Ahad, 10 April 2011

Bukan Milikmu...


bukan milikmu
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa. Istiqomah dalam menunaikan solat fardhu 5 waktu berjemaah di awal waktu.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Sayugia manusia diciptakan mempunyai kehendak serta punyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita  t a n g i s i. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak sekadar hanya satu (1) hukum: harus berjaya, harus bahagia, harus kaya, harus pandai, harus cantik rupa paras atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak terengkuhnya dan tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, jodoh, anak-anak dll pasti Allah akan berikan. Bersangka baiklah dengan Allah. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya. Samalah macam makanan. Klu dah Allah taqdirkan memang bukan rezeki kita, dah dekat tekak pun boleh kuar balik. Klu dalam perut boleh termuntah. Biasa kena kan…? Cuba renungkan
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu. Maka pesanan ini ditujukan khas untuk semua  pelajar yang teman ajar samada di KMPk sem I atau KMS-hehdi sem II khasnya dan seluruh warga pelajar matrikulasi seluruh Malaysia sempena pengumuman keputusan PSPM II lagi sebulan lebih. Yang dah lepas …lepas lah. F o k u s masa depan anda di universiti. Anda mampu mengubahnya. Bersama-samalah kita membuktikan yang Kimi-‘A’! itu MU D A H…Insya Allah… A…!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan