Isnin, 2 Mei 2011

Bila exam... hhuh

 Mesti semua sedia maklum sekarang ni minggu final exam kat semua IPTA
IPTS ? Aku tak tahu lah , dorang sistem lain
Perkara kat bawah ni , mesti korang pon pernah lalui kan ?

JENIS KAKI MACAM SOTONG
 Orang belakang ada kaki macam sotong kurita
Tegedik sana , tegedik sini
Kalau tak mengganggu konsentrasi takpe jugak
Ni gegeh duk kuis2 kerusi korang
Apa nak buat kalau dapat member belakang macam ni ?
Aku rasa macam nak angkat tangan
Panggil pengawas peperiksaan & cakap
" Encik , orang belakang saya ni cuba nak meniru "
Tapi tak lah kejam sangat kan sampai nak buat macam tu
Paling tak pun , aku pusing belakang , sound setepek = SETEL !

BUAT MEJA KAU MACAM KAUNTER STATIONARIES
 Sat sat , pinjam pemadam
Sat lagi pinjam liquid paper pulak
Eh , tak sampai 5 saat , pinjam pemadam balik
Kalau dapat member macam ni , berdarah je hati ye tak ?
Moral : Sediakan alat tulis secukupnya sebelum masuk dewan

TEKAN CALCULATOR MACAM NAK GHAK
 Macam nak ghak tau tak ape ?
Macam nak tecabut nombor kat kalkulator tu
Akauntan bertauliah pon tak macam ni

SELAK KERTAS LAJU2
 Ni lagi satu situasi yang annoying
Kalau ye pon hustler , tak payah buat perangai macam ni
Kasi orang tekanan mental & emosi je

BORAK KUAT2 PASAL JAWAPAN
 Situasi ni amat berbahaya
Dan boleh mengundang bencana
Kalau ye pon nak bincang jawapan , cover sikit
Suara pon pelan je lah macam dalam kelambu
Eh , tapi kalau kuat , bole gak korang tulis jawapan tu kan ? HAHA !

TIDUR
 Bukan korang yang tidur lah
Member arah Utara , Barat , Timur tidur masa jawab exam
Selatan tak termasuk melainkan ada mata kat belakang kepala @ pasang side mirror
Tengok member tidur , dalam hati pon mesti berkata
" Psiko gile budak ni.Aku menggelabah,dia bole pulak tido "
Tapi tak boleh jugak nak salahkan dia
Tidur ni antara 2 perkara je
1 - Dia da siap jawab
2 - Dia mencari ilham , jawapan untuk digoreng

NOTA KECEMASAN DIBAWA BERSAMA
 Nota kecemasan = Toyol = Adik hijau
Datang dari suku-sakat yang sama
Perangai macam ni sumpah aku cakap
" Dapat Dean List pon , takde aku heran lah wooi ! "
Tak hebat mane pon
Dan aku tak akan respect
SORRY SORRY SORRY * versi SuJu sikit *
Kalau aku nampak , aku tak bagitau pun
Pandai2 lah korang nak hidop
Kalau kene tangkap , memang aku akan cakap
" Padan muka kau , sendiri cari penyakit "

 Ok lah , penat dah aku membebel
Aku pun tengah final
Tapi boleh pulak buat karangan kat blog
Nah pantun sikit untuk penutup entry kali ni

sumber:http://sonnetmonnetcinonet.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan