Jumaat, 22 April 2011

Hot MONEy...

oleh: ismanusa

"Demokrasi bukan untuk matawang
Orang menyangka dalam sistem demokrasi mereka mempunyai pilihan dalam semua perkara, selepas berlaku krisis ekonomi barulah mereka sedar dalam penggunaan wang harian mereka tiada pilihan. Contohnya Bank Negara boleh memansuhkan nilai wang kita bila-bila masa seperti wang RM500 dan RM1000 yang sudah tidak sah nilai.

Tragisnya manusia dalam zaman moden ini sangat mementingkan wang ringgit tetapi sebaliknya mereka tidak tahu apa-apa tentang perjalanan sistem ekonomi berasaskan wang kertas ini. Secara perlahan-lahan tabir mula tersingkap.

Pasaran bebas bukan sahaja dikuasai oleh syarikat-syarikat besar yang monopoli tetapi juga di batasi oleh pihak kerajaan. Sepatutnya dalam pasaran yang betul-betul bebas, pasaran yang menentukan apakah matawang yang mereka kehendaki, sama ada emas, perak, platinum atau apasahaja yang bernilai. Dalam keadaan yang ekonomi sedemikian , kita digalakan supaya bersederhana dan membelanjakan untuk keperluan ekonomi yang sebenar. Inilah konsep sebenar ekonomi islam berbeza dengan ekonomi kapitalis yang diamalkan diseluruh dunia kini. Apabila kerajaan kelantan mengeluar kan matawang dinar dan dirham, banyak pihak yang mengeluarkan kata-kata sinis bahkan ada yang mengatakan tidak mungkin cukup emas dibumi ini kalau gunakan duit dinar. Beginilah pemikiran kita yag telah dipengaruhi unsur dajjal hingga hilang pergantunagn kepada Allah swt. Padahal Rasulullah pernah di tawarkan oleh malaikat untuk menukar gunung uhud kepada emas, ini menunjukakan kalau kita bertawakkal kepada Allah swt, insyaAllah ada jalan keluarnya.
Dalam zaman teknologi maklumat ini, penggunaan dinar boleh dilaksanakan dalam bentuk debit kad, kad telepon atau transaksi internet dari segi teknikalnya tidak ada masalah. Masalah yang paling besar masa ini ialah kaedah pengeluaran wang kertas oleh bank-bank komersial samada konvensional atau bertopengkan perbankan islam adalah dicipta atas angin berdasarkan keuntungan pinjaman yang dikeluarkan. Mereka memasukkan nilaiannya kedalam akaun pelanggan melalui kaedah perakaunan mudah. Wang wujud dalam akaun seperti matrik, secara realiti bayangan hanya angka-angka yang muncul dalam penyata akaun. Wang ini akan beredar dipasaran selepas  dibelanjakan oleh pelanggan.
Kita ditipu bulat-bulat oleh sistem ekonomi riba-kapitalis ini, mereka mencipta berbagai-bagai formula rumusan bagi memperdayakan kita seolah-olah sistem mereka adalah termaju dan membawa kesenangan. Sebenarnya kita membuatkan mereka membolot semua hasil negara yang Allah anugerahkan untuk semua manusia menikmatinya. Ini mewujudkan jurang yang besar antara kaya dan miskin.
Duit Atas Angin
Mengikut arahan terbaru bank negara, bank-bank hanya memerlukan kurang 2% dalam bentuk simpanan wang sebenar (statutory reserve requirement). Katakan kita simpan dibank sebanyak RM100, dari RM100 ini mereka boleh mengadakan wang sebanyak RM5,000 yang kemudiannya dikeluarkan kepada pelanggan melalui pinjaman. Katakan pelanggan ini membeli di kedai runcit sebanyak RM100, kemudian peruncit tersebut menyimpan dibank. Proses yang sama akan berlaku, kemudian pihak bank termasuklah yang bertopengkan perbankan islam memberi pinjaman melalui wang yang dicipta atas angin ini. Sistem ini seolah-olah silap mata (inilah sihir dajjal sebenarnya), namun ia terus berjalan selagi bank yakin bahawa peminjam  dapat membuat bayaran. Jika wang tersebut di belanjakan atau pelaburan menghasilkan wang, semua orang akan mendapat bayaran dan kitaran penghasilan wang akan berterusan.
Tetapi sistem ekonomi palsu berasaskan wang kertas ini sudah sampai ke penghujungnya. Sistem matawang yang bersandarkan hutang ini telah runtuh di US dan kebanyakan negara eropah apabila pinjaman yang dikeluarkan dengan pertaruhan harga rumah akan terus naik tidak menjadi kenyataan. Apabila harga rumah turun, peminjam hilang pertaruhannya dan gagal membayar balik pinjaman. Ini meyebabkan tindakbalas rantaian apabila bank-bank gagal mendapat kembali wang tersebut hingga menyebabkan bankrup.
Inflasi

Mengikut satu kajian dari Malaysian Insider , kuasa beli rakyat malaysia di KL adalah yang terendah berbanding beberapa bandar raya lain didunia.  Ini adalah inflasi yang memang sifat semulajadi penggunaan wang kertas. Dalam penggunaan matawang sunnah dinar dan dirham, tidak akan berlaku inflasi. 1 dinar (4.25g emas) zaman Rasulullah boleh membeli se ekor kambing sama harga seperti sekarang, begitu juga 1 dirham dapat membeli se ekor ayam sama seperti hari ini. Melalui inflasi kerajaan melalui sistem riba-kapitalis mengambil balik wang rakyat tanpa disedari. Kaedah penghasilan wang tanpa bersandarkan nilai wang sebenar seperti emas inilah membuatkan inflasi, apabila wang dicetak tanpa had. Ia hanya bersandar jaminan pembayaran bond yang dikeluarkan kerajaan yang terkandung didalamnya hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank. Semakin banyak bond dikeluarkan, banyak faedah yang perlu dibayar kepada pelabur-pelabur, sudah tentu diperolehi daripada inflasi.

Ekonomi Kita Sekarang Ini
Matawang Malaysia bersandarkan sepenuhnya kepada USD berdasarkan perjanjian IMF tahun 1971. Kejatuhan mata wang USD pasti menyeret sama ekonomi kita. Keadaan ekonomi di US sekarang ini amatlah tenat dan memaksa mereka melakukan Quantitave Easing iaitu mencetak mata wang lebih banyak lagi (sekarang ini dah QE2). Wang baru yang dikeluarkan ini sebanyak 600bn USD. Duit yang dihasilkan melalui kaedah ini dipanggil Hot Money. Polisi kebanyakan negara seperti China, mereka mengadakan langkah-langah tertentu untuk menyekat kemasukan wang tersebut. Wang-wang tersebut tidak diniagakan dalam US kerana kadar faedahnya adalah sifar. Wang tersebut dilambakan dinegara-negara ketiga bertujuan mendapatkan keuntungan dalam jangka masa pendek.
Amat menghairankan bank negara mengalu-alukan pelaburan hot money ini. Walaupun hakikat sebenarnya tidaklah begitu menghairankan kerana keperluan pemimpin politik untuk mendapatkan wang bagi membiayai pilahanraya yang mesti diadakan tahun ini sebelum Hot Money ini ditarik keluar. Ini kita dapat lihat dengan kemasukan penyangak-penyangak ekonomi seperti  Goldman Sachs, House of Rothschild, Bear Stearns dan lain-lain. Mereka sebenarnya sisa toksik kepada ekonomi negara. Tidak hairanlah apabila awal tahun ini pasaran saham KLSE naik mendadak hingga tahap 1500 mata. Sebenarnya kenaikan ini adalah sementara apabila mereka sudah dapat keuntungan jangka pendek, wang tersebut akan dikeluarkan.
Inilah telah terjadi pada tahun 2007 semasa pemerintahan Pak Lah, apabila sejumlah besar dana asing di bawa keluar. Akibatnya bank negara terpaksa mencetak sebanyak RM67bn duit atas angin bagi mengelakan keruntuhan ekonomi. Kesannya kita rasai sekarang ini apabila harga rumah teres terutamanya di Lembah Klang melebihi RM500,000 dan kenaikan harga semua barang-barang keperluan. Dan tsunami kenaikan harga ini pasti akan berlaku selepas pilihanraya umum ke 13 apabila Hot Money dasar kewangan jangka pendek US dibawa keluar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan