegemilangan empayar Islam dan tidak terkecuali juga penganut agama lain seperti empayar Rom dan lain lain.....sebab utamanya HILANGNYA SATU KEJUJURAN.
Ramai orang berkata pembangkang kuat,sebenarnya tidak!! UMNO yang lemah disebabkan kesilapan sendiri, jika tiada Anwar Ibrahimpun Umno dan Barisan Nasional akan ditolak bila tiba masanya...UMNO MAKIN LEMAH KERANA.....
Didalam usia lebih 50 tahun memerintah ,kemungkinan sudah sampai masanya HAYAT Barisan Nasional ,jika tidak dalam pilihanraya ini mungkin dalam Pilihanraya yang seterusnya kerana sudah nampak beberapa petunjuk yang PARTI INI AKAN DITOLAK......
ADA ATAU TIDAK SATU PARTI POLITIK YANG KEKAL MEMERINTAH SELAMANYA?? Jika ada sila nyatakan.....
ITU ADALAH FAKTA berdasarkan sejarah (Rujuk sejarah Empayar Islam, Rom dan lain lain )
KEJATUHAN PASTI BERLAKU cuma cepat atau lambat bergantung kepada sesebuah parti itu sendiri ..kita kaji punca dan sebab ianya berlaku...........
Bila sudah lama berkuasa, maka timbullah pelbagai perkara yang sering dan pasti dilakukan oleh mana mana parti politik dalam dunia. BILA rasa selesa dengan kedudukan dan kuasa yang ada ditambah "perisa" ahli yang tamak haloba ,maka terjadilah perkara perkara yang membelakangkan hak rakyat. Maka HILANGLAH SEBUAH KEJUJURAN untuk membela nasib rakyat ! Masalah menjadi lebih buruk apabila pembangkang mula mencari ruang dan peluang ....mereka MENYERANG SI TAMAK HALOBA dalam UMNO!!
SIAPA SI TAMAK HALOBA? Dan kenapa UMNO tidak singkir saja si tamak haloba ini? JAWAPANNYA ADA DIBAWAH......
Umno mendidik ahlinya dengan duit ,semua urusan melibatkan parti di sajikan dengan duit! Kalau tak percaya, DAPATKAH BILIK GERAKAN BN HIDUP untuk pilihanraya nanti jika tiada peruntukan diberikan?? Betul atau tidak, bilik gerakan parti pembangkang sudah mula dibuka sekarang ........ tapi bilik gerakan BN? No money no job kata Ahlinya sendiri.... Ahlinya dilempah dengan duit, sebab itulah MEREKA TAK PERLU ADAKAN CERAMAH UNTUK MENGUMPUL DANA!
Dari mana datangnya sumber duit?
Pastinya disini! Diperingkat awal tertubuhnya UMNO dan Barisan Nasional kebanyakan ahlinya menyertai Perikatan ini kerana aura kemerdekaan dan hak hak melayu masih masih diperingkat permulaan walaupun parti pembangkang sudah wujud..tetapi UMNO dapat mendominasi keadaan kerana PERJUANGAN KEMERDEKAAN LEBIH MEMIHAK PADA MEREKA.Tetapi bila masuk era 80an, 90an dan 2000 hampir 60% ahlinya terlibat dalam pelbagai perniagaan terutama kontraktor. Rasuah juga bermula dari sini hingga ada PELBAGAI KRONI-KRONI YANG AKAN MENDESAK Umno.
Nak tengok contoh terbaik ADA atau tidak golongan peniaga tadi, kita lihat kekalutan dan kekecohan yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang! Rujuk dan cari siapa sebenarnya pemimpin pemimpin Umno Selangor dan Pulau Pinang yang sering membuat KECOH? Siapa DALANG sebenar yang tiba tiba mahu menjadi JUARA RAKYAT, Pembela bangsa! Adakah mereka ni dari GOLONGAN BIASA ATAU AHLI BIASA ?
TIDAK!! Mereka inilah sebenarnya golongan yang mewah dengan segala macam projek semasa UMNO berkuasa, bila UMNO hilang kuasa..mereka terpaksa berhempas pulas mencipta segala macam cerita supaya UMNO kekal berkuasa semula. Lihat kes, IKAN BAKAR SEKINCHAN, projek pasir..semua PEMIMPINNYA ADALAH PENIAGA dan kontraktor. Tanyalah Dr. Khir Toyo ,mana rakan rakan dia yang mengekori dia semasa dia menjadi MB dulu....
DAN JIKA DITAKDIRKAN PAKATAN BERJAYA MERAMPAS KUASA, golongan ini lah dulu yang akan LARI TINGGALKAN UMNO....berani tak percaya?? Sebab apa mereka LARI DARI BN?? Pastilah DUIT.....
Golongan ini MENJADI PENTING kerana merekalah yang memberikan sumber kewangan untuk Parti Umno setelah selesai urusan " JASA DIBALAS JASA" ( Kami bagi kamu projek kamu bantu kami ) Sumber kewangan ini memang ada sebahagiannya digunakan untuk rakyat terutama bagi YB -YB dibawah kawasan BN. Sebab itulah dimana mana ada wakil YB dari BN dalam apa juga majlis, kita akan lihat ramai kontraktor yang mengiringi mereka.
TETAPI SIFAT TAMAK tetap ada .....dan MEREKA INILAH SI TAMAK HALOBA YANG MENJAHANAMKAN UMNO dalam diam.....Masalah lebih berat dan rumit lagi bila SI TAMAK HALOBA ini terdiri dari pemimpin pemimpin TERTINGGI PARTI .....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan