Rabu, 20 April 2011

PERANGI POLITIK FITNAH,..!!!

PERANGI POLITIK FITNAH, LAKSANAKAN HUKUM QAZAF TERHADAP PENFITNAH ZINA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah & Maha Penyanyang.

Perhimpunan Saf Anti Fitnah (SAF) pada 13 Jamadil Awwal 1432H / 17hb April 2011 bertempat di Masjid Bukit Indah, Ampang, Selangor.

PERIHATIN terhadap wujudnya budaya dan amalan fitnah-mengfitnah yang kini menjadi lumrah dalam kehidupan umat Islam terutamanya dalam persaingan politik tanah air.

SANGAT PEKA bahawa, terdapat pihak-pihak yang terlalu ghairah untuk menjatuhkan lawan dengan mengguna senjata fitnah lucah dan fitnah zina dengan tujuan mengaibkan seseorang melalui konspirasi menanamkan pra-sangka buruk kepada masyarakat ke atas seorang musuh politik.

MENEGASKAN budaya fitnah hendaklah diperangi oleh semua pihak,

MENYEDARI bahawa fitnah zina adalah suatu jenayah berat disisi Allah SWT dan ia membawa implikasi yang sangat buruk ke atas maruah dan kesatuan ummah,

MENGINSAFI bahawa fitnah zina membawa kepada kesan yang sangat parah kepada maruah ummah dan bertentangan dengan segala prinsip Maqasid Syar'iyyah,

MENGAMBIL PERHATIAN  bahawa budaya fitnah zina yang diamalkan mesti diperangi,

MEMAHAMI bahawa hukum Qazaf adalah hukum syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan ia wajib dilaksanakan oleh pihak penguasa berdasarkan Surah An Nur: 4 (maksudnya)
"Orang yang menuduh wanita Muhsanat berzina kemudian tidak menampilkan empat orang saksi yang sah maka deralah mereka dengan lapan puluh kali sebatan. Janganlah terima lagi kesaksian mereka untuk selama-lamanya dan golongan itu adalah golongan orang-orang fasiq"

MENGAMBIL PERHATIAN  terhadap firman Allah SWT yang berkaitan dengan fitnah seperti berikut:
"Orang-orang yang menyakiti mu'min lelaki dan mu'minah wanita mengenai perkara-perkara yang mereka tidak melakukannya maka mereka telah melakukan pembohongan dan dosa yang jelas nyata" (Surah Al Ahzab : 58)
"Orang-orang yang membuat pertuduhan palsu terhadap wanita mu'minah, Muhsanah yang alpa mereka dilaknat di dunia dan di akhirat. Untuk mereka disediakan azab yang sangan besar." (Surah An Nur : 23)
 Maka Kami

MENEGASKAN BAHAWA fitnah zina adalah perbuatan yang sangat berat dalam hukum syariat Islam, oleh itu mengingatkan semua lapisan umat Islam samada penguasa atau rakyat hendaklah memeranginya dan hukum Qazaf hendaklah dijadikan perundangan yang dikuatkuasakan ke atas mereka yang terlibat dengan jenayah fitnah zina,

MENGINSAFKAN BAHAWA Allah SWT akan menurunkan bala dan musibah kepada seluruh umat manusia jika kemungkaran fitnah dibenarkan berleluasa,

MENGINGATKAN BAHAWA umat Islam di semua peringkat hendaklah mengambil sikap yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebar dan bermakar (yakni berkomplot) dlaam kospirasi fitnah untuk menjatuhkan dan memburukkan peribadi seseorang,

MENASIHATI BAHAWA umat Islam mesti mengamalkan perintah Allah SWT dalam menangani berita yang dinukilkan oleh golongan fasiq iaitu orang Islam sentiasa bertabayyun yakni meneliti dan mencermati akan kebenaran sesuatu berita yang disebar oleh orang-orang fasiq samada dalam bentuk media massa mahupun kenyataan-kenyataan mahupun apapun bahan yang disebarkan,

BERPENDIRIAN TEGAS BAHAWA umat Islam mesti menolak dengan tegas mereka yang terlibat dengan fitnah samada dikalangan pemimpin-pemimpin yang fasiq mahupun di kalangan ahli yang mengguna alat dan saluran media untuk:
* mencetuskan fitnah,
* menyebar fitnah,
* menyiarkan fitnah,
* bersekongkol menyemarakkan fitnah,
* mengguna kalam mereka untuk berfitnah,
* mengguna alat media mereka untuk membesar-besarkan fitnah,
* memngaibkan hambaMu dengan fitnah,
* merosakkan persaudaraan sesama Muslim dengan fitnah,
* mengguna kuasa yang diamanahkan oleh rakyat untuk mereka-reka fitnah.

MEMBERI PERINGATAN BAHAWA media massa terutama media massa perdana hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dengan budaya fitnah untuk menjatuhkan dan mengaibkan seseorang samada melalui pemberitaan mahupun wawancara untuk memburukkan seseorang. Pihak media semestinya tidak menjadi tali barut dalam usaha untuk menonjolkan lagi fitnah dan kekeliruan serta kecurigaan sesama masyarakat dan umat Islam. Pihak media dikalangan ahli Lembaga, Kumpulan Pengarang, Ketua Pengarang, Penerbit, Wartawan dan jurufoto hendaklah mengamalkan prinsip kewartawanan dan jurnalisme yang professional dan beretika.

MENGINGAT DAN MENASIHATI BAHAWA semua pihak yang terlibat dengan budaya fitnah terutamanya fitnah lucah dan fitnah zina supaya bertaubat dan kembali kepada jalan hidup Islam serta berwaspada dan sangat takut kepada Azab dan Kemurkaan Allah SWT yang bakal diterima jika meneruskan kemungkaran Fitnah,

MENYERU DAN MENGGESA semua lapisan umat Islam amnya dan khususnya kepada ahli politik dan golongan ilmuan dan para ulama segera bergabung tenaga untuk memerangi budaya fitnah sehingga ke akar umninya.

KAMI DENGAN INI MENGUMUMKAN BAHAWA KAMI AKAN BERGERAK BERSAMA-SAMA DENGAN SEMUA PIHAK UNTUK MEMERANGI FITNAH DIKALANGAN UMAT ISLAM KHUSUSNYA DAN WARGA MASYARAKAT MALAYSIA DI NEGARA INI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan