Murid Vs Guru
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt....
Pelajar bangga dengan Pensyarah
Satu fenomena yang biasa di alam fana dunia. Mungkin pada suatu ketika seseorang anak Adam boleh berasa megah kerana dapat menjadi murid kepada seorang pensyarah yang hebat ilmu KIMI’A’ nya. Perasaan ini sampai di suatu peringkat boleh membuatkan seorang pelajar ‘buta’ dengan keilmuan orang lain seterusnya menafikan kehebatan pensyarah KIMI’A’ yang lain. Pelajar ini begitu taksub dengan kehebatan pensyarahnya. Pada waktu yang sama ada pelajar yang menjulang nama pensyarahnya setinggi mungkin. Biasanya ada dua kebarangkalian untuk tindakan ini; pertama untuk ‘tumpang mangkuk tingkat’ dan keduanya memang pensyarah tersebut layak untuk dinobatkan sebagai seorang pensyarah pakar KIMI’A’.
Tidak kira apa jua gelaran yang diberikan semuanya menunjukkan betapa penghargaan pelajar kepada tahap keilmuan sang pensyarah dan betapa bertuahnya diri pelajar tadi dapat menuntut ilmu darinya. Namun hakikat yang sebenarnya adalah si pelajar langsung tiada autoriti atau dengan kata lain kelayakan untuk mengiktiraf si pensyarah KIMI’A’ sebagai pakar atau hebat. Ini kerana sesungguhnya si pelajar tadi masih bergelar pelajar. Ulang sekali lagi masih bergelar pelajar dan seterusnya langsung tiada kemampuan untuk menilai suatu ilmu KIMI’A’ itu sama ada tinggi, sederhana atau rendah tahap kesukarannya.
Maka sayugia dinyatakan pelajar sebenarnya tidak mampu menilai malah langsung tidak layak, KECUALI pelajar tadi mengambil penilaiannya dari pensyarah KIMI’A’ yang lain ATAU dia bukan pelajar matrik yang biasa yang baru belajar tetapi pelajar yang telah tinggi tahap keilmuan dan kecerdikannya dalam ilmu KIMI’A’cuma menjadi pelajar matrik untuk melengkapkan syarat kemasukan ke menara gading. Sepatutnya pelajar memuji kebaikan semua pensyarah KIMI’A’ yang mengajarnya…. Bukannya membanding-bandingkan antara satu pensyarah dengan pensyarah KIMI’A’ yang lain. BERDOSA masuk api neraka dan tak berkat ilmu KIMI’A’ yang si pelajar tadi pelajari dunia dan akhirat. Masya 4W1…
Renungkan kata-kata ini ”Sesungguhnya yang lebih mengetahui kelebihan seseorang pensyarah KIMI’A’ itu adalah pensyarah KIMI’A’yang mempunyai kelebihan juga”. Langsung tidak pelik jika wujud segelintir golongan pelajar yang ‘tumpang sekaki payung’ pula kehebatan pensyarah KIMI’A’nya. Dengan kata lain menisbahkan diri kepada pensyarah KIMI’A’nya. Padahal tanpa disedari oleh si pelajar tadi pada kaca mata pensyarah KIMI’A’ mungkin… si pelajar tadi hanyalah seorang murid yang paling lemah dalam pengajian subjek KIMI’A’nya. Tak begitu…??
Pensyarah bangga dengan Pelajar
Pelajar bangga dengan pensyarah pensyarah KIMI’A’ nya adalah fenomena alam yang terlalu biasa. Namun sekiranya seorang pensyarah KIMI’A’ berbangga dengan pelajarnya, itu juga normal tetapi sedikit luar biasa dan amatlah caj nukleus. <positif la tu>. Situasi ini jarang berlaku melainkan kepada pelajar yang benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pengajian KIMI’A’nya. Jika kita menelusuri Sejarah Kegemilangan Islam, ramai sang pelajar yang lebih alim, hebat, berjaya dan terkenal berbanding gurunya. Maka justeru itu silalah anda sebagai pelajar matrik tempatkanlah diri anda di kalangan pelajar yang boleh dibanggai dan disayangi oleh pensyarah KIMI’A’ anda. Malah tidak pelik atau janggal wujudnya situasi pensyarah KIMI’A’ yang asyik mencanangkan ke seluruh seantero alam matrik bahawa si polan bin atau binti si polan adalah pelajar atau pernah belajar KIMI’A’ dengannya. Ia dicanangkan bagi tujuan ‘tumpang semangkuk’ kejayaan sang pelajar atau ada maksud atau niat yang lain sama ada buruk atau baik. <fikirlah sendiri> Apa pun KIMI’A’ itu MUDAH Insya 4W1… A!!!
Benar dan sesungguhnya pasti benar sang pelajar tadi begitu terhutang budi baik dan ilmu KIMI’A’ dari pensyarahnya. Sayugia ingin diingatkan di sini bahawa pensyarah juga manusia. Ada pelbagai jenis dan karektornya. Ada pensyarah yang hanya sekadar melepaskan batuk di lif semasa mengajar malah langsung tidak memberi sebarang manfaat yang banyak dalam pembentukan jati diri dan sahsiah serta kejayakan kepada sang pelajarnya. Segolongan pensyarah yang lain pula si pelajar langsung tidak mendapat sebarang pengetahuan KIMI’A’ tambahan dari pengajarannya sama ada di kuliah, tutor dan amali. Apa yang berlaku adalah pengulangan rutin dari awal sem I hingga tamat sem II sang pelajar hanyalah sekadar duduk di kuliah dan mendengar ilmu-ilmu KIMI’A’ yang pelajar boleh baca sendiri dan terlalu biasa diulang-ulang. Pensyarah KIMI’A’ sebegini haruslah muhasabah <bukan muhasarawak atau muhaselangor> jika ingin sewenangnya ‘mendakwa’ kejayaan pelajarnya adalah kerana kebijaksanaan atau kegeniusan pelajarnya.
P/s- berpesan-pesan dengan kebenaran…. Berpesan-pesan dengan kesabaran …. Amin
Artikel ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekian dimaklumkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan