Ahad, 10 April 2011

Aku, Pelajar cemerlang kimi-'A'!


Aku, Pelajar cemerlang kimia

MENJADI pelajar yang mendapat 4.0 adalah idaman setiap pelajar KMPk. Namun tidak ramai menyedari bahawa untuk menjadi seorang yang cemerlang, usaha bukan hanya tertumpu kepada menghafal nota kuliah kimi’Afotokopi semata-mata, tetapi juga melibatkan rangkaian beberapa faktor lain. Mungkin ramai pelajar KMPk tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah membelek-belek nota kimi’A’ fotokopi sampai lunyai. Pernahkah mereka terfikir bahawa usaha itu harus diselangi dengan doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal...??. Berikut 10 pemuda (pesan pensyarah muda) membentuk diri menjadi seorang pelajar KMPk yang cemerlang sekali gus membentuk diri menjadi insan yang disenangi ramai kawan dan lawan...termasuklah makcik cleaner dan juga pak gad.
Sentiasa berfikiran positif

Berfikiran positif…macam caj pada proton dalam nucleus suatu atom sangat membantu anda sebagai pelajar  KMPk membina imej yang meyakinkan, seterusnya membawa perubahan yang baik terhadap pelajaran dan kendiri. Berfikiran positif juga menjadikan pelajar sentiasa ceria dan seronok belajar. Ini boleh membantu proses pembelajaran. Namun, jangan terlebih seronok, nanti orang tersalah anggap pula. Orang yang berfikiran negatif pula mempunyai 10 kali ganda peluang mendapat sakit berbanding dengan mereka yang berfikiran positif. Contoh berfikiran positif…. Macam biasalah…. kimi’A itu M U D A H Insya 4W1...A...!!!

Nyatakan matlamat

Sentiasa mensasarkan satu matlamat sebelum melakukan sesuatu perkara kerana pelajar yang mempunyai matlamat lebih mudah mencapai kejayaan yang mereka ingini. Matlamat yang jelas dan hebat dapat membakar semangat. Pastikan matlamat yang diletakkan itu adalah satu matlamat yang membina. Namun, matlamat tanpa usaha tidak membawa erti apa-apa. Apa matlamat anda sebagai pelajar KMPk...??? Of course... 4.0 PSPM I & II

Menjaga kesihatan fizikal dan mental

Menjaga kesihatan adalah paling utama supaya pelajar berada dalam kondisi yang terbaik untuk menimba ilmu kimi’A. Apabila badan dan minda berada dalam keadaan terbaik, pembelajaran kimi’A’ di kuliah, tutor dan lab akan lebih mudah diterima, Insya 4W1. Contohnya bersenam dan berbasikal setiap petang keliling kolej. Elakkan stres yang terlampau dan luangkan masa untuk bersendirian supaya diri dapat mencapai ketenangan yang ideal. Terlalu berfikir mengenai pembelajaran dan kejayaan juga boleh mengakibatkan minda pelajar menjadi sangat stres. Pelajar Islam macam biasalah... solat 5 waktu berjemaah di awal waktu di masjid al Maghfirah KMPk dan buat sebanyak mungkin amalan sunat. Barulah pertolongan 4W1 akan turun dari langit mencurah-curah macam air hujan. <<<Naper..??? tak percaya ker...???? Buat dulu..!!! dah dapat kesannya bagi tau makcik cleaner...ok..!!>>>

Menjaga pemakanan

Aspek pemakanan juga harus dititik beratkan kerana pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam. Pelajar boleh mengingati sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan ketika menjawab soalan berkaitan dengan bahan yang dibaca. Yang penting makanan tu halal....

Cara belajar yang baik

Belajar dengan baik tidak semestinya mentelaah dari pagi sehingga malam sampai subuh. <<<studi cara nak main game DOTA atau PES tak der kena mengenanya...>>> Pelajar harus tahu bagaimana untuk belajar mengikut kesesuaian diri. Ada yang suka belajar secara berkumpulan dan ada yang suka bersendirian. Cari kesesuaian diri anda. Cari tempat yang tenang lagi harmoni untuk belajar. Contohnya masjid. Ramai pelajar suka mentelaah sambil mendengar muzik mp3 dari IPod. Ia adalah perkara yang mengarut dan merapu kerana belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu selain telinga jadi pekak badak. Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda dan peta konsep. <<<Peta jalan raya juga adalah contoh peta minda... hehheheh>>>

Bergaul dengan positif

Apabila anda mempunyai ramai kawan, maka anda akan mempunyai pandangan yang luas kerana boleh bertukar-tukar pendapat berbanding dengan mereka yang lebih suka menyendiri macam kera sumbang sebab sumbeng. Kawan boleh menegur setiap kesalahan kita kerana kita tidak dapat melihat kekurangan diri. Namun, pelajar juga harus bijak memilih kawan. Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang. <Kawan perempuan tu kira kawan ker… kira makwe @ marka @ gewe..??>>

Bersyukur atas Nikmat-Nya

Pelajar harus bersyukur dengan keputusan yang diterima dalam UPS I yang lalu kerana ia melambangkan usaha ceciput atau sebukit yang telah anda dilakukan. Jangan salahkan orang lain di atas kegagalan yang anda alami. Jangan juga sesekali dengki dengan kejayaan orang lain <cipan pun tak pernah dengki dengan tapir tau>>, sebaliknya ringankan mulut untuk bertanya tentang rahsia kejayaan mereka. Dekatkan diri dengan tuhan tidak kira apa agama sekali pun. Pelajar juga harus sedia memberi bantuan kepada rakan-rakan lain dan jangan kedekut ilmu. Perbincangan secara berkumpulan mampu mendapat keputusan yang terbaik. Insya 4W1

Bersedia untuk gagal… gagal untuk bersedia..!!!

Kegagalan adalah lumrah kehidupan. Bersedia untuk mengalaminya kerana disebalik kejayaan pasti… pasti ada kegagalan. Jika kejayaan yang dikecapi itu adalah hasil usaha daripada kegagalan, ia akan lebih bermakna dan diingati. Belajar daripada kesilapan dan cuba cari jalan penyelesaian terbaik untuk memperbaiki kegagalan itu agar ia menjadi kejayaan. Berani gagal…. gagal untuk berani…!!!

Hargai pensyarah kimi’A’

Pensyarah adalah tonggak utama kepada kejayaan seorang pelajar matrikulasi. Cuba tunjukkan penghargaan kepada mereka, bukan sahaja apabila anda mendapat kejayaan yang diingini tetapi juga apabila tiba hari-hari tertentu seperti Hari Pensyarah, Hari Raya atau hari lahir mereka. Doa seorang pensyarah  sentiasa dimakbulkan tuhan. Jangan lupa juga kepada ibu bapa kita kerana anak yang derhaka tidak akan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. <<<peribahasa melayu : Pandai tak boleh nak diikut…. bangang tak boleh nak diajar…>>>

Usaha yang seimbang dunia & akhirat

Akhir sekali adalah usaha. Kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha. Namun ia harus diseimbangkan. Jika hanya berusaha mempraktikkan segala pemuda di atas tanpa jawab soalan past year, kejayaan tidak akan dapat dikecapi. Namun, jika hanya mengharap pada nota kimi’A’ fotokopi tanpa usaha-usaha di atas, kejayaan juga jauh daripada genggaman. Tak dapek den nak nolong.... <<< Anda mampu mengubahnya...!!!>>>>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan