Kenapa pakai tudung? Biasanya ini alasan kaum hawa pada masa kini yang memakai tudung a)kerana gaya,meniru artist2 dan terasa cantik bila tgk model majalah pakai tudung. b)terpaksa memakai tudung kerana keluarga mereka semua memakai tudung
c)memakai tudung hanya kerana sekolah mewajibkan memakai tudung d)couple/pakwe/makwe/gerek/boyfren/bakalsuami/suruh pakai tudung.
e)ni khas untuk yg ada restoran:pakai tudung sebab takut rambut masuk dalam masakan
Ada lagi alasan? meh tambah lagi Jadi,perbaikilah alasan anda. Sesungguhnya Allah telah mengaturkan segalanya itu demi kebaikan umat manusia. Ini telah dibuktikan dari segi sains: 1)Merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'.
2.1)V.G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun. Hal ini dinyatakan dalamwww.islamonline.net/english/Science.
2.2)Dalam artikel lain pula iaitu Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online, dinyatakan, "sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas".
4)Mereka yang memakai tudung tidak terpengaruh secara menyeluruh dengan pewarna rambut,menurut pakar sains ,pewarna rambut mempunyai bahan yang boleh merosakkan kulit kepala apabila terdedah dengan matahari dan kesejukan.haaaa..xsehat la rambut kita kan..
Allah Taala berfirman, Maksudnya:Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak aripadanya (iaitu wajah dan kedua-dua telapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-daudara wanita mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak punya keinginan (nafsu seks) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita �(al-Nur : 31).
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”(surah al-Ahzab ayat 59)
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
P/S:Jom pakai tudung!Tapi niat mesti kerana Allah S.W.T :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan