Ahad, 10 April 2011

Teman vs Mike


Teman vs Mike
Kalau boleh kita mahu orang lain berfikiran seperti kita. Kita marah bila orang lain tak ikut arahan yang kita sampaikan. Padahal, kita tidak boleh m a r a h jika orang lain engkar arahan kita kerana mereka tidak boleh menjadi seperti kita. Biasanya, perselisihan faham beginilah yang seringkali terjadi di antara suami-isteri, ibu-bapa, atau di kalangan mereka yang sama tempat kerja.
Contoh mudah di matrik. Pensyarah kimi-‘A’! memberi tugasan tambahan kepada pelajar. Pelajar menganggap itu adalah beban tambahan. Si pensyarah anggap lain. Sebagai persediaan UPS II dan juga markah PB. Apa yang penting di sini adalah keikhlasan dan sentiasa bersangka baik. Matlamat kita sama iaitu mencari keredhaan Allah dunia akhirat. Tanpa pelajar siapalah pensyarah. Lagi lah malang tanpa pensyarah siapalah pelajar <tak kan nak suruh pak gad ajar ..??> hu hu..
Mungkin dahulunya si pensyarah mengambil peperiksaan STPM hingga 5 kali untuk masuk universiti akan berasakan ketekunannya belajar siang dan malam selama bertahun-tahun adalah cara terbaik untuk layak masuk ke universiti. Kerana itu, pelajarnya juga dipaksa belajar mengikut cara lamanya; siang dan malam, tanpa TV, muzik dan tanpa fesbuk. Sedangkan bagi pelajar, TV, muzik dan internet adalah santapan minda ketika belajar. Mana mungkin pelajar mendengar nasihat pensyarah kerana sebagai pelajar zaman milenium sudah terdedah dengan pelbagai bentuk kerehatan tanpa batasan sejak kecil lagi?
Di asrama, cara seseorang pelajar beribadah juga boleh menimbulkan tanggapan yang negatif bagi pelajar lain. Jika pelajar A yang dapat melakukan banyak amal ibadah, dia tidak boleh berasakan yang rakannya pelajar B yang tidak langsung melakukan solat sunat sebagai orang yang kurang beribadah daripadanya. Mungkin bagi pelajar B, dia memilih untuk banyak bersedekah tanpa pengetahuan pelajar A. Sudah tentu pelajar B buat-buat tak dengar bila pelajar A menyarankan agar dia memperbanyakkan amalan sunat. <nak faham ilmu kimi-‘A’! kena cari di masjid…>
Soalnya, mengapakah kita mahu orang lain jadi seperti kita? Mungkin sekali kerana cara yang kita temui itu telah menghasilkan yang terbaik dan paling berjaya, maka kita beranggapan bahawa cara itu juga paling bagus untuk semua orang. Dalam keghairahan agar orang lain menuruti formula kejayaan diri, kita memaksa orang lain turut mengikutinya. Akhirnya, apabila orang lain tidak mahu peduli, kita pula yang marah. Marah kita itu tidak berasas kerana dia bukan kita. Kita juga bukan diri dia. Cakap mudahnya kau dan aku jauh berbeza,…
Ada juga di antara kita yang menggunakan kedudukan sebagai ketua atau yang lebih berkelayakan untuk memaksa orang lain mengikuti cara kita. Tidak dinafikan, cara paksaan boleh menghasilkan kejayaan. Tetapi, mereka yang mematuhinya mungkin hanya akur kerana minda dan hati mereka terpasung. Apabila kita tiada, maka masing-masing akan ikut cara sendiri-sendiri. Ini terjadi tidak kira di dalam negara, organisasi mahupun institusi keluarga.
Justeru itu, untuk apakah kita mahu orang lain menjadi seperti kita? Bukankah manusia itu Allah cipta dengan pelbagai perbezaannya? Alangkah bosannya kita jika kita semua berfikiran dan bertindak serupa. Kita bukannya robot-robot Robocop <orang hijau>. Sebaliknya kita semua adalah manusia yang punyai hati dan perasaan. Raikanlah perbezaan meskipun dalam pergeseran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan